Monday, September 29, 2008

TAG-"SIFU ARASH"

Terima kasih cikgu Arash.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dan Selamat menyambung kelahiran anak ke-3

Thursday, September 25, 2008

Tapak Mesir 2

Sudah seminggu di sini,duduk di Bangunan Malaysia Abbasiah Malaysia di sini bersama pelajar-pelajar Malaysia yang lain menyebabkan saya dapat mengenali Mesir dengan lebih mendalam. Beberapa hari lepas sebelum bermulanya program orentasi,dapatlah saya pusing-pusing di bumi kaherah ini.Antara tempat yang sempat dilawati ialah “Jalan Abdul Basya” yang berdekatan dengan bangunan Malaysia Abbasiah(ARMA).Sempatlah menikmati jus tebu dan mangga.Seterusnya dapat juga melawat Masjid Saydah Zainab dan menunaikan solat terawih di sana.Maqam Saydah Zainab yang merupakan cicit kepada Nabi Muhammad sempat juga dilawati.Seterusnya Masjid Amru bin ‘Ans menjadi tempat yang dilawati,makanya terus beriktikaf di sana.Pengalaman beriktikaf di sana sungguh menakjubkan.Masyarakat di sini menghidupkan ramadhan dengan penuh meriah.Qiamnya,ibadahnya dan semuanya lah!.
Seterus,esoknya bergerak ke tahrir untuk menukar duit di Hilton Hotel.Seterusnya sempat juga melawat Kuliyyah At-Tib University Cairo.Tempat kakak Iman belajar.Berjalan semasa bulan puasa dan dengan cuaca yang panas terik memang menduga kesabaran.Tapi itulah pengalaman yang berharga.Seterusnya bergerak ke Monira untuk melawat rumah senior dengan menaiki teksi.Dapatlah berkomunikasi dengan Pak-pak arab di sini.
Tempat-tempat yang sempat dilawati juga ialah,masjid Al-Azhar dan menunaikan solat terawih di sana.Bergerak juga ke Masjid Hussin yang berdekatan di situ untuk melawat maqam Saidiyna Hussin di sana.
Serba sikit dapatlah saya meziarah ke kawasan yang berdekatan.Banyak pengalaman yang dapat diambil dan dihayati di sini.Ada seorang abang senior di sini berkata:Mesir ini memang berdebu,tetapi ingatlah di sebalik debu-debu pasir itu terdapat mutiara-mutiara yang berharga untuk kita semua.
Akhir Kalam-Wassalam

Abdul Basya

Hilton Hotel Dewan Abbasiah Malaysia

Asir-Jus Tebu dan Mangga

Di masjid University Azhar Cairo

Saturday, September 20, 2008

Tapak Mesir 1

Assalammualaikum,alhamdulillah saya tiba juga di bumi anbiya-mesir.Suasana di sini amat berbeza dengan malaysia.Waktu ini juga sedang musim peralihan panas ke sejuk.Makanya angin sudah mula bertiup-tiup.

Walaubagaimanapun,saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada keluarga dan sahabat-sahabat yang menghantar saya ke airport hari tu.Terutama yang naik 'ERL' semata-mata nak jumpa dengan saya.InsyaAllah dengan kehadiaran semua,(termasuk akh danny,moja,sharip), akan memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang di sini dan akan membawa panji Islam.

Baiklah,sampai di sini dahulu.

Wassalam

Tuesday, September 16, 2008

Bersama

Buat kali terakhir,saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah membantu saya selama ini,Keluarga,Guru dan Rakan.Seribu kemaafan dipinta jika ada salah dan silap samada terkasar bahasa atau perbuatan saya yang keterlaluan.Buat rakan-rakan terutama G-13th saya minta maaf banyak-banyak kalau ada kesalahan yang dilakukan.Doakan saya dan teruskan ukhuwwah kita bersama.Untuk adik-adik tingkatan 5 teruskan usaha untuk berjaya dalam hidup di dunia akhirat dan berjuanglah untuk SPM.Untuk anak-anak murid saya,teruskan usaha kamu semua dan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segala urusan kita semua.Buat semua guru-guru,terima kasih kerana mendidik saya selama ini.

Untuk itu, hadiah dari saya ditujukan khas lagu ini kepada semua dan selamat mendengar semua.Terima Kasih kepada Bro Zafran yang memetik gitar dengan begitu bergaya.(hehehe).Minta maaflah kalau sumbang.

BERSAMA

Ketika diriku bertanya
Adakah rindu ini?
Selalu memanggilmu
Katakana kau saja yang kurindui
Kenangan bersamamu kupasti tak melupai

Mungkin saja kuterkenang ketika bersamamu
Sewaktu sukar dan duka
Kita bersama

Namun kau pergi jauh dari pandangan
ini
Tetapi tabahkanlah hatiku
Agar bisaku menempuh cabaran dan dugaan di sana

Benarlah kataku
Kerna cita kita satu
Kupohon doa darimu
moga sejahtera hidupmu


Perpisahan ini duga
Mungkin takdir yang Esa
Kita pastikan bersama
Menuju syurga …di sana
Lirik:Rahman D
Chord Arrangement : Zafran






final
bersama 1.mp3 -




Wassalam.

Sunday, September 14, 2008

Ziarah Ramadhan

Hari sabtu.Memang sudah lama merancang untuk menziarahi seorang guru yang sudah lama tidak ketemu.Alhamdulillah setelah mendapat satu tarikh yang agak sesuai iaitu pada hari sabtu saya dan beberapa rakan yang lain akhir berjaya menerobos ke rumah USTAZ SHAHIR!!!.

Subjek Bahasa Melayu yang diajar sesama tingkatan 4 meninggalkan kenangan yang manis kepada kami semua.Lebih-lebih lagi dia merupakan seorang guru yang mudah untuk berdamping walaupun dia merupakan seorang guru disiplin.


Semasa saya belajar dengannya,dialah yang sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk terus menulis dan mengarang begitu juga dengan Ustaz Isharuddin dan Idris.Makanya,sempatlah kami berbual-bual dan bertukar-tukar khabar hampir 3 jam.


Apa-apa pun,saya ucapkan semoga Ustaz berjaya dan doakanlah saya dan rakan-rakan yang lain untuk berjaya mencapai kejayaan di dunia dan akhir.

Akhir kata,tag line yang akan menyebabkan saya teringat pada Ustaz Shahir ini:"Jolok motorsikal ya bang!!!"

Wassalam

Friday, September 12, 2008

Bila Waktu Itu Telah Tiba

Tidak sedar bahawa sudah 10 hari telah berlalu di dalam bulan ini.Rasanya belum cukup lagi amalan saya di bulan rahmat ini.Dan dengan tidak sedarnya saya,bahawa saya masih ada 3 hari lagi untuk melihat pandangan di Malaysia.17/9/2008 hari rabu saya akan berangkat ke Mesir untuk meneruskan pengajian di bidang perubatan.

Bila terkenang kembali kenangan-kenangan lama di sekolah rendah dan menengah dulu,tidak sangka saya sudah membesar dengan begitu cepat.Maka hari ini waktu itu telah tiba.Teringat ketika saya di tingkatan empat,Umi dengan abah tak beri saya untuk belajar di MRSM.Walhal saya sudah mendapat surat tawaran ke MRSM Kuala Berang.Namun mereka berkata"Belum masanya lagi Man."

Nah, waktu ini kedua ibubapa saya berkata! "Telah tiba waktunya."
Namun alam kali ini sudah pasti berbeza daripada sebelumnya.6 tahun di negeri orang(Mesir),memerlukan satu keazaman dan fokus(rakkiz) untuk terus berjaya,lebih-lebih lagi bidang perubatan ini.

Saya pulangkan kembali kesyukuran ini kepada Allah yang amat berkuasa kerana memberi saya kesempatan untuk menikmati semua ini dan saya yakin tanpanya bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Buat rakan-rakan yang akan melukis satu lukisan yang baru bersama saya di Mesir ,saya harap kita binalah ikatan persahabatan dan Ukhuwwah dan saling doa-mendoakan dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.Untuk rakan-rakan persedian UKM,(hehehe) jumpa nanti di Cairo !!!.


Untuk Pengakhiran saya hidangkan dengan satu lagu yang bertajuk " Tahun Di Mesir":





Thursday, September 4, 2008

Happy Ramadhan

Ketemu kita dalam bulan yang mulia ini iaitu bulan ramadhan.Harapannya agar semua dapat menambahkan ibadah kita agar tidak sia-sia sahaja ramadhan tahun ini.

Alhamdulillah,sekarang sudah selesai Program Persediaan Timur Tengah di UKM banyak pengalaman yang dapat dikutip di sana, InsyaAllah akan dimanfaatkan untuk masa hadapan.

Untuk kali ini saya tinggalkan kepada semua cerita pendek yang telah dibuat oleh kami ketika berada di UKM.Cerita ini dalam bahasa arab (ammiah) tetapi terdapat subtitle di bawahnya.Maka kamu buatlah kesimpulan masing-masing setelah menonton cerita yang tidak sampai 4 minit ini.Terima Kasih kepada pelakon-pelakon yang berjaya membawa watak masing-masing.

Ramadhan Kareem, Wassalam