Thursday, March 19, 2009

Petikan Gitar Kepalakotak

Selamat menjamu lagu "Pasrahkan Diri" petikan gitar daripada Kepalakotak.Semoga semestar kedua menjadi lebih baik kepada kita semua.InsyaAllah



Semakin lama kumerasakan
damai indah kasihMu
bagi semua insan di dunia
semua sama dihadapanNya

Sembah sujud padaMu Ilahi
kami pasrahkan diri
lepas dari nafsu dunia
yang melenakan dan menghanyutkan

Diri ini penuh dosa
kuharapkan ampunan bagi diriku
sucikan hati dari debu dan noda
padaMu kuserahkan jiwaku

Lagu:Snada -Pasrahkan Diri

Terima kasih kepada kepalakotak.

Monday, March 9, 2009

Mencari Air Ep:2

Pencarian air yang bersih masih diteruskan.Kadang-kadang air itu mempunyai banyak bakteria dan macam-macam lagi.Namun kita yang sepatutnya berusaha mencari air yang bersih dan mungkin juga merawat air tersebut supaya menjadi bersih.

Episod hari ini adalah yang kedua.Perjalanan kembara di bumi anbiya ini.Semenjak melangkah kaki ke bumi iskandariah,tidak pernah menjejak kaki apatah lagi badan ke dalam lautan di sini.Cuaca yang sejuk semestinya air juga sejuk.Mungkin kali ini cuaca sudah sedikit panas dan airnya sudah menjadi panas(pada jangkaan awal).Maka bercadanglah dengan rakan-rakan yang lain untuk mandi pantai di "miami beach".
Tapi langkah awal saya dan beberapa rakan yang lain bermula dengan melawat Istana Raja Faruq " King Faruq" iaitu Raja Mesir.Sememangnya banyak cerita yang telah saya dengar mengenai 'King' ini.Sama ada cerita yang baik atau buruk tentang dirinya.Anak kepada Raja Fuad II ini dikatakan hidup dalam keadaan mewah dan ada juga yang mengisahkan bahawa beliau digelar "Pencuri Cairo" apabila suka mencuri barang.Ada juga kisah di mana semasa Perang Dunia II berlaku,keadaan hidup memang sukar dan susah,maka disebabkan kemewahan yang diinginkan oleh beliau,beliau telah mengarahkan supaya semua rakyatnya memadamkan lampu rumah mereka semata-mata untuk menyalakan lampu di Istana beliau di Iskandariah iaitu semasa pengeboman tentera Italy.
NAMUN...setelah berbual dengan pelbagai masyarakat arab di sini,lain pula yang saya dengar.Ada diantara mereka menganggap bahawa Raja Faruq ini adalah pembela agama.Cerita-cerita tentang keburukan Raja Faruq adalah konsperasi untuk menjatuhkan Islam pada ketika itu.Diceritakan juga bahawa semasa beliau memegang tampuk kepimpinan di Mesir,segala undang-undang yang ditetapkan adalah berlandaskan hukum syariat Islam.Sedikit tambahan juga apabila membelek-belek kisah Raja Faruq ini, terjumpalah bahawa beliau juga turut menyokong perjuangan Imam Syahid Hassan Al-Banna pada awalnya,namun selepas datangnya fitnah yang dibuat oleh golongan yang ingin menjatuhkan Islam,maka telah berlaku salah faham antara mereka.
Akhirnya apabila sistem republik berkuat kuasa di mesir,maka sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan sama sekali.Jika hendak bercerita politik di Mesir ini memang berat.Banyak konspirasi,banyak rasuah.Sistem ketenteraan juga telah digunakan sehingga sekarang,darurut sentiasa di sini...hehehe...Ramai pejuang-pejuang agama ditangkap dan diseksa.Mungkin boleh mengkaji lagi politik di Mesir ini...Sedikit perkongsian,saya ada seorang rakan mesir di sini,dan pernah bertanya mengenai sistem pemerintahan Mesir,dan dia pun menjawab bahawa tiada ketelusan dalam sistem kerajaan di Mesir,dan rakyat menjadi takut untuk bersuara kerana ditepi-tepi rumah mereka setiap hari akan dihuni oleh sebuah gerabak(trak) yang akan mengisi mereka jika melawan kerajaan...

Konklusi:"Mungkin politik Malaysia akan jadi sama seperti Mesir.....dengus "
Seterusnya,teruslah pergi ke pantai untuk bermandi-manda.Setelah selesai solat zohor di masjid,Maka kami pun pergi ke pantai.Celup sahaja kaki,terus WAH!!! Ingatkan panas air laut ni,rupa-rupanya sejuk jugak.Hanya cuaca di luar sahaja panas tapi air tetap sejuk.Menggigil terketar sahaja.Tetapi renungan jauh ke pantai itu,macam-macam boleh terfikir.Bermula dengan kisah dengan Nabi Musa dan Firaun dan banyak lagi.Tetapi lebih tertarik dengan kisah Firaun yang Allah telah lemaskannya di dalam laut yang dibelah oleh tongkat Musa.Habis tenggelam semua pengikut-pengikut Firaun.Dan kita hari ini cuba berfikir sejenak mengenai masalah ummat yang makin lama semakin lari daripada landasan sebenar.Sedih sungguh.

Kami bukan bermandi sahaja,tetapi sempat juga makan-makan.Yang istimewanya,kami dijamu dengan NASI LEMAK.Terima Kasih kapada Zafran,Padil dengan Afiq yang masak nasi lemak.Begitu juga dengan Alip,Azim dan Zahin yang menyediakan "Sandwich Tuna" yang lazat.;)Cukup rasa perhubungan antara kami atau dipanggil Ukhuwwah .Perjalanan masih jauh dan mungkin dalam perjalanan ini ada antara kita semua yang akan berasa lemah dan jatuh,tetapi dengan adanya rakan-rakan dan sahabat,maka inilah yang pastikan menaikkan semula semangat yang hilang itu.InsyaAllah.

Maka keletihan terpancarlah dimuka-muka pemandi laut semua,selesai sahaja mandi kami semua bersalam-salaman dan bergambar dan pulang kerana esoknya ada misi yang penting iaitu membawa jalur Iskandariah ke Sukan Perubatan 2009 di Mansuroh

Tunggu Episod :3 di Mansuro insyaAllah.

Wassalam

ralat:Terima kasih kepada kepalakotak yang membantu mengambil gambar...:)

Thursday, March 5, 2009

Mencari Air Ep:1

Perjalanan mengembara telah bermula.Seawal cuti begini perlu di manfaatkan betul-betul supaya tidak terlepas detik-detik yang bahagia begini.Perancangan cuti saya kali ini lebih kepada pusing-pusing Mesir mencari Air.KENAPA 'AIR'?...Itulah tema perjalanan saya.'Air' adalah unsur utama manusia,dan 'air' di sini merujuk kepada pengembaraan untuk mencari erti sebuah manasia itu.Asal-usul kita dan apakah tujuan kita diciptakan oleh Allah.Surah Al-Mukminun (23:14)

Baiklah,bermula seawal peperiksaan tamat,perpustakaan Iskanda
riah ditakluki saya dan rakan-rakan.Tempat yang menjadi tumpuan pelancong itu merupakan 'makatabah' yang terbesar di Iskandariah ini.Seni bina yang agak istimewa di sini menyebabkan tangan ini ligat mengambil gambar.
Perpustakaan Iskandariah
Namun pengembaraan sebenar bermula hari ini.4/3,kami telah bermula dengan menziarahi kubur Nabi Daniel dan Luqmanul Hakim.Sememangnya kisah nabi Daniel tidak terdapat di dalam Al-Quran namun terdapat riwayat-riwayat yang lain menyatakan Nabi Daniel merupakan seorang Nabi.Tempoh hidupnya adalah sebelum Nabi Musa lagi.Tetapi kisah Luqmanul Hakim telah dinukilkan di dalam Al-quran.Bagaiman kita melihat Allah telah memuliakan Luqman apabila kisahnya yang memberi nasihat kepada anaknya diabadikan di dalam Al-quran.Wasiat yang telah diberikan kepada anaknya.(Surah Luqman 31:13).Erti sebagai manusia di sini ialah peranan yang perlu dimainkan oleh seorang ayah kepada anak-anak mereka supaya taat kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah adalah benda yang telah ramai manusia lupa.Kerja lebih diutamakan mereka sehingga anak-anak terbiar,solat terbiar,bimbingan agama tiada.Dan akhirnya apabila perkara ini berlaku,terjadilah situasi anak kurang ajar kepada mak dan ayah serta guru.Mari kita lihat,konsep pertama yang dibawakan Luqman ialah tidak menyekutukan Allah kedua adalah solat dan ketiga adalah kesopanan kepada Ibu Bapa.Cukup cantik alirannya.Apabila hubungan dengan Allah diabaikan maka solat pasti diabaikan,kerana cara kita berhubung dengan Allah dan untuk pamerkan kecintaan kepadnya adalah dengan Solat.Maka akhirnya hilang kehormatan mereka kepada Ibu bapa. Maqam Nabi Daniel &Luqmanul Hakim

Konklusi:"macam mana aku nak didik anak time aku nnt...mencabar...mencabar...heh"The Roman Theatre
Seterusnya perjalan diteruskan ke "The Roman Theatre".Tempat peninggalan Tamadun Rom di Mesir.Sebelum kedatangan Islam di Mesir.Rom telah menguasai Mesir.Banyak kesan-kesan tinggalan yang dapat dilihat.Ada juga rakan-rakan yang cakap-tak sia-sia belajar Sejarah f4..(hehe)...Maka sambil berjalan mengelilingi kawasan tinggalan ini,kami pun ingat semula ciri-ciri Tamadun Rom yang telah dipelajari.The Roman Theatre ini diceritakan adalah tempat untuk orang ramai menyaksikan persembahan.Yang syoknya,ada satu tempat yang menggunakan konsep gema,apabila kita berdiri ditempat yang ditandakan,suara kita akan bergema.Menunjukkan keunikan seni bina zaman dahulu kala yang menggunakan kaedah fizik dan sebagainya.Hari memang panas!.Tidak sangka panas begitu...Namun perjalanan terus.Kelihatannya beberapa arkeologis asing masih membuat kajian di sana.Kami hanya melihat kawasan sekeliling termasuklah kawasan penempatan,artifek-artifek lama peninggalan Tamadun Mesir Purba dan Rom serta 'Roman Bath'.Tetapi apabila melihat keunikan Tamadun ROM itu,saya tiba-tiba senyum sinis,INIlah satu Tamadun yang gemilang ,namun dapat ditumbangkan oleh TENTERA AMRU BIN ASS yang telah dihantar oleh Khalifah Umar Al-Khottob ke Mesir untuk menaklukinya serta menyebarkan ISLAM.Akhirnya kemenangan milik Islam dengan semangat jihad yang tinggi,meredah panas,bukit-bukau,padang pasir.Kepahlawanan Amru bin Ass sememangnya diakui oleh RasullulAllah sendiri.
Erti Kemanusian yang terbit di sini,kita perlu semaikan semangat kemajuan dan ilmu pengetahuan agar generasi akan datang lebih matang.Tidak
dilupakan juga jiwa-jiwa anak muda yang perlu disemai seperti jiwa Amru bin Ass yang memimpin tentera untuk menegakkan panji Islam.

Konklusi: "Aku ingin jadi seperti Amru bin Ass...InsyaAllah"
Kubu Salahuddin Al-Ayubi
Asar menjelma,solat di Asrama Mara kemudian teruskan perjalan Ke "QOLA'AH"-Kubu Salahuddin Al-Ayubi.Sebuah bangunan ala-ala Istana yang dikelilingi pantai.Ramai juga orang-orang tempat yang 'melepak' di sana.Bersama keluarga,bersama tunang(mungkin atau tidak) dan rakan-rakan lain.Salahuddin Al-Ayubi merupakan salah seorang yang pernah menjadi Sultan Mesir dan mengasaskan kerajaan Ayubbiah setelah meyingkirkan Kerajaan Fatimiyyah yang pada ketika itu dipimpin oleh Nud Addin.Kerajaan Fatimiyyah yang membawa ajaran syiah ismailliyah tersebar di kawasan Mesir dan Maghribi.Apabila Salahuddin menjadi Sultan Mesir maka banyak pembahruan yang dilakukan yang tidak dapat dilakukannya semasa beliau hanya menjadi panglima mesir untuk mempertahankan mesir daripada serangan tentera Salib.WAh! memang best! membaca Sejarah Islam.Akhirnya Salahuddin dapat merampas Baitulmuqaddis daripada tentera salib hampir 88 tahun selepas beberapa siri peperangan berlaku.Kedudukan kubu ditepi pantai memang strategik benar.Jika tentera salib ingin serang melalui laut,senang saja serang melalui darat.Namun agak kecewa juga,kerana apabila masuk ke dalam kubu tersebut,ingatkan adalah tinggalan-tinggalan perang,tetapi hanya ada gambar-gambar ikan!,seperti aquaria di Malaysia la pulak.
Erti Kemanusian yang diperolehi,kesungguhan dalam sesuatu perkara perlu dikuatkan agar tidak kecundang.Tengok sahaja bagaimana Salahuddin bertahan dan terus bertahan daripada serangan tentera Salib dan akhirnya mereka menang.Menang bukan kerana menggunakan alat atau senjata yang canggih tetapi akal yang diselaraskan dengan iman dan kepercayaan kepada Allah yang begitu utuh.

Konklusi: " Pasti akan muncul wira yang menaiki kuda seperti Salahuddin,"

Malam menjelang,menunaikan solat Maghrib di kawasan Qalaah itu juga.Selepas itu pergi menziarahi maqam-maqam Wali berdekatan situ juga.Sempat juga menziarahi maqam Cucu Saidina Husin iaitu anak-anak Ali Zainal Abidin (Cicit RasulullAllah) terdiri daripada 3 orang.Kesemuanya terbunuh semasa peristiwa Karbala.Peristiwa berdarah yang terjadi di karbala setelah mereka dipenggal kepala.
Erti kemanusian yang dicari,walaupun pada ketika ini kita lihat Islam tidak bersatu.Semua membawa kefahaman sendiri.Namun hati-hati yang terikat kepada Allah dan Rasulnya sahaja akan selamat di dunia dan akhirat.

Konklusi:"Islam lemah kerana Fitnah yang dibawa oleh orang di dalamnya"

Perut lapar,jadi seterusnya kami cari kedai untuk menjamu selera.
Akhir perjalanan untuk kali ini.Ep:2 menyusul InsyaAllah
Perjalanan bukan untuk bersuka atau hanya bergambar tetapi penghayatan yang perlu diambil pengajaran dariapadanya serta mengetahui kisah disebalik tempat yang dilawati.

Konklusi:"Belum puas teguk air"

Wassalam

Tuesday, March 3, 2009

Sudah Berlalu Sudah!

Alhamdulillah,3/3/09,semester pertama pengajian saya sebagai 'medical student' sudah berakhir.Paper 'terminology' menutup tirainya.Sistem pengajian di University Alexandria menggunakan sistem semester.Markah juga diambil kira untuk satu-satu sem sahaja tidak dibawa ke semester kedua.Kiranya,saya dan rakan-rakan yang lain seperti menjawab soalan SPM dahulu kala.Sistem grade juga agak tinggi,dengan meletakkan 90 ke atas baru 'A'.

Apa-apa pun masa begitu cepat berlalu.Sudah 6 bulan saya di bumi anbiya ini.Dan dalam tempoh ini saya meletakkan bahawa 6 bulan ini merupakan fasa menyuaikan diri dengan persekitaran di mesir.Pelajaran, percakapan,suasana,iklim dan sebagainya merupakan benda yang betul-betul saya perlu fahami untuk teruskan hidup di sini.

Sudah habis exam?Gembira? Tidaklah begitu gembira kerana masih jauh perjalanan di sini.Namun jika diimbas 6 bulan yang lalu banyak yang saya perolehi di sini.Hidup sebagai perantau banyak pengalaman yang dapat dikutip.Mesir memang sebuah negara yang 'pelik' tapi bagi saya ada kelebihan di sini.Jika kita hayati betul-betul daripada peradaban manusia di sini,pasti akan dapat sesuatu.Manusia kurang berfikir dan hanya tahu berkata,mengkritik dan sebagainya.Namun setiap kejadian yang berlaku,Allah telah selitkan seribu satu makna yang akan bisa dihayati oleh orang yang berfikir.

Saya tidak nafikan bahawa ada segelintar rakan-rakan yang mengeluh di sini.Hidup tidak selesa seperti mereka yang belajar di eropah,jepun,korea dan sebagainya,KENAPA AKU DILETAKKAN DISINI?" Maka fikirlah kawan bahawa ada hikmahnya tuhan letak kamu di mesir ini.

Perancangan cuti?
...rahsia...mungkin...

Wassalam