Saturday, May 30, 2009

DULU DAN KINI...MEREKA GURU KU

Walaupun hari guru dah berakhir...namun entah mengapa hingga kini,wajah guru-guruku masih tergambar-gambar seperti "flashback".Mungkin masa yang hampir untuk final exam ini,maka bertambahlah kerinduaan pada bumi Malaysia,Rumah,Al-amin,Kedai Mamak,Masjid Al-Ansar,Masjid UIA dan sebagainya.

Saya pernah menjadi guru sebelum ini,hampir 3 bulan setengah.Pernah mengajar,memarahi pelajar,membuat soalan periksa,menanda kertas,menjadi pemantau kelab bahasa arab dan banyak lagi.Selepas SPM,saya mendapat tawaran menjadi guru di sekolah saya sendiri.Bukan senang untuk menerima tawaran besar ini,walaupun pada awalnya saya hanya diberitahu untuk mengajar selama 2 bulan sahaja.Lebih-lebih lagi tugas menjadi berat setelah saya dapat tahu bahawa saya perlu mengajar budak-budak tingkatan 4 Pendidikan Syariah Islamiah.Rasa belum layak untuk mengajar.Namun selepas istikharah,Allah membuka ruang untuk saya meneriwa tawaran tersebut.

3 bulan benar-benar mengajar saya menjadi seorang pendidik kepada pelajar-pelajar.Sejarah,Tassawur Islami,Pendidikan Syariah Islamiah.Saya mengajar 5 kelas- tingkatan 1: 2-kelas,tingkatan 2 :- 2 kelas dan tingkatan 4- 1 kelas.Duduk sebilik dengan guru-guru saya,melihatkan ketekunan mereka selaku pengajar,persediaan mereka dan macam-macam lagi mereka buat untuk anak-anak murid mereka.

Begitu tekun guru-guru mengajar kita semua.3 bulan itu juga menyebabkan saya merasai pengorbanan sebagai seorang guru,:Dalam kelas budak makan,tidur,berborak,Makan COKI-COKI...(hahha).TEtapi saya tak marah mereka,saya ketawa ketika itu.KENAPA?
Sebab Allah itu MAHA KAYA,apa yang telah dibuat mereka itu,pernah saya buat semasa zaman persekolahan dahulu.Mungkin ALLAh mahu saya rasai apa yang cikgu-cikgu lain rasa ketika itu.

Mengajar tingkatan 4 lebih mencabar,semua dah matang-matang belaka,kalau form 1 dengan form 2 bolehlah kelentong-kelentong sikit (hehe).Lebih-lebih lagi saya mengajar kelas adik saya sendiri ketika dia tingkatan 4 (Acid kaki report..haha).Saya masih ingat ketika mengajar bab Tayammum,banyak persoalan yang dilontarkan,saya hanya mampu jawab apa yang saya tahu pada ketika itu.(ADA BUDAK TU BAWAK BATU SUNGAI NAK TAYAMMUM...BAPAK BESAR BATU TU...hahahah gelak sampai berguling...).

Form 1 dan Form 2 terpaksa melayan kerenah mereka yang masih ada perangai kebudak-budakkan.Kerja Rumah tak siap,itu perkara biasa.Maka sayalah yang terpaksa bersabar.Begitu juga guru-guru saya yang dulu.(heheh).Bila musim ujian bermula,terpaksa bertungkus lumus menyiapkan soalan.Tetapi paling memedihkan ketika menanda kertas selepas itu.Rasa macam nak @$@#$# buda-budak itu,sudah diajar dalam kelas tapi masih tak dapat jawab.LAGI sekali saya akan tergelak kerana saya dapat rasai apa yang cikgu-cikgu saya rasa terutama guru ADD MATH,BIOLOGY,PHYSIC...(haha)
Pernah Ust Isharuddin cakap kepada saya "man..macam mana rasa tanda kertas pelajar,best ke tak?...boleh tahan ka..?" saya hanya mampu gelak sampai berguling sahaja.

Bersempena sekolah saya mengadakan sambutan hari guru jumaat yang lalu,saya mengucapkan terim kasih kepada semua guru-guru saya.Hari guru bagi saya adalah tiap-tiap hari.(Saya juga seorang guru..tak gitu ..haha)..
Tradisi sekolah saya,tiap-tiap tahun pasti akan sebuah video yang dibuat oleh pelajar-pelajar,seingat saya tahun 2005 sewaktu saya tingkatan 3,kami mulakan tayangan video-video ini.Masih ingat lagi,sewaktu Muadz,Nubhan,Basith berlakon.Kesinambungan itu diteruskan oleh junior-junior saya sehingga sekarang.Bak kata cikgu Alia kalau dikumpul boleh buat kompilasi(heheh).Tapi bila lihat video untuk tahun ini saya memang respect habis mereka.Bangga dapat junior macam mereka ini boleh bangga juga mereka itu anak murid saya..betul tak?(hehhe)

Apa-apa pun kepada cikgu-cikgu saya,selamat berjuang dan doakan kejayaan saya di sini,tanpa pengorbanan cikgu-cikgu dan ustaz-ustaz saya tak tahu saya akan jadi apa sekarang.Syukran

Akhir kata,Hormati Guru,Sayangi Guru,dan JAdilah orang yang menyintai ilmu kerana itulah yang dituntut oleh agama dan Rasullullah sendiri.

Saya letak sekali video hari guru sekolah saya tahun ini 2009 (BEST!!!!)-ikut tema pelastinevergreen...ijau heheh

Friday, May 29, 2009

KERTAS ITU TULISANNYA SAMA

Bersempena dengan minggu 'palestinevergreen',saya kongsikan satu bungkusan lama.

SKRIP LAMA
(Perbualan Kita dan Layarnya)


Setelah nafsu dan dendam

ditanyang di langit dunia

laungan bisu muntahkan simpati

pada sebidang tanah yg digari

Suntuk bertutur bahasa damai

rimas menyeru semangat jadian

petualang terus tuli,membisu

lagak sang Izra’il- pencabut nyawa

ayuh bangkit bersama mereka

Hilang kewarasan tidak peduli

dan kejam itu dilarutkan

dalam percikan darah syuhada

yang meresap menjadi puing bukti

pada sidang tertinggi.

Hari ini diputarnya skrip lama

kita menonton kaku sayu,

tatkala mereka layarkan cerita buntu

tetap begitu

p/s:Hayati satu persatu,ada pengajaran yang boleh kita ambil bersama




Skrip lama (live).MP3 -

Saturday, May 23, 2009

Cerita-cerita ketika Itu

aSalammualaikum...kembali menaip untuk seketika...Tiada apa yang ingin dicoretkan sangat ketika ini.Cuma minggu assignments dan presentation sudah melepasi "firing level" .Agak sibuk minggu-minggu ini.Namun sesibuk mana pun kita,segala tanggungjawab kepada yang maha Esa jangan kita lupakan pulak.

Doakan "diri ini" kembali di"repolarize" kan balik agar "action potential" akan kembali wujud untuk terus belajar.


Ayah&MaK kan dah kata " Medic ini susah sayang..."

Kawan saya kata "Medic ini lama la #*#$#&" (astagfirullah carut saja kamu kerja)

Saya kata "dah gi belajar update blog sekejap cukup sudah,next week periksa"

Situasi :Sedang menghalau zap dan alip dari rumah aku...............diorang balas "Man ingat nak sangat aku datang umah kau..."

Termenung.....menung.....menung......




Terima Kasih kepada cik Sabirah ye...atas Anugerah itu....heheh dan Bitaufiq wannajah kepada semua rakan-rakan yang dah habis matrik dan akan teruskan pengajian di Universiti....Bitaufiq wannajah...

p/s:Tak ada idea pun nak tulis apa sebenarnya.........

Friday, May 8, 2009

MUZIK DAN DAKWAH

Apabila orang berkata berkenaan muzik,banyak reaksi yang akan kita dengar.Namun secara fitrahnya manusia akan suka kepada muzik.Tidak kisah sama ada lagu-lagu biasa ataupun lagu nasyid ,rock dan sebagainya.
Setelah Sheikh Yusuf Qardawi mengeluarkan fatwa terkini mengenai muzik,ramai penggemar-penggemar muzik suka.Ialah mana tidaknya alatan-alatan bertali dan tiupan dibenarkan.Namun ramai diantara kita masih tidak faham hakikat muzik dan lagu itu sendiri.

Ada juga diantara kita yang masih mengganggap gitar dan piano adalah haram.Memang tidak salah berkata begitu.Namun bagi diri yang lemah ini teringin mengeluarkan pendapat dan pandangan mengenai muzik dan lagu.
Dalam hidup dunia yang banyak godaan-godaan dan serangan 'Gazwatul Fikr',para remaja terutamanya sudah terlekat dengan hiburan muzik dan sebagainya.Mereka menjadi muzik sebagai tempat mereka berhibur dan melepaskan segalanya.Namun ramai yang tidak sedar hakikat muzik dalam kehidupan seharian kita.
Pada mulanya muzik dan hiburan ini adalah harus,namun apabila sudah melanggar etika dan batas-batasnya dia akan menjadi sebaliknya.Bagaimana dikatakan sudah berlebihan itu:
/Pertamanya apabila muzik itu telah mengganggu kewajipan kita sebagai seorang muslim,sehingga tinggalnya solat.Baca quran entah kemana dan sebagainya
/Hiburan yang melibatkan pergaulan bebas lelaki perempuan
/Muzik yang berlebihan seperti lirik lagu yang tidak memberi makna.Dalam penulisan Yusuf Qardawi telah menggariskan bahawa hanya lirik yang berkaitan dengan puji-pujian kepada Allah dan kepada RasullAllah serta terdapat lirik-lirik yang membimbing jiwa kearah kebaikan.

Muzik itu wasilah dakwah:
Apabila berkata mengenai dakwah dan muzik pasti orang akan merujuk NASYID.Hakikat memang begitu,tetapi kita perlu sedar bahawa dakwah itu luas ruang lingkupnya.Untuk menarik masyarakat yang hanyut kini,saya merasakan wasilah begini harus digunakan kepada mereka-mereka yang sedar akan kepentingannya.Perkembangan sebegini sudah pesat di Indonesia.Kemunculan aktivis-aktivis dakwah dalam kumpulan berbentuk kumpulan nasyid dan sebagainya telah menggambarkan betapa nikmat Allah berikan kepada kita memang cukup berharga.

Ilmu muzik datangnya daripada Allah juga.Kita mempelajari ilmu itu adalah pahala,dan amalkannya kejalan kebaikan adalah pahala.Tetapi kita perlu sedar,ianya juga boleh menjadi musuh kepada kita,iaitu apabila kita sudah keterlaluan dan tidak menjaga batas-batas yang sepatutnya.

Akhir kata,muzik ini adalah nikmat daripada Allah kepada manusia,gunakan dengan sebaiknya,kita mendengar,menghayati lirik dengan sedalam-dalamnya dan ingat betapa nikmat ini jika disalah guna akan buruk padahnya....



p/s:asal lak budak medic sorang ni citer pasal muzik...tak ada kaitan langsung lah...hahahha
doa-doalah "ONCE" akan terus istiqomah dalam jalan dakwah ini.


Anugerah Indah Once.mp3 - ONCE

Wednesday, May 6, 2009

BOOM...GOTCHA!!!

Gambar kenangan Program BOOM...Terima kasih kepada kumpulan 'EMINENT' yang telah memberi kerjasama bagi saya cukup mantap...
Mohon maaf jika ada salah dan silap ye!