Monday, February 23, 2009

"HIDUP INI MEMANG PAYAH"




Layarkan kehidupan
ke destinasi pilihan
nikmatilah keindahan
yang tak dijanjikan.

Hayatilah keperitan
baru bisa mengertikan
kemanasian, kebesaran
rahsia kebenaran.

Yang tinggal kita mencari
hidupnya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

(CHORUS)

Hidup ini memang payah
kadang gelap kadang cerah
hati ini jika resah
siksa jiwa takkan sudah

Hidup ini memang payah
kuterima kuberserah
hati ini bila pasrah
yang susah bisa mudah
oooo...

Bersama yang susah
adanya mudah...
bersama yang susah...
mudah...

Arus deras kehidupan
dikejar dan ditinggalkan
terima yang ditakdirkan
tulus kesyukuran
dalam jiwa perperangan
duka resah sendirian
kita dalam pengorbanan
pinta keampunaan.

Yang tinggal kita mencari
hidupanya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

(CHORUS)
ulang

Lagu :Yasin Sulaiman
Album :Arus Qudus 2009

Lirik lagu ini cukup memberi impak kepada diri saya,sungguh mendalam.Cukup suka lirik lagu ini dan alunannya.Maksud yang memberikan kita semangat untuk melakukan sesuatu perkara untuk mencapai matlamat utama iaitu keredhaan Allah.Harap antum semua dapat menghayati lirik lagu ini.Kredit untuk Bro Yasin lagu-lagu untuk album kali ini saya tabik.Teruskan perjuangan bro!.

Tuesday, February 3, 2009

Preview Lagu -Skrip Lama by Zafran



(Verse 1)

Setelah cerita nafsu dendam

ditayangkan di langit dunia,

laungan bisu memuntahkan simpati

pada sebidang tanah

yang berdiam juga.


(Verse 2)

Suntuk bertutur bahasa damai

rimas menyeru semangat kemanusian

dan petualang terus tuli,

berlagak sang Izra’il- pencabut nyawa

menghidang maut dalam santapan harian.

(Chorus)
Hilang kewarasan tidak peduli

dan kejam dilarutkan

dalam percikan darah syuhada

yang meresap menjadi puing bukti

pada sidang tertinggi.

(Bridge)

Hari ini diputarnya skrip lama

kita menonton kaku sayu,

tatkala mereka layarkan cerita buntu

tetap begitu.

p/s-untuk preview sahaja bahagian chorus dan bridge

KENAPA PERLU BEGINI?

Di sini sudah terdengar khabar-khabar tidak enak.Orang ini ngumpat orang itu.Orang itu mengumpat orang sana.Timbul fitnah kepada Islam atas sebab tidak sama haluan dan fahaman.Apa yang mereka cari?Bilangan pengikut?Atau kader-kader yang mampu menggerakkan ummah ini.Ikuti paparan ini . "Yang Mana Harus Aku Pilih "