Sunday, April 26, 2009

Brothers

4 Jejaka di rumah yang selalu buat bising.
Kami ada pasangan gaduh.
A.Rahman VS A.Rashid
A.Rahim VS A.Rauf

Kami juga selalu juga berpasangan ketika main bola.
A.Rahman + A.Rahim
A.Rashid + A.Rauf

Kebiasaannya 4 orang ini akan bersama dalam satu hari
Tapi sekarang 1 sudah pergi belajar
Esok lusa 1 lagi pergi belajar
Yang 2 orang kembar pulak katanya nak duduk dengan umi je.(Bagus la tu jadi anak manja)

A.Rahman katanya sebagai Abg Ngah,tapi kadang-kadang dia ini suka menyakat adik contohnya:Pernah membuat kepala A.Rashid dijahit akibat bermain lawan-lawan di atas katil.
Pernah membuat 2 orang kembar menangis akibat kekalahan mereka bermain bola
dalam rumah.
Pernah menyakat 3 orang adik-adiknya dengan tak semena-mena...hahahah

4 orang ini ada kelebihan masing-masing :
-A.Rahman = keinginan yang kuat untuk kurus badan (tp akibat ahli bait yang tidak support langsung dia tewas )
-A.Rashid = Ketua Pelajar di Sekolah Al-Amin Gombak
-A.Rahim = Seorang abang kepada kembanya yang berlagak macho...tapi dalam hatinya sayang dengan adik kembarnya itu.
-A.Rauf = Seorang pengawas disekolah,tetapi akan menangis bila umi amik lambat...hahahha

Maka inilah cerita-cerita 4 orang lelaki dalam satu rumah.
Kita tanya sama puan yang empunya diri yang menjaga 4 orang ini.Mana paling susah nak menjaga ?

4 orang ini ada kerenah masing-masing :
A.Rahman
-Zaman kecik-kecik yang nakal.Lambat membaca,mengira dan mengeja.Bak kata orang kampung "Budak buas sorang ni heeeeehhh!"
-Zaman kecik-kecik dulu selalu kena kejar dengan abah.
-Kencing malam yang mengakibatkan umi naik muak (Nocturnal Enuresis) hhaha

A.Rashid
-Kecik-kecik gemuk gedempol
-Kecik-kecik ada masalah mata yang pelik? hhaha
-Menagis kuat dia nih
-Suka cari pasal gak kadang-kadang
-Kuat gaduh dengan si A.Rahman
-Time kecik-kecik dulu,masa abah nak pergi kerja di Petronas mesti menangis kuat-kuat nak ikut hinggakan satu hari, Abgnya si A.Rahman kesian melihat adiknya yang menangis lalu membuka pagar pintu yang telah dikunci....lantas berlarilah di A.Rashid sehingga ke jalan besar untuk mencari abah...Lantas A.Rahman dipersalahkan ....kenapa?? kenapa?? (hahhaha)
-Sekarang imej botaknya telah disepakati jumhur ulamak bahawa itu adalah yang terbaik...hahah mungkin sebab-sebab tertentu jugak...hahhaha

A.Rahim
-Seorang abang yang susah sikit nak beralah dengan adiknya A.Rauf...(kadang-kadang la)
-Suka tidur dengan abah.
-Jadi ketua kelas tahun ini
-English dia power!!!!
-Selalu kena marah dengan Abgnya A.Rahman sebab main game dekat komputer
-Tak puas hati kalau kalah main game ....hahahha
-Ada masalah asthma dan umbillical hernia....akan menjalankan minor operation bulan 6 ini.insyaAllah.Doktor kene bagi ubat yang special sebab selalunya ubat untuk anesthetic contraindicated kepada pesakit yang ada bronchoasthma.


A.Rauf
-Adik kepada A.Rahim,keluar berapa minit lewat semasa dilahirkan
-Ada sikap penyanyang dan ambil berat tentang abang
-Suka nangis bila balik lewat...hahahah
-Main game no.1
-Suka nangis bila kalah...
-Selalu report tentang perilaku A.Rahim di sekolah kepada umi dan abah
-Suka merajuk...
-Tak berkira sangat dengan abgnya.

4 brothers in my family:
Kuning Malaysia -A.Rahman (Aman)
Biru Malaysia-A.Rashid (Acid)
Merah Biru Barcalona - A.Rahim (Abe)
Putih Real Madrid - A.Rauf ( Auf)

p/s:Walaupun aku pendek daripada adik aku..tp.."Sebab aku kan abang"

Thursday, April 16, 2009

Apa perkembangan....

Assalammualaikum kepada semua...sudah tidak meluangkan masa untuk menulis...Sebab anas dah update...so saya pun mengupdatelah (hehhe gurau je anas).Result first semester dah pun keluar lebih 2 minggu.Alhamdulillah,tetap bersyukur dengan keputusan yang dapat.So mana kelemahan untuk semester 1 akan diperbaiki lepas ini.Bak kata satu kata-kata hikmah,"Bukan kejayaan itu yang menjadi aras pertama,tetapi perjuangan kita untuk mencapai kejayaan itu adalah penanda arasnya."

Anatomy (A-)
Terminology ( A- )
Biochemistry (B)
Pharmacology (B)
Histology (B+)
Physiology (B+)
Community Medicine (B-)

We will be having PBL (Problem Base Learning) session for
this semester ,which means we are going to study pathology and microbiology.As anas said "we have to double our effort" because being a good muslim,we should always improve ourself from day to day.

Tumour,malignant,serous inflammation,histamine,NSAID,Papilloma,Bradykinin,Catarrhal, fuhh...There are so many words I've to memorize and understand ( dont procrastinate your time bro!!!)

We will have a Pharmacology midterm exam and microbiology practical exam next week.Harap-harap dapat buat lah..dan doa2lah untuk kami di sini.

Wassalam