Sunday, April 7, 2013

Perjalanan Masih Jauh "Brother"

Sudah berapa kali kita berkata,berapa lama lagi dunia ini akan terus berputar.Hidup sebagai seorang yang bergelar manusia kini bermain dengan pelbagai persoalan.Ada sesetengah daripada kita merasakan hidup hanya untuk memuaskan tuntutan diri dan nafsu dan ada sesetengah lagi tak tahu ke mana hendak pergi lantas membiarkan diri mengikut arus yang melemaskan mereka.
Begitulah putaran kehidupan,pengalaman yang membentuk diri ini kadang-kadang membuatkan saya bersyukur atas kejelasan dalam saya membuat perhitungan dalam setiap keputusan.Corak-corak pengalaman suka,duka,pahit,dan manis menjadikan setiap sudut pandangan saya bertukar menjadi skop yang lebih besar daripada sebelum ini.


PEMBENTUKAN DIRI
 
Seorang muslim dan juga pemuda mempunyai aset yang besar kepada ummah ini.Seseorang pemuda muslim yang jelas agenda dan hala tuju hidupnya akan sentiasa sibuk dalam menggunakan masanya.Tiada apa yang lebih membelenggu diri dan jiwa mereka kecuali sifat semangat yang membuak dalam memimpin ummah ke arah merealisasikan manifesto seorang hamba kepada Rabbnya.


Namun pemuda tersebut perlu melalui proses yang menjernihkan diri dan jiwa mereka.Sisi nilai tambah iaitu, pembentukan diri dengan terperinci akan menghasilkan pemuda yang sebegitu.Jika pemuda-pemuda yang bersemangat ini muncul lantas ianya pasti akan menggetarkan musuh-musuh Islam seperti mana dilakarkan dalam sirah-sirah terdahulu.


KONSISTEN NILAI TAMBAH
Semestinya proses pembentukan diri ini adalah proses yang berperingkat dan berterusan.Ianya tiada silibus atau tarikh tamat tempoh.Perjalanan dan putaran kehidupan sebenarnya merupakan satu nilai konsistensi dalam meningkatkan pembentukan diri dan jiwa kita.Manusialah yang menentukan sama ada diri kita ini inginkan perubahan atau ingin menjadi statik.Jadilah seorang yg konsisten dalam mengisi nilai tambah untuk diri supaya berguna untuk masyarakat dan ummah sekelilingnya.Melalui medium yang pelbagi kita harus kembangkan potensi diri ke arah memartabatkan Islam sebagai agama membawa kerahmatan dan menjadi kuasa rujukan kepada semua ummat manusia.



Wassalam

Thursday, July 19, 2012

Monday, June 25, 2012

Pemuda dan Ummah

Zaman berganti zaman.Begitu juga kerja-kerja sang mentari dan bulan yang silih berganti, bertukar malam dan siang mengikut telus sistem-sistem peredarannya demi menjamin keteraturan hidup manusia di bumi.Hari ini kita melihat manusia juga bersilih ganti mengikut zaman yang telah dilalui.Perubahan demi perubahan dapat diperhatikan dalam setiap kehidupan manusia.Sistem kehidupan yang lebih berkembang maju,perubahan ekonomi ,perubahan sosio-budaya serta perubahan arus politik menjadikan kita hari ini secara tidak sedar ditenggelami dengan agenda-agenda serta idealogi-ideologi yang meruntuhkan sistem kehidupan seorang yang bergelar muslim.


Segala bentuk perubahan masa kini tidak menjerumuskan kepada nilai-nilai yang sempurna apabila kita fahami bahawa perubahan yang diinginkan oleh ad-din merupakan perubahan yang menyeluruh membatasi nilai-nilai jahiliyyah kepada sebuah masyarakat yang mengerti istilah ubudiyyah dalam setiap lapangan seperti,kehidupan seharian,ekonomi,sukan,budaya ,politik dan lain-lain lagi.


Perubahan(Islah) yang diertikan di dalam islam bahawa adalah satu gerak kerja yang bersistem, mengeluarkan manusia daripada lembah kehinan dan kesengsaraan kepada satu sistem yang lebih bahagia dan aman damai.
"Dan, tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam," (Al-Anbiya: 107).
Tatkala ayat di atas diturunkan jelas sekali menunjukkan perubahan yang ingin dilaksakan oleh Islam merupakan satu perubahan yang membawa kebaikan dan rahmat kepada seluruh alam.Kita memandang perubahan yang ingin dilakukan oleh Islam bukanlah perubahan juziyyah,malah ianya merupakan satu perubahan yang syumul lagi menyeluruh


Sebuah negara yang hebat merupakan negara yang mempunyai tenaga pemudanya hebat.Sejauh mana
Islam menggunakan aset para tenaga pemuda dalam menjayakan agenda pengislahan ummah pada zaman dahulu
memberi gambaran kepada kita bahawa Pemuda itu adalah unsur patut dicernakan dalam memacu dakwah Islam ini
PEMUDA PENDOKONG PERUBAHAN
Dalam membawa agenda perubahan yang diinginkan oleh islam,ianya perlu mempunyai agen penggerak kepada perubahan.Pemuda merupakan suatu tenaga yang subur digunakan di dalam medan perubahan.Sifat-sifat pemuda yang berani,cekal,bermotivasi tinggi,idealistik dan bersungguh merupakan agen yang mendokong kepada misi perubahan yang dituntut oleh Islam.Ianya satu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam.Sirah Nubuwiyyah membuktikan betapa peranan pemuda seperti,Saidina Ali Bin Abi Tholib,Zaid Bin Harithah,Musab bin Umair,Umar Al-AlKhotob merupakan tunjang kepada dakwah Islam.
Namun begitu,dunia ini tidak terlepas daripada bertembungan hak dan batil.Aliran=aliran pemikiran lain yang juga menuntut kepada perubahan dalam konteks mereka seperti komunis,revolusi perancis dan protokol zionis yahudi menggunakan agen-agen pemuda sebagai penggerak kepada matlamat dan hadaf mereka untuk mencapai perubahan yang dingini.Akhirnya di sini kita melihat betapa kuatnya anasir-anasir pemuda bagi menjayakan sebuah misi perubahan.Bagi pemuda islam,perubahan yang dimaksudkan bagi mereka bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu,tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan perinsip-perinsip Islam iait berkehendakkan generasi Islam yang tulis.Mereka perlu dipersiapkan dengan persedian yang teguh sebelum mendokong agenda perubahan.


PERSEDIAN PEMUDA ISLAM
Golongan pemuda haruskan dipersiapkan diri mereka dengan persediaan yang lengkap.Mereka harus dibentuk dengan acuan yang betul dan sempurna.Mereka juga harus diberikan kefahaman yang jelas mengenai perubahan yang diinginkan oleh Islam tanpa melanggar prinsip-prinsip yang digariskan.
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya” – (Al-Anfal:60)


Ustaz Fathi Yakan di dalam buku beliau “Pemuda dan Perubahan”,menyatakan pemuda harus dipersiapkan dengan 3 elemen utama iaitu :


1.Persedian Pemikiran ( Fikri)
2.Persedian Kejiwaan (Nafsi)
3.Persedian Pergerakkan (Haraki)


Melalui ilmu pengetahuan yang luas serta mempunyai unsur kejiwaan yang hebat hasilnya akan wujudlah seorang pemuda yang mampu bergerak dalam satu pergerakkan yang bersistem dan bersedia menanggung apa juga cabaran dan dugaan dalam membawa misi perubahan.Pemuda yang sebegini merupakan suatu asset yang penting di dalam sesuatu harakah islamiyyah yang mempunyai hadaf dan matlamat untuk mengembalikan kalimah Allah ini tertegak ke seluruh pelosok dunia.


Akhirnya di sini jelas bahawa peranan pemuda dan perubahan merupakan 2 elemen yang berkait rapat.Pemuda yang mampu menerima arahan dan bersedia menerima nasihat dan teguran orang yang lebih tua daripada mereka membolehkan pemuda tersebut sebagai rijal yang hebat dan terbilang.


Wallhualam


Rahman D
Iskandariah