Masa:9.00 malam
Kondusi:Duduk sambil memandang laut
Suhu:13 C
Benak:Terkenang kisah silam
Kisah 1
"besar nanti aman nak jadi doktorlah tok."
"baguslah tu,nanti boleh ubat datuk."Sambil mengukir senyuman pada ku.Keadaannya lemah,hanya dapat berbaring atas katil.
"pastu aman nak belanja datuk dengan nenek pergi jalan-jalan.hahaha."Aku ketawa kecil.
"Iyalah."Datuk ikut ketawa.
"Tapi aman kene belajar sungguh-sungguh baru boleh jadi doktor,lepas tu boleh belanja datuk dengan nenek."Aku hanya mampu tersenyum dan pada masa itu aku masih kecil.
"nanti kalau datuk dah tak ada,aman jaga nenek tau."Aku masih tersenyum.Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan kepadaku namun aku masih kecil,tidak tahu apa-apa.
Kisah 2
"Aman gi tengok-tengok barang awak balik.Takut ada yang tertinggal kang."Laung umi daripada dapur.Nenek masih ada di depan dan aku sedang menghadap komputer.Mungkin aku ingin menghabiskan masa yang ada sebelum berlepas ke Mesir.
"Man belajar elok-elok kat sana."Suara nenek aku tiba-tiba kedengaran.
"Ye nek insyaAllah."
"Entah sempat tak,nenek nak jumpa aman lepas ni.Nenek dah tua dah."tiba-tiba nenek menangis.Aku terus menenangkan dia.
"InsyaAllah nek,kalau ada rezeki kita jumpa lagi."Kata aku kepadanya.
Kesimpulan
1.Semua manusia tidak dapat lari daripada mati
Surah Al-Munafiqun (ayat 11)
2.Bersungguh-sungguh dalam semua perkara untuk mencapai redha Allah
3.Jangan hampakan harapan keluarga,guru,rakan-rakan.
4.Sentiasa bermuhasabah diri dalam semua keadaan.
Al-Fatihah
(Haji Husain b.Mat Noor)
-Exam mode-
Wassalam
14 comments:
salam,
adehhhh jiwang plak hari ni.....ade org tanya den..macamane nak tanam rasa nak jadi doktor pade anak2..hemm sambil senyum sinis..icomes by its self..maybe melalui kenangan,pengalaman dan memori..hem sebahagiannyerlah.tapi begitulah pd anak2 sy.kenangan lalu dilalui dngan kenangan suka dan duka juga senyum tangis.
prinsip den senang...jadilah manusia yang akan memakmurkan alam ini...selamat berjuang semua...
sedih plak baca post anta ni. Buat cikgu teringat pada yang dah tiada dan nasihat2 mereka....
mak aih man, aku pun macam dah syahdu je baca cerita kau. duduk di perantauan, ingat kisah-kisah macam tu. aduhai, go man. nanti aku nak jumpa Dr. Mankie. haha
itulah ...masa ana duduk kat pantai tu sorang-sorang..terpikir lak pasal tsunami..bila-bila je boleh berlaku..so hidup ini tak panjang sebenarnya...cuma kita perlu isikan hidup kita dgn benda yang bermanafaat...
dr man nanti nak bukak klinik kat sana ke kat malaysia???
salaam..
tgk laut jer trus terkenang kn..hehe..klo mcmtu..hari2 ar bole teringat mcm2 nasihat..dh belakang umah tu laut..
kalo itu menjadi pendorong...truskn..jgn lari dari perjuangan asal..slalunyer..teringat nasihat2 mcmni..time nk exam..so xterlmbt kot nk ucapkn..hepi exam..jwb elok2 dlm exam tu..
aku dh rase man..bile di perantauan..org tersyg xde..sayu man..sayu..xleh tahan man..dh sampai tanah air pon still berat jer..jd selagi ade..jgn lupe contact diorg ni..k
kadang kala kenangan lama jadi kekuatan diri. kadang kala kenangan dan mereka yang jauh perlu disimpan elok-elok di kotak fikiran.
bila berada jauh, kadang kala kita cuba lari dari kenyataan yang kita dan meraka berdiri di permukaan bumi yang lain.Rindu semakin menggunung; namun ada perjuangan yang perlu diteruskan, ada sesuatu yang sudah dimulakan, perlu diakhiri.
semoga terus tabah.
semoga terus kuat
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yg sbnrnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]
perjuangan satu kemanisan tp penuh dengan kepahitan yg sbnrnya membawa kpd kemanisan abadi lagi hakiki, jannah~
salam rahman..
bila bc entry ni,akak serta merta ingat arwah atuk akak..
huhu..
atuk yang paling rapat ngn kami tujuh beradik,atuk lah atuk kami,atuk lah nenek kami..
afham-insyaAllah khidmat ana untuk rakyat malaysia..sbb guna pun duit rakyat kan...hehhe
syarep-takziah atas pemergiaan nenek anta,wah sedih2..kita yang muda ni belum tentu boleh hidup lama lagi..muhasabah2...
kak iman-insyaAllah,dekat bumi orang ni kita dpt belajar banyak benda.sebab tu org kata jauh perjalanan luas pengalaman.
ibnu sahrim-insyaAllah mar, salinglah kita berdoa akan diberi kekuatan bersama dlm tegakkan dinul islam
kak fathiyyah -wa'salam,heheh kadang-kadang org yang dah pergi akan mengingatkan kita byk kenangan yang mungkin sedikit sebanyak bagi kekuatan kat diri kita...:)
perh,., slim seh mankie~!! hahaha,., alhamdulillah,.,
nway, syahdu seh bace cerite anta,., xpe2,., kenangan silam banyak pengajaran bergune insyaallah,.,
guud luck exam~!! (sbb tulis exam mode),., hahah,.,
~salam
steady rahman...
laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha...
p/s: you're tagged
salam alaik...
after read dis post...
make me think too..
kre cm tsedar gk r...
neway thanx ya...
lpas ni kene focus lbey sket...
gud luck 4 pharmaco..
b a gud lect A leader...
hoh0h0~~~
ust! huih.. sedeyh je bile bace cite tuh.. dah la pasang lagu sedeyh.. T~T lg sedeyh jadinye.. hurm.. semoge malamat ust utk jd doktor tu tercapai.. ganbatte!! neway, dah jumpe ke blom abg ana? kalo belom, jgn lupe yek! die kat mansourah university.. k la.. salam~
Post a Comment