Saturday, August 23, 2008

APA YANG AKU MAHU WAHAI PEMIMPINKU

Dalam kesesakan hari sabtu di dalam 'LRT KOMUTER' aku tabahkan hati untuk pulang ke rumah setelah menghadiri satu program di Bangi.Kira-kira pukul 1.00 p.m aku bertolak dari UKM.Seperti biasa tiada lagi tempat duduk kosong untuk kumelabuhkan punggung ini.Aku terus berdiri sambil bertongkatkan tiang agar tidak rebah.
Namun tiba-tiba teringatku mengenai isu yang timbul baru-baru ini apabila 'Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi' mengkritik sistem LRT yang ternyata menimbulkan kesusahan kepada rakyat.Ada juga desas dalam hati kuini berbisik sendiri "kenapa lambat sangat,baru nak sedar?"Cepat-cepat aku hilangkannya.

Terus menjelma sejarah Khalifah Saidina Umar Al-Khottob dalam benakku.Aku tunduk,dalam hatiku berbisik deras sambil bibirku mengetap, "engkau Umar tidak pernah sesekali lalai akan tanggungjawabmu sebagai pemimpin.Kau sanggup memikul dengan bahumu sendiri harta-harta daripada Baitulmal untuk diberikan kepada orang-orang miskin.Umar sendiri yang memikulnya! Engkau tidak akan sesekali lupa kepada rakyatmu.Engkau tidak menghantar utusan untuk melihat rakyatmu,tetapi engkau berjalan pada waktu malam sendirian untuk melihat dengan matamu sendiri hidup rakyatmu."

Tanpa sedari air mata kutiba-tiba mengalir.Aku masih tunduk dan terus tunduk.'KL-SENTRAL' -sampai ke destinasi aku melangkah keluar dan sambil berbisik lagi
"Adakah semua pimimpinku sekarang sanggup berkorban dengan pengorbanan yang kudus?"

(Ketenangan di dalam keretapi di KOREA)


Wassalam

Friday, August 22, 2008

Kita Dan Mereka?

Lewat malam semalam agak pulang lewat ke bilik daripada bangunan 'cafe' di kolej untuk 'online' sebentar.Jam hampir menunjukkan pukul 12.30 malam.Agak lewat namun malam itu mata saya telah menyaksikan perbezaan antara kita dan mereka.Apabila turun ke bawah 'cafe' kolej, saya perhatikan mahasiswa-mahasiswi 'cina' masih giat menelaah,menyelak buku walaupun lampu di situ sudah gelap.Pada mulanya saya agak teruja dan tidak habis memuji-muji mereka dalam hati.Selepas itu, nun di sudut sana terkilas pandang 2 pasangan mahasiswa lelaki dan perempuan 'berdua-duaan' sambil bergelak ketawa membuat saya tunduk malu.Bukan mereka yang melihat atau menelaah buku tetapi buku melihat perbuatan mereka.Oh!!!.. 'Orang Islam'...'Melayu'...Begitu terdetiknya perasaan dalam hati ini.


Saya terus berjalan menuju ke bilik.Hanya berdoa agar tuhan ampuni dosa mereka dan membenci perbuatan itu .Terus berjalan seketika saya memandang langit.


Tarikh 21 Ogos membuatkan saya sebak.Peristiwa yang tidak semua tahu dan ingat mengenai isu sahabat-sahabat kita di Palestin sana.Pembakaran di sebelah timur masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 oleh seorang bangsa Australia "Rohan".Terkenang pada sahabat di sana yang terus berjuang darah untuk memboloskan diri daripada cengkaman Zionis.Sekali lagi saya berbisik di dalam hati, kita dan mereka.....cukup berbeza.Mereka lebih hebat daripada kita.
Lalu tundukku memandang diri yang longlai di jalanan.
Kita dan Mereka tidak sama....Jangan angkuh untuk berbangga diri depan manusia kerana hasilnya kita ketahui kelak.


Landasan Impian Nyata II
(Buat bumi Al-aqsa aku berbicara)
Pengembaraan musafir derita di bumi Al-Aqsa
melakarkan tinta pudar
pada kertas hati.
Tulisannya sarat kesengsaraan tenat
ceritanya terbias wajah ketakutan dahsyat.
Ruang damai sudah dikoyak
daripada kamus hayat mereka
hanya tinggal harapan tidak bernoktah.
Suatu hari
pasti warna damai kembali bersinar

Rahman D
(Antologi Sajak Bahasa Bumi)

Sunday, August 17, 2008

LALUAN ITU AKU TEMPUHI

Assalammualaikum buat pembaca blog ini.Terlalu sepi blog ini tanpa ada 'post' yang baru.Walaubagaimana pun,hari ini saya mempunyai kesempatan untuk mencoretkan sedikit cerita .Alhamdulillah nampaknya sekarang rakan adik-adik di sekolah saya dulu sudah bermula untuk 'berblog'.Harapan saya agar gunakan wadah ini sebaik mungkin untuk kita sebarkan sesuatu yang bermanafaat kepada masyarakat yang masih tidur berbantalkan kejahilan.


Sabda Rasullallah SAW : "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat."

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan dan selepas itu program persediaan akan tamat.Buat masa ini tarikh berlepas ke Mesir belum sah lagi walaupun begitu,saya menjangkakan tarikh berangkatnya saya ke Mesir pertengahan bulan 9 insyaAllah.Kadang-kadang saya tidak terfikir saya akan memilih laluan untuk menjadi seorang doktor ini.Ketika tingkatan 5 saya sudah berkira-kira untuk menjadi seorang pengarah filem.Bidang yang dikatakan tiada masa hadapan dan sesiapa yang ada di dalamnya sudah pasti akan terjerumus kepada benda-benda yang tidak baik.Namun saya memikirkannya pada ketika itu adalah untuk memartabatkan Islam melalui perfileman.Namun haluan saya berubah selepas itu.Saya merasakan jalan saya sekarang adalah jalan yang terbaik Allah berikan kepada saya.Tetapi cita-cita untuk menjadi pengarah filem juga akan saya genggam dan ianya akan direalisasikan pada hari depan kelak insyaAllah.
Baiklah mungkin sampai di sini dahulu,insyaAllah saya akan menghantarkan post yang menarik kelak.Ingatlah pesan Allah dalam kitabnya supaya menjadi pedoman hidup kita.Lakukan perintah dan sunnah Rasulallah supaya terhindar kita dari kejahilan dunia.



Wassalam