Sunday, January 11, 2009

Garu Kepala Lagi?


Sudah beberapa hari ini Gaza dikandang oleh zionis.Sudah beberapa hari ini kita terima banyak pesanan-pesanan suapaya mendoakan saudara-saudara kita di sana.Sudah beberapa hari ini qunut nazillah dibaca setiap kali selepas solat.Sudah beberapa hari ini tabung-tabung derma telah diedarkan.Sudah beberapa hari ini juga demontrasi dan rapat umum diadakan.Sudah beberapa hari ini kita sedih dan marah kerana peristiwa ini.

Maka timbul persoalan,bila Palastine akan bebas? Bila Islam akan menang? Bila Allah akan datangkan kemenangan?Bila Islam akan memimpin dunia?

Hayati situasi di bawah:

Situasi 1

Mela:Yu, aku geram betul dengan israel ni.Dia main bantai je orang-orang palastin.Aku nak join demo petang ni dekat Masjid Negara.
Yu:Perghh!!! Mmg dow...aku panas je beb!!! Aku tengok surat khabat tadi,budak-budak banyak mati.Wei rokok sebatang....haus ni....
Mela:Nah..!!! NAK TAK!!!
Yu:Wei lepas gi demo kita gi pusing uptown...okey?
Mela:Okey set....!!! Kau call la awek kau ikut sekali...Tp jgn ajak diorang gi demo sudah....Ini kerja orang laki je....

Situasi 2

Sunn: Kita perlu bersatu hati demi Islam.Ikut jalan yang lurus.
Syi:Tak boleh bersatu.Aku aku...Kau...kau ...tak boleh bersatu...
Sunn:Tetapi kita Islam...kita perlu bersatu demi ISlam
Syi:Tidak kau...kau...aku...aku....
Sunn:Baik...kau..kau...aku....aku


Situasi 3

Lebai senget:Korang jangan ikut Lebai Songet tu...dia sesat tu...Doa qunut,Tahlil semua dia kata tak leh buat....Entah syadid sangat dia tu!!!
Lebai Songet:Korang jangan ikut Lebai senget tu...dia tu Kafir tu...Lari dariapda Sunnah RasullAllah.Tahlil tu mana boleh buat...Qunut waktu subuh tu tak wajib..


Situasi 4

Presiden 1 : Kita boikot barangan Israel
Presiden 2:Kita halau duta Israel
Presiden 3:Kita kutuk perbuatan Israel
Presiden 4:Saya kesal Israel degil

KETUA PRESIDEN: Korang cakap je tau....jangan buat sebab kita nak ratakan Gaza nak buat projek pembangunan Zionis
Presiden 1,2,3,4 :YES BOSS!!!


Hah? Bagaimana semua? Anda masih menggaru kepala lagi.Anda dapat menganalisis situasi di atas.Saya ingin membawa anda semua menyelami situasi masyarakat pada masa kini.Bagi menjawab persoalan mula-mula saya persoalkan tadi saya hidangkan dengan situasi di atas.

Adakah kita mampu mencapai kemenangan dengan adanya masyarakat seperti ini.Mereka yang hanya pandai bercakap namun tidak memahami sesuatu itu secara menyeluruh?Masyarakat dunia terutama Islam telah lari dariapda Islam yang sebenar.Mereka bergaduh sesama sendiri kerana perkara yang kecil.Pemimpin-pemimpin negara kalut dengan urusan dunia.

Saya timbulkan persoalan di sini.Adakah kalau Islam menang ketika ini,adakah kita mampu mentadbir dunia seperti mana zaman khulafa dahulu?

Maka timbul juga persoalan..."Abis tu macam mana?"

Jawapan yang mampu saya bagi seperti Sheikh Syaqib Ar-Salan(seorang alim ulamaa) :
"TIDAK DAPAT TIDAK KITA PERLU MULA DARIAPADA BAWAH"

Apakah yang dimaksudkan dengan bawah itu ialah...pembentukan diri individu itu sendiri.
Kita perlu mentarbiyah diri kita dengan menghadami betul-betul erti seorang yang bergelar muslim dan tanggungjawabnya.

Bagaimana nak tarbiyah diri?
Sebagai permulaannya hiduplah dengan masyarakat atau golongan yang mengamalkan Islam yang sebenar dan kumpulan yang sentiasa nasihat-menasihati ke arah kebaikan dan menjauhi kemaksiatan.

APA yang boleh kita buat untuk palastine:
1.Doakan mereka di sana dan umat Islam semua
2.Menyalurkan bantuan wang ringgit dan sebagainya
3.Mengikut rapat umum?-Kalau menimbulkan rasa semangat dan sedikit sebanyak dapat kita bermuhasabah diri...silakan wahai pejuang islam
4.Boikot

APA yang boleh kita buat untuk diri kita dan seterusnya untuk ISLAM?
-Berfikir,memperbaiki diri kita dan rakan
-Bermuhasabah sentiasa

Wassalam

8 comments:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

couldn't agree less....

Anonymous said...

salam,
bagus man,artikel yg dikira menyelami permasaalahan setempat sehinggalah peringkat global.
semuanya bermula dgn diri kita sendiri....
teruskan perjuangan dakwah mu

Anonymous said...

sntuh hati nurani yg terleka seketika.gud luck.keep it up ur gudwork!

kepalakotak said...

baik!

mas syarep said...

ade bende yg kita kena terangkan dalam penjelasan tentang "bermula dari bawah"..

satu pandangan semula terhadap seruan ini bahawa perlulah kita seru kpd yg lain..sesungguhnya itulah sunnatullah..para Rasul pilihan semuanya melakukan perkara yang sama..

bermula dengan bawah..bermula dengan orang2 yg tahu kenapa mrk diciptakan..juga tahu mengapa org lain diciptakan termasuklah musuh2 agama ini..sehinggalah mrk menyedari jalan yg mana satu yg mjd jln mrk..sudah tentulah islam yg menyeluruh itu..

nabi sulaiman mentadbir umat yg telah ditarbiyah oleh nabi musa dan nabi daud..

nabi yusof pula membantu pentadbir yang beriman dgn Allah drpd dakwah beliau..

perlulah diyakinkan bahawa jalan tarbiyah ini adalah jalan yang panjang tetapi kesannya efektif dan berpanjangan..inilah jalan yg kita pilih spt mana para Rasul terdahulu lakukan..sudah pasti jalan ini juga yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

mungkin ramai yg blum dpt menerimanya krn..jln ini terlalu lama..mrk di gaza sedang berduka,parah!!!tapi kita masih lagi bertarbiyah?maka jwpn utk mrk.."krn kita terlupa sblm ini mrk menanggung akibat..maka hari ini kita sudah belajar akan kesilapan kita..kita menolong sedaya kita..dengan doa dan harta kami..bukan shj duduk kosong di sini..kalau benar2 mahukan darah kami..sememangnya kami sedia laburkan"..

ingatlah..setiap usaha yang kita dapat lakukan utk mrk..itulah yang terbaik..mungkin hasilnya tak nampak..tapi selagi punya daya..teruskan berusaha..

ingat man..ramai org seperti "kite"..tapi berapa org shj yg berkerja bersama-sama dgn "kite"..xsemua org phm..

huda said...

islam nak menang?dgn umat yg begini?

Allah xkan bg kemenangan tu unless umat islam sndiri dah memenuhi syarat2 kemenangan

harganya sgt mahal, bayarlah dgn pengorbanan kita yg bukannya sedikit

yok!mari bekerja! ummah mmrlukan kite!
islah nafsiy wad'u ghayr
nice post bytheway

(dpd hosmet eymandash)

Anonymous said...

salam,ana saja melawat blog nei,nice write,,senang nak fhm..
ana teringat ape yg ana ada baca dlm saifulislam.com,
klu kita semak blik alQuran,,ciri2 yahudi skrg mmg sama dgn apa yg diceritakan,itu namanya yahudi yg realiti,tetapi sedihnya,,
bila kita rujuk balik,,ciri2 umat Islam kini tak sama dgn apa yg digariskan oleh alQuran,,itulah umat Islam yg ilusi..
Manakan mungkin Islam akan menang seandainya yahudi realiti tu melawan umat Islam yg ilusi??
Seharusnya kita harus sama2 kembali kpd gaya hdup Islam yg sebenar,,wallahu'alam,, sekadar pndangan..

Rahman D said...

terima kasih semua kerana sudi membaca...dan apa pandangan yang baik boleh kita cuba praktikkan dan dan kita cuba utk memerdekakan diri daripada benda2 yg tak sepatutnya