Wednesday, November 19, 2008

Nasihat Datuk (Al-Fatihah)

Tempat : Pantai Syatbe
Masa:9.00 malam
Kondusi:Duduk sambil memandang laut
Suhu:13 C
Benak:Terkenang kisah silam

Kisah 1

"besar nanti aman nak jadi doktorlah tok."

"baguslah tu,nanti boleh ubat datuk."Sambil mengukir senyuman pada ku.Keadaannya lemah,hanya dapat berbaring atas katil.

"pastu aman nak belanja datuk dengan nenek pergi jalan-jalan.hahaha."Aku ketawa kecil.

"Iyalah."Datuk ikut ketawa.

"Tapi aman kene belajar sungguh-sungguh baru boleh jadi doktor,lepas tu boleh belanja datuk dengan nenek."Aku hanya mampu tersenyum dan pada masa itu aku masih kecil.

"nanti kalau datuk dah tak ada,aman jaga nenek tau."Aku masih tersenyum.Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan kepadaku namun aku masih kecil,tidak tahu apa-apa.

Kisah 2

"Aman gi tengok-tengok barang awak balik.Takut ada yang tertinggal kang."Laung umi daripada dapur.Nenek masih ada di depan dan aku sedang menghadap komputer.Mungkin aku ingin menghabiskan masa yang ada sebelum berlepas ke Mesir.

"Man belajar elok-elok kat sana."Suara nenek aku tiba-tiba kedengaran.

"Ye nek insyaAllah."

"Entah sempat tak,nenek nak jumpa aman lepas ni.Nenek dah tua dah."tiba-tiba nenek menangis.Aku terus menenangkan dia.

"InsyaAllah nek,kalau ada rezeki kita jumpa lagi."Kata aku kepadanya.

Kesimpulan
1.Semua manusia tidak dapat lari daripada mati
Surah Al-Munafiqun (ayat 11)

2.Bersungguh-sungguh dalam semua perkara untuk mencapai redha Allah

3.Jangan hampakan harapan keluarga,guru,rakan-rakan.

4.Sentiasa bermuhasabah diri dalam semua keadaan.

Al-Fatihah
(Haji Husain b.Mat Noor)

-Exam mode-
Wassalam


Only
Human (Piano Version) - N/A



Saturday, November 8, 2008

SPM itu Tiket?

Cepat masa berlalu.Melayari blog adik-adik junior Al-amin tidak sedar saya bahawa SPM 2008 dah semakin hampir.Sungguh cepat masa berlalu.Terasa seakan semalam baru 'study' bersama rakan-rakan di sekolah.Sememangnya pengalaman saya mengambil SPM tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Khas ucapan yang ingin disampaikan daripada perantauan ini kepada 2 orang sepupu saya
Hakim dan Harith-Selamat berjuang dan selamat menjalani peperiksaan SPM.Minta maaf sebab tidak sempat menghantar 'SMS'.Apa-apa pun tekadkan semangat insyaAllah,Allah akan bantu.

Kemudian kepada 'junior' sekolah Al-Amin Gombak (Caliph 14),Banin dan Banat.Selamat menjalani peperiksaan dan "PECAHKAN REKOD TAU".Sentiasalah berdoa kepada Allah dan jangan hampakan perasaan ayah dan ibu serta guru-guru yang telah banyak berkorban untuk antum semua.

Special dedication -Kepada 'junior' yang rapat - Amirul ( teman rapat yang selalu buat lawak dan ketawa-nama lain dia ZAMARUL BENGKAK hheheh)
Anas dan Asif ( teman yang belajar cara turun bukit gaya Gunung Ledang hahahha)
Auzaie (teman yang sentiasa meminta pendapat),
Makpa (teman baru tapi mesra).
Amirul Aizat dan Zubir ( teman yang banyak bantu dalam rumah Merah ..HIDUP Al-FATAH!!!)
Muhammad ( teman yang saya respect dirinya)
Syed Muhajir (teman 'tuition' bahasa arab Ust Syed Abi -Skor bahasa Arab tau!!!)
Abu Dzar (teman salalu tumpang kereta balik rumah -hehhe)
Dan semua banin dan banat caliph 14.

Akhir kalam,ingatlah SPM ini adalah kaunter antum untuk mendapatkan tiket ke satu tempat yang lebih baik.Jika antum berusaha dengan bersungguh-sungguh,sudah pasti tiket akan diperolehinya
Solat hajat minta pertolongan daripada Allah.Banyakkan doa-jangan lupa untuk mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain.Sentiasalah meminta maaf daripada Ibu bapa,adik-beradik,guru dan teman.Allah pasti akan memberi pertolongan kepada hambanya yang betul-betul meminta.

INSYAALLAH - ANNAJAH FI YADUKUM WA ALLAHU NAGGAH!!!
TAKBIR!!!