Wednesday, March 26, 2008

Terima Kasih/Thank You/Arigato/Syukran




Pertama sekali,saya amat bersyukur kepada Allah kerana memberi saya nikmat dan rahmatnya atas kecemerlangan saya dalam SPM 07'(11A).Tidak dapat saya balas melainkan sujud syukur dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan mendoakan saya selama ini.Bermula sebagai seorang yang tidak reti membaca sehinggalah darjah 4 dan boleh dianggap pelajar yang paling lemah di sekolah dahulu.Teringat akan satu kisah,ketika saya dipanggil oleh guru matematik saya sewaktu darjah 4 ke bilik guru dan menyuruh saya membuat soalan-soalan yang diberikan.Ternyata cikgu itu memarahi saya dengan mengatakan "Kamu ini kenapa perlahan sangat,kakak kamu kan pandai ,belajarlah dengan dia."Air mata tiba-tiba mengalir-mungkin sebab malu kerana dilihat oleh semua guru ketika itu.Tapi hari ini mungkin saya boleh tergelak mengimbau kembali kisah itu.Sememangnya saya bukan seorang pelajar yang pandai dan bijak,tetapi mungkin kerana sokongan ,umi dan abah,guru,dan rakan-rakan membolehkan saya terus berjaya hingga kini.Perjalanan masih jauh buat kita semua.Saya berpegang pada prinsip "Kegagalan dan Kejayaan bukan selama-lamanya milik kita,"Allah telah mencorakkan dunia ini dengan penuh teliti dan baik.Maka,janganlah kita merendahkan diri kita kerana Allah menciptakan manusia semuanya sama,yang penting kuatkan azam dan terus berjuang tanpa gentar. Terima kasih tidak terhingga kepada Ummi dan Abah yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sehingga kini.Kepada semua guru-guru,jasamu memang tidak dapatku balas.Terima kasih atas ilmu dan tenaga yang telah dicurahkan kepada saya.Doakan kejayaan saya untuk masa hadapan InsyaAllah.Seterusnya kepada rakan-rakan yang banyak membantu diri ini.Saya masih teringat semasa bulan ramadhan tahun lepas,saya dan rakan-rakan yang lain beriktikaf bersama-sama di masjid sambil mengulangkaji pelajaran.Pengalaman yang memang menyeronokkan(Masih ingat, saya dan rakan-rakan belajar bersama-sama...).Terima Kasih kepada semua.Akhir sekali saya pulangkan kembali kejayaan ini kepada Allah yang terus memberi nikmat kejayaan kepada saya walaupun sentiasa melakukan dosa kepadanya.Maka ingatlah apabila kita memperoleh sesuatu kejayaan :






"فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ ڪَانَ تَوَّابَۢا "





"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."




Lantasku sujud tanda kesyukuranku.Semoga ilmu dan hidupku diberkati -AMIN-

Salam Permulaan

Salam semua,
Hari ini saya kembali menulis di ruang maya setelah sekian lama tidak menerjah ke alam siber.Mungkin sebelum ini tulisan saya lebih ke arah pandangan seorang pelajar sekolah,tetapi kini masa dan ruang zaman telah memberi kelebihan kepada saya untuk mendewasakan diri dalam aspek pemikiran,kefahaman,analisis dan sebagainya.Sangat teruja melihat rakan-rakan "blogger" yang lain sungguh ralit menghidang pelbagai pandangan juga luahan hati mereka terhadap isu semasa.Semoga dengan adanya wadah ini,kita semua dapat mengambil manfaat dan kelebihan untuk berinteraksi dengan lebih dekat.Mungkin ketika ini saya masih lagi bercuti, setelah 5 tahun bergelumang di alam persekolahan menengah dan menunggu tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading(InsyaAllah).Maka noktah di sini sahaja sebagai permulaan - banyak lagi yang ingin saya kongsikan pengalaman sebagai hamba tuhan di ladang permusafiran ini.

Wassalam.
Rahman D