Monday, May 26, 2008

School Holiday- Not For Me !!!

Minggu lepas saya sibuk dengan macam-macam program.Menyiapkan semua hal-hal mengenai kemasukan ke persediaan Pra-U di UKM.Jumaat hingga ahad pula saya mengikuti Perkhemahan Uji Cekap 2008 anjuran sekolah saya.Beberapa teman saya juga turut hadir sebagai alumni yang ingin berkongsikan pengalaman bersama adik-adik junior di sana.Memang letih tetapi banyak pengalaman dan iktibar yang saya dapat ambil daripada program kali ini.Rumusanya.
1.Saya dapat melihat perubahan graf dan plot yang
terjadi dalam kehidupan.Ya memang perubahan suasana,culture,dan keadaan menjadi faktor perubahan tersebut.Semasa saya perkhemahan dahulu(sewaktu f1,f2) kami telah diajar untuk menjadi berdisiplin dan taat kepada setiap arahan Fasi dan Ajk.Kami takut untuk melakukan sedikit kesalahan sehinggakan hendak berkelip mata semasa berkawad pun takut Fasi denda.Saya masih ingat abang-abang senior saya ,telah menyuruh kami berdiri tegak sewaktu kawad pada waktu malam dan tidak dibenarkan bergerak selama 3 minit.Wah!!! nyamuk punyalah banyak.Tapi kami cuba untuk tidak bergerak.Teruk kami dibuatnya.Namun kami dapat menerima keadaan tersebut.Sesekali saya mengimbau kembali sejarah itu,satu ungkapan yang wajar diberikan kepada abang-abang dan kakak-kakak "Terima Kasih kerana mendenda saya." TETAPI SEKARANG!!! baru dimarahi sedikit sudah mengeluh dan macam-macam hal lagilah.Beribu-ribu kali Fasi dan AJK menyuruh mereka diam dan pantas untuk berbaris,tetapi tiada perubahan.Selepas itu ada kes yang berlaku tahun lepas junior-junior saya melaporkan kepada ibubapa mereka bahawa mereka telah dibuli dengan teruk!!!.Mungkin mereka terlalu manja atau sebaliknya.Tidak mengapa,tetapi itulah perubahan yang saya nampak.Maka terbukti, betullah kata-kata Syaidina Umar Al-Khottob:
" Didiklah anak-anak kamu seperti mana zaman mereka,dan jangan kamu didik mereka seperti zaman kamu."




Seterusnya,hari ini saya pergi membuat pasport dan mengambil result medical check up saya.Alhamdulillah semuanya beres.Tiada masalah yang dihadapi.



Petang pula aktiviti bersama adik-adik.-Masak PIZZA.
Rasanya masak sendiri lebih enak daripada makan diluar.Saya,umi dan adik-adik masak pizza di rumah.Abah ada urusan kerja di Korea dan kakak Iman..hmmm di Mesir.Maka tinggalkan kami sahaja di rumah untuk membuat pizza.Memang selalu kami masak sendiri pizza, tetapi hari ini terdetik pula saya nak amik gambar sebab nak bagi Kakak Iman cemburu sikit,sebab selalunya dia yang masak untuk kami semua.(heheheh jangan marah ye kak).

Baiklah,cuti sekolah sudah pun bermula (bukan untuk sayalah),namun saya perlu siapkan diri untuk memulakan diari baru untuk langkahan yang baru.Saya harus cuci balik otak yang lama tidak berfungsi ini.Harap-harapnya dapatlah berfungsi dengan lebih pantas lepas ini kerana tracknya sudah semakin susah.Maka saya perlu bersedia untuk menempuh sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak.

Rasanya cukup sampai di sini kerana esok (27/5) sampai Khamis saya mengikuti Program Akedemi Murobbi di Bukit Freser.

Monday, May 19, 2008

Andai Kata Mereka Tiada

"16 Mei " merupakan hari guru yang disambut oleh semua rakyat Malaysia pada setiap tahun.Ya,memang sengaja saya posting lambat sedikit untuk menulis mengenai hari guru di blog saya.Mengapa ?! Andai saya mengatakan 19 Mei merupakan hari guru,mestilah ada orang yang menegur saya dan membetulkan bahawa 16 Mei merupakan hari guru.Andai ,saya mengatakan 20 Jun dan 21 Jun merupakan hari guru,mestilah ada orang yang mengutuk saya dengan mengatakan saya ini tidak tahu bilanya hari guru dan seterusnya digelarkan saya orang yang tidak menghargai guru.

Sebenarnya budaya mengucapkan "Terima Kasih Guru" pada 16 Mei sungguh membuat saya rasa terkilan kerana seolah-olah hari itu sahaja mereka pergi berjumpa atau menghantar pesanan kepada guru-guru mereka.Bagi diri saya,tiap-tiap hari merupakan "Hari Guru",dengan doa setiap kali diucapkan selepas solat (Mualimmin wa Mualimmat) adalah hadiah yang istimewa untuk para guru yang telah banyak menabur bakti kepada kita semua.

Pengalaman saya mengajar selama 3 bulan di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak memberi impak yang besar dalam memahami kehidupan seorang yang bergelar guru.
Tanggal 7/1/2008 , Saya - Ammar Sahrim - Abdul Basith - kembali semua ke sekolah lama kami bukan untuk menjadi pelajar tetapi untuk menjadi guru ganti.Pada mulanya agak gementar juga,maklumlah baru kali pertama.Bagi saya,inilah peluang yang paling baik untuk menghabiskan masa cuti yang agak panjang ketika itu.Saya telah diarah untuk mengajar 7 kelas (Tingkatan 1,2,dan
4).Yang membuatkan saya terkejut dan rasa lemah apabila saya baru tahu yang saya kena mengajar tingkatan 4 subjek "Pendidikan Syariah Islamiah"(PSI).Wah!!! ini cabaran besar saya katakan.Jika dibandingkan dengan subjek Sejarah dan Tassawur Islami tidaklah begitu membebankan,tetapi (PSI)!!!! Tingkatan 4 pula !!!!

Namun saya tetap mengajar juga dengan gaya saya sendiri (hahah).Minta maaflah kepada anak-anak muridku jika ada ilmu-ilmu songsang yang telah dilontarkan kepada kamu semua.


Cukup seronok menjadi seorang guru ganti yang 100% diberikan kepercayaan daripada pihak sekolah kepada saya dan 2 orang rakan yang lain.Terima Kasih kepada pihak sekolah yang sanggup memberi tugas yang berat ini kepada kami,sedangkan masih ramai yang layak untuk memikul amanah ini.


Pengalaman cukup banyak untuk diceritakan di dalam blog ini.Saya rasa nanti jadi sebuah novel pula.Rumusannya :

1.Menjadi seorang guru bukannya mudah.Merupakan pekerjaan yang menduga jiwa.Maka jangan kamu mengutuk atau memaki guru kerana kamu tidak pernah merasa menjadi seorang guru.Kalau sudah rasa diri kamu cukup bagus,cubalah jadi guru!!!

2.Ingat apa perbuatan kita yang dilakukan oleh kita kepada guru akan dikembalikan kepada kita pada suatu hari nanti.Buktinya,ketika saya mengajar ada pelajar tidur(saya dapat rasai perasaan marah guru yang berbuih cakap di depan,murid tidur dibelakang).Ketika saya tengah mengajar ada budak-budak berbual dan bermain.Ketika saya sedang mengajar ada murid yang makan diam-diam.Saya tidak memarahi mereka,tetapi saya gelak sorang-sorang sambil berdesus dalam hati bahawa "Begini perasaan guru yeh!!!?"

3.Guru adalah pekerjaan yang merangkumi semua pekerjaan di dalam dunia ini.Merekalah ibu dan bapa,merekalah doktor dan merekalah semuanya.
4.Kejayaan seorang murid adalah hadiah paling bermakna buat guru dan kegagalan seorang murid membuatkan guru menjadi hampa.Buktinya cuba kamu mengajar penat-penat selepas itu berilah sebarang ujian kepada mereka.Semasa tanda kertas mereka,maka dapatlah sekali lagi saya merasai perasaan guru-guru saya (Ust Idris terutamanya).Maka hormatilah guru kerana merekalah yang menjadikan kita berjaya dan pengorbanan mereka tidak ternilai dan amat berharga.Saya mengucapkan Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru :


1.Tadika ELC
2.Sekolah Rendah Islam Al-Amin K.L
3.Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak.

Sekolah Rendah :
1.Cikgu Fatimah Che Mat -Mengajar saya membaca
2.Cikgu Murniwati Said-Mengajar saya mengira
3.Cikgu Norlela Othman -She had teached me,how to improve my english when i was in primary school.
4.Cikgu Hamilah-Menyokong saya dan memberi kata-kata semangat
5.Semua Cikgu-Cikgu Rendah Al-Amin K.L



Sekolah Menengah

1.Ust Isharuddin(Sejarah) - "Ust merupakan murabbi saya,semasa saya tingkatan 1,terima kasih kerana mengajar saya,ust seorang yang berwawasan teruskan usaha ini untuk membentuk pelajar soleh wa musleh.Maafkan saya jika ada menyinggung perasaan ust.Doakan saya berjaya untuk masa depan, ya ust.Selagi saya termampu saya akan bantu ust."
2.Ust Idris (Bahasa Melayu)- "Ust saya sekali lagi meminta maaf kerana tidak dapat memberi hadiah A1 kepada ust.Jasa dan pengorbanan ust saya tidak akan lupakan.Teruskan kerjaya ust dan didiklah anak-anak Al-amin supaya mereka dapat membangunkan ummah.Ilmu dan pengajaran ust,saya harap ust halalkan,ampunkan dosa saya dengan ust jika ada tersalah bahasa dan sebagainya dan doakan saya."

3.Ust Ayub (PSI)- " Ust ana ingin ucapkan terima kasih atas ilmu yang telah dicurahkan ketika dalam kelas.Sememangnya ana minat pelajaran ini.Halalkan ilmu yang ana pelajari dan ana minta maaf jika ada buat silap dengan ust.Doakan kejayaan ana untuk masa hadapan ,ust."

4.Ust Soleh(Bahasa Arab) - "Syukran ya ustaz a'la ilmuka ,Ana uhubbuka
daiman.Wa Asif a'la kotoei.Terima Kasih ust.Jasa ust akan ana kenang selamanya.ana akan terus belajar bahasa Arab Lianna Lughatul Arabiah hiya lughatul Quran wa lughatul Jannah.Doakan kejayaan ana untuk masa hadapan."
5.Ust Shahir-(Bahasa Melayu f4) - "Ust,terima kasih kerana mengajar saya walaupun saya ini banyak kerenah dan 'cekadak'.Tetapi itulah saya.Haha.Memang kalau bersama ustaz saya tidak akan kering gusi.InsyaAllah pengalaman dengan ust semasa di sekolah,debat dan sebagainya tidak akan saya lupakan.Terima kasih,ampunkan saya dan doakan saya berjaya.'Jolok motosikal ya bang'(kena tulis juga)"
6.Ust Fatah (Add Math f4) - "Ust terima kasih mengajar ana bukan sahaja add math,tapi mengenai P.A system dan banyak lagi.InsyaAllah kalau ada masa kita ada berjumpa lagi..Album bila nak mula ni....macam ust tengah sibuk aje di PERNEC...??"
7.Ust Abi Yazid (Science f3) - "Terima Kasih Ust,walaupun tidak mengajar ana untuk pelajaran SPM,tetapi ilmu dan tunjuk ajar ust amat ana hargai.Minta maaf jika ada salah dan silap dan doakan ana berjaya di dunia dan akhirat.InsyaAllah,bila nak lawan bola dengan ust-ust?Guru-guru baru semakin ramai."
8.Ust Azhan (Mathematic f3)- " Guru yang paling sempoi dan inilah guruku.Terima kasih ust kerana memberi tunjuk ajar, tidak kisah dalam pelajaran atau selain itu.Minta maaf jika bersalah atau terkasar bahasa dan sebagainya.Doakan ana berjaya di dunia dan akhirat.Kita jumpa di UK nanti tengok MU lawan..ok.InsyaAllah Bola Sepak Al-Amin akan berjaya jika ada UST AZHAN (SIR ALEX FERGUSON )."
9.Ust Usman ( Tassawur Islam/Bahasa Arab f3) -" Ust Usman terima kasih mencurahkan segala ilmu dan pengalaman ust kepada ana.Ana meminta maaf jika ada buat silap dengan ust secara sengaja ataupun tidak dan doakan kejayaan ana dan rakan-rakan lain di dunia dan akhirat.InsyaAllah segala ilmu yang telah ust berikan akan ana pegang betul-betul."

10.Ust Hafiz (Bahasa Arab) -"Walaupun ust tidak pernah mengajar ana,tapi segala tunjuk ajar ust terutama dalam bidang pengurusan program, ana amat hargai.Semoga ust berbahagia bersama keluarga di Jengka dan dikesempatan ini ana ingin meminta maaf jika ada salah dan silap dan doakan ana dan rakan-rakan yang lain berjaya di dunia dan akhirat."
11.Ust Nazri (Bahasa Arab) -" Terima Kasih ust kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada ana dan saya meminta ampun dan maaf jika ada buat silap dengan ust.Teruskan perjuangan Ustaz walaupun tidak berada di Al-Amin lagi.Terima Kasih ustaz bagi ana Rm 10 hari tu."
12.Ust Syed Abi ( Bahasa Arab )- "Ust mungkin guru yang paling lama mengajar ana(pecah rekod lagi) daripada Feqah darjah 4 sehingga la ke tingkatan 5.Banyak ilmu yang ust ajar kepada ana antaranya "man manna min mannin manna Allahu a'laih" (betul ke?).Terima Kasih ust kerana sudi mengajar ana dan ana minta maaf jika ada buat silap dan doakan kejayaan ana serta rakan-rakan yang lain di dunia dan akhirat.InsyaAllah ana tidak akan tinggalkan Bahasa Arab."
13.Ust Hasni ( Mathematic f4) -"Kerana rotan ust menyebabkan saya boleh dapat math A1.Teringat semasa ust ajar ana (kene pukul sebab jawab salah).Apa-apa pun,thank you very much for being my teacher.Saya minta maaf jika ada salah dan silap dan doakan kejayaan saya dan rakan-rakan lain di dunia dan akhirat."
14.Cg Hawa ( Add Math f5/Guru Kelas F5 ) - " Cg terima kasih banyak-banyak.Saya hampir berputus asa dengan Add Math,tetapi berkat sokongan dan doa cikgu,saya boleh dapat A2 Add Math.Terima Kasih kerana sanggup mengajar kami(balik lewat,walaupun rumah cikgu jauh dan mengajar dan terus mengajar saya ).Terima Kasih cg."

15.Cg Hasnah(Chemistry f5 ) -" Gembira mendapat cg yang begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan anak muridnya berjaya.Terima Kasih cg kerana mengajar saya(buat kelas tambahan malam siang petang)Terima Kasih banyak.Minta maaf jika ada buat silap contohnya-lambat hantar homework,main-main dalam lab dan sebagainya.Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan lain di dunia dan akhirat.Teruskan bersama laptop DeLL cikgu itu.Tak nak tukar ke??."
16.Cg Azizan ( Physic f4 & f5) - "Cg mungkin dah masak dengan perangai saya.Tapi saya amat-amat berterima kasih dengan cg kerana sanggup mengajar saya dan terus memberi tunjuk ajar kepada saya.Terkejut sbb Phycis boleh dapat A1.Terima kasih lagi sekali.Ampun maaf dipinta jika ada salah silap saya.Doakan saya terus berjaya di dunia dan akhirat. "

17 Cg Arsyiah (Biology f4 & f5) - " Pelajaran yang saya selalu tunggu-tunggu sewaktu sekolah dahulu.Lebih-lebih lagi semasa 'experiment'.Walaupun cikgu terpaksa berperang dengan masalah suara cikgu,tetapi bagi saya kesungguhan cikgu membuatkan saya kagum dan terus belajar Biology ketika Iktikaf di masjid semasa ramadhan tahun lepas dengan Muhaimin Shahriman sampai tak tidur malam.Terima Kasih yang tidak terhingga kerana usaha keras cikgu mendidik anak-anak al-amin.Mohon maaf jika saya ada menyinggung perasaan cikgu dan doakan kejayaan saya untuk masa hadapan.InsyaAllah."

18.Cg Sapinah (PQS f5 ) - " Terima Kasih cg atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada ana dan rakan-rakan.Semoga cg akan terus berjuang bersama anak-anak al-amin.Ana ingin memohon ampun dan maaf jika semasa pembelajaran berlangsung ada sahaja perangai dan perlakuan ana yang menyinggung perasaan cikgu dan doakan kejayaan ana bersama rakan-rakan ana yang lain untuk terus berjaya membawa bendera Islam."

19.Cg Wasitah ( BM f3) - " Cg terima kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada saya dan sentiasa memberi nasihat yang menjadikan saya seorang yang lebih dewasa.Seribu kemaafan dihulurkan atas tingkah laku yang salah dan semoga cikgu terus berjuang bersama anak-anak Al-amin dan saya tahu cikgu memang sayangkan Al-Amin.Doakan saya dan rakan-rakan yang lain berjaya di dunia dan akhirat.Saya juga doakan cikgu menjadi penulis yang terkenal suatu hari nanti dengan novel keluaran pertama cikgu...Saya menunggu ni!! heheh.Lagi satu,denda 'tiup kipas yang berhenti' memang berkesan...Sangat membuat saya terfikir sebenarnya."

20.Ummu Ithar ( PSI f5/Guru Kelas F5)- "Ummu ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sanggup bersama-sama ana dan rakan dalam semua keadaan tidak kira senang atau susah.Ummu juga sentiasa memberi kata-kata perangsang kepada ana untuk terus berjaya.Ucapan kemaafan juga dihulurkan kepada ummu jikalau ada salah laku.Doakan kejayaan ana dan rakan-rakan dalam memperjuangkan Islam dalam apa bidang sekalipun."

21.Cg Syima(PQS f4) - " Cg ana ucapkan ribuan terima kasih kerana mengajar subjek PQS.Banyak ilmu baru yang dpt ana belajar.Harapan ana semoga cikgu terus tabah dalam memberi ilmu kepada anak-anak al-amin.Maafkan ana jika ada salah dan silap serta doakan kejayaan ana di dunia dan akhirat.Terus memartabatkan Al-Quran di Al-Amin."

22.Cg Zalina (Chemistry f4) - " Teringat semasa f4 waktu kelas pertama pelajaran chemistry di makmal,memang sangat teruja untuk mempelajarinya.Apa-apa pun ana ucapkan ribuan terima kasih kepada cg kerana memberikan segala ilmu kepada ana.Sememangnya ana menghargai jasa cg.Maafkan ana jika ada membuat silap semasa dalam kelas dan doakan kejayaan ana dan rakan-rakan yang lain."

23.Cg Norma Ismail (Sejarah f4 ) - " Antara pelajaran yang ana akan target untuk mendapatkan A dalam slip peperiksaan semasa f4 dahulu.Teringat semasa cikgu mengajar kelas 4 NAz sejarah,(belajar tamadun).Terima kasih yang tidak terhingga kerana mencurahkan ilmu cg kepada ana dan rakan-rakan yang lain semoga cg akan terus mendidik anak-anak al-amin."

24.Cg Rosmalena ( Science f1) - " Subjek yang ana paling tidak gemari semasa tingkatan 1 .Selalu dapat markah rendah.Tetapi makin lama, timbul perasaan minat terhadap Science.Terima kasih kepada cg Rosmalena yang mengajar ana dan merupakan guru kelas pertama ana di alam sekolah menengah ( 1 At-Tabari ). Maafkan ana jika terlaku kasar dan sebagainya dan doakan kejayaan ana dan rakan-rakan lain di dunia dan di akhirat."

25.Cg Rushidah ( English f5 ) - "Thank you very much teacher for being my favourite teacher.I had learnt a lot form you.I'm really thankful to Allah because HE gave me a very good teacher like you.You are very supportive and very concern to all of your students.I would like to apologise if i had made you angry. Hope you will always remember me and always put my name in your doa'."
24.Cg Ruzainah ( Englisg f4 )-" Teacher!!! I really missed you.Thank you very much teacher.I hope you will always remember me in your doa'."

25.Cg Alia - " Terima Kasih cg kerana memberi dorongan kepada ana dan rakan-rakan yang lain.Walaupun cikgu tak pernah mengajar ana tetapi usaha cikgu untuk kami semua ana hargai sangat-sangat.Doakan kejayaan ana dan rakan-rakan yang lain dan teruskan melahirkan pelajar yang berkualiti di al-amin."

26.Cg Masitah (Mathematic/Prinsip Akaun) - "Terima Kasih cikgu Masitah kerana terus-menerus menabur bakti kepada saya dan rakan-rakan yang lain.Walaupun saya tidak mengambil 'Akaun' tapi sebenarnya saya hendak sangat belajar akaun.Itu pasallah saya menyibuk masa Mudzakir belajar Akaun dalam pusat sumber dengan cikgu.Saya minta maaf jika ada kesalahan yang tidak disedari telah dilakukan oleh saya kepada cikgu dan doakanlah kejayaaan saya yang berterusan."

27.Cg Salinawati (ICT) - "Cikgu yang telah mengajar saya computer.Terima Kasih cikgu kerana mengajar saya dan rakan-rakan walaupun selalu lewat masuk ke kelas ICT,maklumlah kelas ICT jauh...(hahha).Apa-apa pun terima kasih sekali lagi mengajar saya lebih-lebih lagi DataBase menggunakan MS Access.Minta Maaf sekiranya ada tingkah laku saya yang membuat cikgu terasa hati dan doakan saya untuk terus berjaya di masa akan datang.Lagi satu harapnya poster saya tu,biarlah terlekat di ICT sentiasa...(hehehE).

28.Cg Mardiana ( Al-Quran/Hafazan) -"Cikgu saya selalu curi tulang tak baca surah hafalan baru dengan cikgu.Minta maaf sangat kerana hal tersebut.Terima kasih saya ucapkan kerana sanggup melayan kerenah saya dan rakan-rakan yang ketika kelas Al-Quran.Doakan saya terus berjaya di dunia dan akhirat."

29.Cg Latipah (BM/Disiplin) - " Terima Kasih cikgu kerana sentiasa menasihati diri saya dan rakan-rakan yang lain.Maafkanlah saya jika ada terlanjur kata dan sebagainya.Semoga cikgu cepat-cepat sihat dan dapat kembali mengajar ke sekolah Al-Amin.Doakan kejayaan saya cikgu,dan teruslah mendidik anak-anak Al-amin supaya memperbaiki diri dari semasa ke semasa."

30.Cg Masniah (Prinsip Akaun)-"Saya kepingin bangat nak belajar Prinsip Akaun dengan cikgu dan cikgu Masitah.Tapi tak dapat sebab saya amik biologi dan ummi saya tak bagi amik subjek tambahan.Walaupun begitu,saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kerana sentiasa memberi sedekah dalam bentuk senyuman cikgu yang mungkin menyumbang kepada kejayaan saya dan rakan-rakan yang lain.Pohon ampun dan maaf juga andai ada tersalah kata dan doakan kejayaan saya dan rakan-rakan lain pada masa hadapan."

31.Cg Sarah (WAFDUL AMIN)- "Guru yang banyak membantu menjayakan program anak angkat angkat (wafdul amin 2006).Terima kasih banyak-banyak cikgu kerana membantu saya dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya untuk terus belajar dan belajar.Semoga cikgu berjaya menjadi peguam(hehe).Ampun maaf jika ada perbuatan saya yang membuat cikgu berkecil hati dan saya harap cikgu terus mendoakan saya dan rakan-rakan yang lain."

32. Cg Najmah ( WAFDUL AMIN)-"Seorang lagi cikgu yang begitu baik hati kerana sanggup menolong saya ketika melaksanakan program wafdul amin 2006.Terima kasih juga saya ucapkan kerana segala bantuan yang telah diberikan kepada saya dan hadiah 'Katak Hijau' yang comel itu.Doakan saya terus berjaya di dunia dan akhir insyaAllah."

33.Cg Jurifah ( BI) - "Pada mulanya ramai pelajar yang mengatakan cikgu ini garang.Tetapi apabila saya mengenali cikgu jurifah ternyata mereka salah.Walaupun cikgu tidak pernah mengajar saya,tetapi cikgu ini menjadi guru yang senang untuk bersembang.Apa-apa pun terima kasih ya cikgu.Teruskan perjuangan dan ingat-ingatlah Al-amin setelah berhijrah ke Banting.Saya meminta maaf sekiranya saya melakukan perbuatan atau percakapan yang menyinggung perasaan cikgu dan saya harap cikgu terus mendoakan kejayaan saya dan rakan-rakan yang lain pada masa hadapan"

34.(Lain-Lain) Ust Shakir,Ust Zaki Mukhtar,Ust Faridil Atras,Ust Abdur Rahman,Cg Rohana,Cg Salwa,Cg Salmah,Cg Zakirah,Cg Azhar,Cg Zuraini,Cg Norma Mohammad,Cg Abidah,Cg Najibah.-"TERIMA KASIH SEMUA kerana memberi sumbangan tidak terhingga kepada sekolah Al-amin dan termasuklah diri saya serta rakan-rakan yang lain.Ampun dan maaf dipinta sekiranya saya ada menyinggung mana-mana cikgu dan doakan kejayaan saya serta rakan-rakan yang lain."

35.Ust Syarifuddin - " Saya rasa dia layak untuk digelar ustaz kerana hasil pengorbanannya yang tidak ada tolok bandingnya.Terima Kasih kepada Ust Syarep yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya dan sentiasa menjadi tempat rujukan jika saya mempunyai masalah.Terima Kasih banyak-banyak.."


Saturday, May 17, 2008

TAGGED!!!

5 presents:

1.HD Video Camera ( Panasonic )
2.P.A System Set
3.Studio Equipment
4.M 16 Rifle or Sniper
5.Dapat pergi MPR!!!

5 reasons for the above:

1.1.Wah!!! Mudahlah saya menghasilkan sebuah Filem yang berkualiti tinggi dengan adanya benda ini.Seterusnya impian tercapai.InsyaAllah
2.1.P.A System Set membolehkan kerja-kerja recording saya menjadi lebih kemas dan kesannya lebih menarik tanpa ada bunyi-bunyian yang mengganggu.Boleh buat business juga.
3.1 Studio Equipment membuatkan saya dapat membuat “Personal Studio” di rumah yang telah menjadi impian selama ini.Studio ini akan membantu saya menghasilkan karya-karya bermutu.Mungkin siapa mahu pinjam buat recording, boleh sahaja.
4.1 Senang nak menembak orang Israel dari Mesir nanti…(NAKBA 60 tahun )
5.1 Hendak sangat pergi Majlis Penulis Remaja anjuran DBP,tetapi ada sahaja halangan mendatang.(Tahun ini pun melepas kot.!!!)

5 impression to the ones that I admire:

1.Memahami diri/Tabah
2.Full of determination
3.Berani menasihati orang lain
4.Suka menolong ( Macam Ummi )
5.Menghargai apa yang kita sudah lakukan

Best thing he/she ever did for me:
"Semoga berjaya di alam Matrik"


5 greatest inventions:

1.Kain Pelekat (Kakak Iman tolong jawab reason dia..hahhaha)
2.Dictionary
3.Kerusi Roda
4.Kamera CCTV yang tidak berfungsi ( cukup canggih )
5.Selipar Jepun

5 most hated:

1.Filem yang kolot tiada faedah
2.Novel-novel yang merapu
3.Orang yang berlagak tahap mahakarya punya!!!
4.Orang yang selalu berkata “Saya buat ini kerana nak enjoy dan suka-suka).Bukan manusia ini!!!
5.Orang nak tegakkan Bidah(Innovation in the name of religion).

Terima kasih Kak Fathiyyah sebab tag saya ..!!! sorry lambat sikit menjawabnya...

Monday, May 12, 2008

Akan Datang - "MISI SUFA"

Kadang-kadang sedih melihat masyarakat Islam di Malaysia yang sentiasa duduk senang dan lebih mengambil sikap berdiam diri.Saya begitu teruja melihat perkembangan proses dakwah yang berjalan di Indonesia melalui saluran media.Ternyata masyarakat Islam di sana sangat optimis menggunakan saluran untuk menyebarkan identiti Islam dan umatnya melalui media khususnya melalui 'FILEM'.Ternyata pelbagai filem-filem yang dihasilkan mereka berlandaskan persoalan-persoalan Islam dan sebagainya.

Namun di Malaysia kini,ternyata filem-filem yang dihasilkan langsung tidak menonjolkan nilai-nilai peradaban Islam itu sendiri.Contohnya di Indonesia Filem "Ayat-ayat cinta" dan "Sang Murobbi" menunjukkan betapa mereka di sana sangat memanipulasi peluang yang ada untuk berdakwah.Lain pula yang terjadi di Malaysia filem-filem yang dihasilkan tidak berlatarkan satu asas yang kukuh untuk dipertonjolkan kepada khalayak ramai.

Sememangnya impisn saya untuk berkarya dalam industri perfileman ini amat besar.Namun itu mungkin sekadar hobi yang tidak boleh menjadi kerjaya.Namun pernah juga saya menghasilkan sebuah filem pendek bersama dengan rakan-rakan lain di sekolah.Walaupun tersangatlah amateur dalam pembikinan filem pendek tersebut dengan audionya yang tidak synchronise,dan peralatan yang tidak canggih dengan video,mic,lighting,prop- tetapi bagi saya itu adalah usaha yang saya dah rakan-rakan cuba untuk menyebarkan dakwah melalui media.

Saya sekarang dengan masa yang berbaki ini,sedang menyiapkan skrip dan storyboard filem pendek " MISI SUFA ".Sememangnya tidaklah menggunakan peralatan yang canggih,sekadar untuk menyampaikan message kepada masyarakat bahawa ada juga orang yang nak buat cerita mengenai ISLAM di malaysia ini.Gambaran kasar mengenai filem ini ialah :
Seorang remaja lepasan SPM yang berhadapan dengan konflik dirinya untuk terus berpayung dibawah dakwah islamiyah.Remaja yang bernama "SUFA" keliru jalan yang harus dia tuju ketika memasuki ke alam IPT nanti.Dia juga selalu mendampingi Abang Razak yang telah ditemuinya di sebuah masjid dengan harapan Abang Razak tersebut dapat menyelesaikan pelbagai kekusutan yang berlaku dalam dirinya.Namun adakah betul pilihannya itu setelah ditentang oleh Abang Sarep iaitu abang kepada Sufa sendiri ?

InsyaAllah doakanlah pengambaran filem pendek ini berjaya dan diberkati oleh Allah.AMIN..




Saturday, May 10, 2008

Anugerah Tuhan

Tidak ternilai pengorbanan seorang wanita yang bernama 'Ibu' ini.Apabila 11 Mei menjelang rata-rata manusia kembali mencari ibu tercinta untuk mengucapkan kata-kata indah dan juga memberi hadiah begitu mahal kepada ibu.Namun sebenarnya,hari ibu wajiblah disambut setiap hari dengan meletakkan gambar wajah ibu di kotak hati.Begitu juga dengan ayah kita.

Maka dikesempatan ini,saya ingin memberikan hadiah kepada 'Ummi' saya dalam bentuk kata-kata.Tidak mampu saya membelikan hadiah yang mahal-mahal dan yang indah-indah.Bait-bait ini sahaja yang mampu saya tulis.Terimalah seadanya.
(Pesanan:Terdapat sebuat video yang cukup sesuai untuk background sajak di bawah.Kepada sesiapa yang ingin membaca dengan membuka lagu tersebut silakan,mungkin dapatlah ditambahkan moodnya)

Sekilas aku memandang cermin
Berhenti
Terlihat wajah sempurna diriku
Tergambar kejayaan diriku
Ternampak semuanya itu

Air mata ini mengalir
tatkala aku terkenang wajah Ummi
dicermin kaca kenangan itu
bersama rekahan kenangan
aku terkedu…

Bisakah aku balas jasamu Ummi
Setelah kau mengandungkanku
Setelah kau menyusukanku
Setelah kau menjagaku
Setelah pengorbananmu
kau curahkan kepadaku

Bisakah aku balas air matamu Ummi
Ketika mana kau sanggup
Melupakan kerjayamu kerana anak-anak
setelah kau selalu berkata kepada mereka
“Aku tinggalkan satu kerjayaku kerana aku ingin lahirkan 7 insan beriman di dunia dan akhirat”
Aku terkedu…terus

Ketika mereka memperbodoh aku
Kau memandaikan aku
Ketika mereka ketawa kepadaku
Kau menyembur ketenangan dalam jiwaku
Ketika itu aku tersenyum girang
semangat kembali

Ketika aku lemah sesaat
Kau mendampingiku beribu saat
Ketika aku menangis kesedihan
Kau pula menangis mendoakan kesejahteraanku

Seorang insan yang tiada nilai untuk dibayar
Sentiasa menasihatiku ketika aku nakal
Sentiasa mendorongku ketika aku gagal
Sentiasa mendodoi anak-anaknya ketika di malam hari

Sampai bila…
Sampai bila Ummi akan bersama
Walakin hasratku untuk selamanya
Mustahil nian
Mustahil..
Aku terus memandang cermin usang
Kelibat ummi muncul di belakang
Air mata terus menggunyur
Kerana tiada ummi
Selain ummiku itu…

Terima kasih Allah atas ummiku
RAHMAN D
TAMAN KERAMAT
11/5/2008


Friday, May 9, 2008

Haluan Kini Berbeda

Minggu lepas saya sempat mengikuti 'KONSIS ZON TENGAH' bersama rakan-rakan yang lain.Banyak bertemu dengan kenalan baru yang semuanya bergelar mahasiswa.Begitu juga dengan input dan ilmu yang cukup baik untuk dijadikan pedoman hidup.Tahniah diucapkan kepada 'Abg Auzan' dan teamnya yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini (tengok sahaja 'Abg Sarep' kita tu!!! Letih bukan main dia)

Ya,hari ini dan saat ini tibalah masa untuk saya dan rakan-rakan lain memilih haluan masing-masing.Ada yang ingin menyambung ke matrik.Ada juga yang ingin sambung ke UPU dan sebagainya.Maka inilah yang dikatakan perpisahan bersama rakan-rakan yang telah melakarkan beribu kenangan.Sememangnya saat begitu pasti akan diingati oleh semua manusia di dunia ini.2 orang rakan yang pasti saya akan rindui buat selama-lamanya iaitu 'Basith' dan 'Muhaimin MK'.Mengukir suka dan duka sejak daripada darjah 1 sehingga tingkatan 5.Saya sudah masak benar dengan perangai mereka berdua.Kami boleh dikatakan daripada darjah 1 hingga 5 telah ditempatkan di kelas yang sama.Susah untuk melupakan mereka berdua.Selain itu rakan-rakan lain - (Ammar Sahrim,Syafiq Marzlan,Aizuddin dan Abg Sarep ) merupakan orang-orang yang telah banyak memberikan kenangan ketika saya bergelar guru untuk seketika.Kepada semua rakan-rakan yang saya yang lain,pasti saya turut merindui kamu semua.

Alhamdulillah,Allah telah memberi jalan yang terbaik untuk diri saya.Pelbagai tawaran pengajian telah saya terima antaranya-Matrik Negeri Sembilan,UPU -UIA
( Asasi Sains Kesihatan Bersekutu) dan baru-baru ini tawaran daripada MARA untuk krusus kedoktoran di MESIR.Ya perancangan Allah yang cukup hebat kepada diri ini dan insyaAllah dengan berbekalkan keazaman mungkin saya akan memilih tawaran MARA untuk menyambung pengajian ke MESIR.Bagi rakan-rakan yang akan melangkah ke alam matrik Isnin depan, dan ke mana sahaja, saya doakan agar kalian berjaya dan berada dalam golongan mereka yang menerima rahmat dan lindungan Allah sentiasa.Maka inilah perpisahan yang kita akan lalui,tetapi jika perpisahan ini adalah kerana Allah nescaya kita merupakan golongan yang beruntung.



Selamat kepada semua rakan-rakan saya dan sentiasalah berdoa untuk diri dan sahabat-sahabat yang lain.Kepada guru-guru doakan kejayaan yang berterusan kepada anak-anak muridmu ini supaya sentiasa berjalan-berlari mahupun merangkak di landasan yang benar,insyaAllah.





Haluan kini berbeda tetapi matlamat di mercu yang sama !!!!
AYUH SANG MUROBBI !!!