Friday, January 29, 2010

PAK CIK

Hari ini lewat pulang.Masih menunggu tram yang masih tersengguk-sengguk untuk bergerak.Barangkali minyaknya,minyak lama.Tidak ditukar minyak hitam itu akibat korapsi pihak atas agaknya.Aku masih menunggu dan terpacak di tepi landasan sambil melihat langit yang sedikit lagi akan bertukar menjadi hitam.

Setibanya tram,aku mengambil langkah untuk terus menaiki ke gerabak 2.Sememangnya di Mesir ini,gerabak pertama di khaskan untuk perempuan.Aku inginkan juga di Malaysia begitu.
Melihat kiri dan kanan,sebentar itu aku berbisik andaikata ada tempat duduk,aku akan duduk,jika tidak ada, cukuplah hanya bertongkatkan 2 kaki ini.Sekilas kumemandang ke hujung sana ada tempat kosong.Syukur ucapku.Berjalan dengan mengendong beg berisi kitab-kitab pelajaranku ke hujung gerabak.Kelihatan ada seorang tua di sana.Aku memberi salam dan terus disambutnya.Aku duduk.Diam;menarik nafas dalam-dalam sesudah penat menunggu tram moden di sini katanya.

Seketika aku memandang pak cik tua itu.Perkiraan aku,umurnya dalam lingkungan 50-60 tahun barangkali.Rambut pun sudah penuh uban.Jauh ditenungnya ke pemandangan luar.Angin senja menghembus deras mukanya.Sesekali ditunduknya wajah ke bawah dan kemudian diangkatnya kembali.Kemudian itu,dia mengesat matanya yang berair.Pelik ucap hatiku.Mula-mula aku hanya menjangkakan bahawa itu adalah biasa sahaja.Namun sebaliknya terjadi.Terdengar bunyi esakan makin menjadi-jadi.Memang menangis betul pak cik itu bisikku.
Aku memberanikan diri untuk bertanya.Kebetulan hanya ada aku dan pak cik itu di situ.
"Pak cik,kenapa pak cik menangis?Ada apa yang saya boleh bantu?"Perlahan-lahan kulontarkan suaraku.Takut-takut ada benda yang tidak diingini pula berlaku.
Pak cik itu terus memandang mukaku dan wajahnya yang tadi sayu dan suram sedikit-sedikit menjadi tenang.Aku hanya dapat tersenyum.

"Dari tadi pak cik termenung sahaja,dan tiba-tiba pak cik menangis.Ada apa yang boleh saya bantu?" Aku cuba mengulang dan aku terlalu ingin mengetahui apa yang terpendam dalam diri pak cik itu.
"Pak cik hilang barang." Tergetar juga suaranya.Sayup betul.
Ingin sahaja aku ketawa kalau ikutkan hati .Mana mungkin kalau barang hilang boleh menangis sampai teresak-esak.Aku cuba tenangkan hati.Mungkin ini kehilangan benda yang berharga.
"Barang apa yang pak cik hilang? Mungkin saya boleh tolong carikan."Aku sekali lagi menggunakan teknik yang sama dengan menenangkan pak cik.
Dilontarnya kembali pandanganya jauh ke luar.
"Pak cik dah tua dan mungkin tak sempat nak cari barang yang hilang itu."
Aku cuba membalas soalan pak cik itu.Terpana aku,jawapannya itu seakan-akan mengambarkan bahawa sudah bertahun dia mencari barang itu.Aku kembali serius,ini bukan barang main-main agaknya.Besar nilai dan harganya.
"Kenapa pak cik tidak suruh orang lain tolong pak cik,mungkin anak-anak pak cik atau teman-teman lain?Muka aku bertukar menjadi serius dan aku betul-betul teruja untuk mengetahui barang tersebut.
"Pak cik dah suruh minta tolong mereka,tapi mereka kata itu kerja sia-sia.Tidak ada seorang yang ingin membantu pak cik.Mereka kata lebih baik mereka buat kerja lain daripada mencari barang yang tidak akan jumpa itu." Kali ini panjang pak cik itu menjawab dan nada pasrah dan putus harapan ini terselit dicelah-celah kata-katanya.
Dengan terang,aku bertanyakan pak cik itu,apakah barang itu sebenarnya? Andaian aku mungkin duit yang beratus-ratus ribu,atau mungkin kereta yang telah dicuri atau benda-benda yang berharga yang lain.

Pak cik tersebut menundukkan wajahnya ke bawah sambil aku terus ligat untuk mengetahui barang itu.

"Setiap hari pak cik berdoa untuk bertemu dengan barang itu.Namun pak cik sudah tua kini dan tidak daya lagi untuk mencari barang itu lagi.Walaupun pak cik mencari barang itu sendirian tapi langsung tidak mematahkan semangat pak cik.Pak cik mencari semangat Usamah bin Zaid,Muhammad Al-Fateh dan juga semangat Salahuddin Al-Ayubi dalam jiwa-jiwa rijal-rijal di sini.Dunia ini tidak membenarkan untuk pak cik terus berjuang selamanya,pasti suatu hari nanti akan digantikan juga dengan mereka yang masih segar dengan fikrah perjuangan.Namun pak cik belum ketemuinya lagi."Mengguyur manik-manik jernih dari mata seorang yang cukup bersungguh.

"Pak Cik, sayakan ada."Aku menyahut dan tenang.

Pak Cik tersenyum.

Friday, January 22, 2010

Apa target aku untuk peperiksaan kali ini?


Solat jemaah di sof depan setiap waktu fardu.....

Thursday, January 14, 2010

Teknik Pernafasan Mengikut Mata

zzzzzzzzzzzzz...................

Pastikan anda mendapat tidur yang cukup sebelum datang bertapa di gua ini.

Wednesday, January 6, 2010

Pernah kita Terfikir

Kalau kita sesekali duduk termenung,pernah tak terfikir kenapa Allah bagi HAK dan BATIL.
Dan kenapa kita harus memilih yang HAK dan tinggalkan yang BATIL?
Kenapa HAK TIDAK BOLEH SEIRING DENGAN BATIL dalam hidup kita?

Proses ini panjang.Bukan pendek.Ramai yang tidak memikirkan tentang hakikat perjuangan dan akhirnya tewas.Pernah ditanyakan oleh seorang sahabat kepada saya,"apakah perjuangan kau?"
Agak terkedu untuk berkata-kata.Kita sebenarnya masih kabur dengan tujuan hidup.Kabur dengan hakikat iman.

Hidup ini tuhan memberikan semua yang zahir.Namun janji-janji tuhan juga telah dinyatakan dalam quran,namun belum dizahirkan.Itulah titik yang menjadikan kita berada dalam keadaan yang selesa.Kita tak nampak dan tidak merasa merasa janji-janji itu lagi sekarang.

Saya bercakap kepada seorang sahabat,"Dunia dah semakin nazak,kalau boleh dunia mintak Allah untuk dicabut nyawanya secepat yang boleh,nescaya dunia akan membuat."
Sebenarnya kita perlu malu dengan alam sekeliling,mereka semua bertasbih dan memuji Allah :

Surah Isra' (44)
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa
mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. "(44)

Hatta bunyi keldai yang buruk itu pun adalah satu zikir kepada Allah.Manusia semakin lena dengan dunia.Tak salah kalau saya katakan hari ini adalah sama seperti zaman jahiliyah.Maksiat yang berleluasa,manusia hilang pertimbangan bila ada pertembungan fikiran,lantas menidakkan nilai-nilai murni di dalam Islam.Setiap hari di akhbar akan paparkan bayi yang dijumpai mati di dalam longkang,dalam tandas dan sebagainya.MasyaAllah.Hakikatnya kita begitu.

Hari ini juga ramai yang akan mementingkan keinginan diri daripada keinginan(arahan) Allah.Sanggup berdebat demi satu perkara yang kecil.Sama seperti zaman dahulu.Nazak sungguh! kita kini.

TETAPI,Allah bukan tidak memberi petunjuk.Rasululullah tidak meninggalkan dunia tanpa pengajarannya yang tidak diragui lagi.Namun sejauh mana kita mencari.

Zon Selesa membuat kita jadi lebih terpesona dengan dunia nafsu.Menyibukkan diri dengan tingkah laku orang lain sedangkan nilai pada diri hanyut dibuai nafsu.Sedarlah ramai lagi diluar sana bersedia untuk menjadi Muslim jika mereka diberikan hidayah kepada Allah.Kita perlulah bersyukur atas nikmat menggunung ini.


Kembali pada tajuk,kenapa hak dengan batil tidak boleh dud
uk sekali?
Sebab itu adalah hukum dunia.Mana mungkin hak dan batil boleh diseka
likan.
Hakikatnya apabila kita mengikat HAK dalam hati ,sedikit demi sedikat batil itu akan terlerai.

dan sebaliknya jika batil itu dipautkan dalam diri,sudah pasti yang hak akan malap...malap...dan jauh daripada amalan kita.

Ibnu Qayyim pernah menerangkan bahawa hati ini tidak boleh disekalikan antara yang hak dan batil,hakikatnya satu datang dan satu lagi akan pergi.
Pertembungan antara hak yang batil sentiasa bermain dalam dunia ini,kita yang menentukan samada kita ingin menjadi sepertimana Umar Al-khottab inginkan,sehingga beliau digelar AL-FARUQ membezakan antara yang hak dan batil.

Letakkan erti perjuangan dalam hidup!

perjuanganku adalah :

عبد ذاهب عن نفسه
متصل بذكر ربه
قائم بأداء حقه
ناظر في قلبه

وإن تكلم فبالله
وإن نطق فعن الله
وإن تحرك فبأمر الله
وإن سكن فمع الله
فهو بالله لله مع الله


Wallahualam.

Sunday, January 3, 2010

Dulu lain Sekarang lain

Dulu orang yang paling berilmu akan banyak berbicara
Hari ini orang yang kurang ilmu paling banyak bicara


suuuhuhuhu...Diam

Friday, January 1, 2010

Kita Pada Awal

Untuk kali ini,kita kena lebih baik daripada tahun sebelum ini.Syukran kepada teman-teman yang membantu menaikkan semangat dan bersama-sama berjuang di sini.Agar ikatan hati antara kita akan terus menjadi bukti di depan Allah nanti,inysaAllah.