Friday, June 20, 2008

JADILAH YANG TERBAIK

Salam wa Barakat...Alhamdulilllah akhirnya sempat juga menaip untuk blog saya ini.Sungguh cepat masa berlalu,hampir sebulan saya sudah berada di UKM untuk mengikuti Kursus Persediaan Perubatan Timur Tengah.Banyak perkara yang saya belajar dengan ustaz-ustaz yang baru sahaja pulang daripada Mesir 2-3 bulan yang lepas,antaranya kebudayaan orang arab,percakapan dan sebagainya.Biasalah untuk ke negara orang,sekurang-kurangnya kita perlu memahami etika dan tatacara hidup mereka di sana.

Jadual seharian memang cukup padat bermula seawal 9.00 pagi kuliyah pertama akan bermula,tetapi kami perlu berjalan kaki selama setengah jam untuk sampai ke kuliyah.Bak kata seorang ustaz memang sengaja mereka buat begitu sebab nak melatih kami berjalan jauh...Seterusnya pukul 2.30 adalah masa untuk tutorial dan pukul 9.00 malam masa untuk hafalan perkataan arab.

Namun setiap malam saya kerap kali akan berfikir dan terus berfikir,adakah saya berada di landasan yang betul?.Mampukah saya teruskan pengajian perubatan yang sememangnya mencabar?Kalau hendak ikutkan tahap kesenangan,mahu sahaja saya mengambil bidang pefileman(hahah).Tetapi lepas berfikir kembali,ada hikmahnya mengapa Allah tempatkan saya di sini dan saya perlu selesaikan misi yang masih jauh di hadapan sana.Ustaz-ustaz dan guru-guru di sekolah dahulu selalu menasihati saya supaya menjadi insan yang terbaik dan berguna untuk agama dan ummah.Maka produk-produk daripada sekolah saya inilah yang akan mengotakan janji-janji mereka yang telah dilafazkan pada setiap pagi semasa perhimpunan.
Maka jadilah yang terbaik dalam semua aspek termasuklah pelajaran,sukan,sahsiah diri,kesungguhan,kepimpinan dan sebagainya.Allah s.w.t pun telah berfirman di dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 110 :
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada
Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (110)"
p/s :Untuk filem pendek Misi Sufa saya harap semuanya dapat bersabar,insyaAllah semoga filem itu akan siap dan doakanlah ianya akan siap.(hehehe)
Wassalam

Saturday, June 7, 2008

3 Bulan Di UKM

Salam Wa Barakat kepada semua yang sudi menyinggah ke blog saya ini.Sudah lama tidak menulis di blog maklumlah sibuk sedikit.Saya kini berada di UKM untuk membuat persediaan ke Mesir kira-kira bulan 10 nanti.Persediaan 3 bulan di UKM-saya perlu belajar semula Bahasa Arab tetapi kali ini lebih kepada komunikasi ammiah (bahasa pasar arab).Saya dan rakan-rakan tajaan MARA yang lain tidak perlu bersusah-susah untuk belajar Biology,physic dan chemistry seperti pelajar yang membuat persedian di INTEC dan KKT.Kami hanya belajar Bahasa Arab Ammiah sahaja.Agak rilek sedikitlah berbanding pelajar-pelajar di tempat lain.

3 bulan ini memang kami akan dilatih bercakap arab ammiah sahaja.Selain itu berkenalan dengan teman-teman baru dan suasana baru menjadikan diri saya lebih berhati-hati dalam kehidupan ini.Dunia luar lebih besar cabarannya.Hanya bekalan ilmu dan jati diri yang tinggi sahaja dapat menjadikan diri kita lebih kuat bisa menempuh semua cabaran yang mendatang.

Buat rakan-rakan yang sudah memasuki alam matrik,dan Pra-U saya ucapakan semoga berjaya,ingatlah semasa berdoa jangan lupa masukkan nama sahabat-sahabat kita sekali untuk kejayaan bersama.Buat sahabat yang jauh di Matrik P.Pinang(Basith) - Semoga berjaya menjadi YDP JawatanKuasa Majlis Perwakilan Pelajar di sana..(bertanding minggu depan...aku pangkah kau basith..nanti aku bawak pengundi hantu!!! heheh )
Ammar Sahrim ( Ketua Medic di USIM NILAI)...Ashraf Syafiq ( Ketua Akaun di USIM NILAI)-semoga menjadi ketua yang hebat

InsyaAllah,dengan adanya pemuda dan pemudi yang mempunyai fikrah Islam,saya pasti ISLAM akan berjaya satu hari nanti.

Wassalam