Baiklah,bermula seawal peperiksaan tamat,perpustakaan Iskandariah ditakluki saya dan rakan-rakan.Tempat yang menjadi tumpuan pelancong itu merupakan 'makatabah' yang terbesar di Iskandariah ini.Seni bina yang agak istimewa di sini menyebabkan tangan ini ligat mengambil gambar.
Namun pengembaraan sebenar bermula hari ini.4/3,kami telah bermula dengan menziarahi kubur Nabi Daniel dan Luqmanul Hakim.Sememangnya kisah nabi Daniel tidak terdapat di dalam Al-Quran namun terdapat riwayat-riwayat yang lain menyatakan Nabi Daniel merupakan seorang Nabi.Tempoh hidupnya adalah sebelum Nabi Musa lagi.Tetapi kisah Luqmanul Hakim telah dinukilkan di dalam Al-quran.Bagaiman kita melihat Allah telah memuliakan Luqman apabila kisahnya yang memberi nasihat kepada anaknya diabadikan di dalam Al-quran.Wasiat yang telah diberikan kepada anaknya.(Surah Luqman 31:13).Erti sebagai manusia di sini ialah peranan yang perlu dimainkan oleh seorang ayah kepada anak-anak mereka supaya taat kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah adalah benda yang telah ramai manusia lupa.Kerja lebih diutamakan mereka sehingga anak-anak terbiar,solat terbiar,bimbingan agama tiada.Dan akhirnya apabila perkara ini berlaku,terjadilah situasi anak kurang ajar kepada mak dan ayah serta guru.Mari kita lihat,konsep pertama yang dibawakan Luqman ialah tidak menyekutukan Allah kedua adalah solat dan ketiga adalah kesopanan kepada Ibu Bapa.Cukup cantik alirannya.Apabila hubungan dengan Allah diabaikan maka solat pasti diabaikan,kerana cara kita berhubung dengan Allah dan untuk pamerkan kecintaan kepadnya adalah dengan Solat.Maka akhirnya hilang kehormatan mereka kepada Ibu bapa. Maqam Nabi Daniel &Luqmanul Hakim
Seterusnya perjalan diteruskan ke "The Roman Theatre".Tempat peninggalan Tamadun Rom di Mesir.Sebelum kedatangan Islam di Mesir.Rom telah menguasai Mesir.Banyak kesan-kesan tinggalan yang dapat dilihat.Ada juga rakan-rakan yang cakap-tak sia-sia belajar Sejarah f4..(hehe)...Maka sambil berjalan mengelilingi kawasan tinggalan ini,kami pun ingat semula ciri-ciri Tamadun Rom yang telah dipelajari.The Roman Theatre ini diceritakan adalah tempat untuk orang ramai menyaksikan persembahan.Yang syoknya,ada satu tempat yang menggunakan konsep gema,apabila kita berdiri ditempat yang ditandakan,suara kita akan bergema.Menunjukkan keunikan seni bina zaman dahulu kala yang menggunakan kaedah fizik dan sebagainya.Hari memang panas!.Tidak sangka panas begitu...Namun perjalanan terus.Kelihatannya beberapa arkeologis asing masih membuat kajian di sana.Kami hanya melihat kawasan sekeliling termasuklah kawasan penempatan,artifek-artifek lama peninggalan Tamadun Mesir Purba dan Rom serta 'Roman Bath'.Tetapi apabila melihat keunikan Tamadun ROM itu,saya tiba-tiba senyum sinis,INIlah satu Tamadun yang gemilang ,namun dapat ditumbangkan oleh TENTERA AMRU BIN ASS yang telah dihantar oleh Khalifah Umar Al-Khottob ke Mesir untuk menaklukinya serta menyebarkan ISLAM.Akhirnya kemenangan milik Islam dengan semangat jihad yang tinggi,meredah panas,bukit-bukau,padang pasir.Kepahlawanan Amru bin Ass sememangnya diakui oleh RasullulAllah sendiri.
Erti Kemanusian yang terbit di sini,kita perlu semaikan semangat kemajuan dan ilmu pengetahuan agar generasi akan datang lebih matang.Tidak dilupakan juga jiwa-jiwa anak muda yang perlu disemai seperti jiwa Amru bin Ass yang memimpin tentera untuk menegakkan panji Islam.
Konklusi: "Aku ingin jadi seperti Amru bin Ass...InsyaAllah"
Asar menjelma,solat di Asrama Mara kemudian teruskan perjalan Ke "QOLA'AH"-Kubu Salahuddin Al-Ayubi.Sebuah bangunan ala-ala Istana yang dikelilingi pantai.Ramai juga orang-orang tempat yang 'melepak' di sana.Bersama keluarga,bersama tunang(mungkin atau tidak) dan rakan-rakan lain.Salahuddin Al-Ayubi merupakan salah seorang yang pernah menjadi Sultan Mesir dan mengasaskan kerajaan Ayubbiah setelah meyingkirkan Kerajaan Fatimiyyah yang pada ketika itu dipimpin oleh Nud Addin.Kerajaan Fatimiyyah yang membawa ajaran syiah ismailliyah tersebar di kawasan Mesir dan Maghribi.Apabila Salahuddin menjadi Sultan Mesir maka banyak pembahruan yang dilakukan yang tidak dapat dilakukannya semasa beliau hanya menjadi panglima mesir untuk mempertahankan mesir daripada serangan tentera Salib.WAh! memang best! membaca Sejarah Islam.Akhirnya Salahuddin dapat merampas Baitulmuqaddis daripada tentera salib hampir 88 tahun selepas beberapa siri peperangan berlaku.Kedudukan kubu ditepi pantai memang strategik benar.Jika tentera salib ingin serang melalui laut,senang saja serang melalui darat.Namun agak kecewa juga,kerana apabila masuk ke dalam kubu tersebut,ingatkan adalah tinggalan-tinggalan perang,tetapi hanya ada gambar-gambar ikan!,seperti aquaria di Malaysia la pulak.
Erti Kemanusian yang diperolehi,kesungguhan dalam sesuatu perkara perlu dikuatkan agar tidak kecundang.Tengok sahaja bagaimana Salahuddin bertahan dan terus bertahan daripada serangan tentera Salib dan akhirnya mereka menang.Menang bukan kerana menggunakan alat atau senjata yang canggih tetapi akal yang diselaraskan dengan iman dan kepercayaan kepada Allah yang begitu utuh.
Konklusi: " Pasti akan muncul wira yang menaiki kuda seperti Salahuddin,"
Malam menjelang,menunaikan solat Maghrib di kawasan Qalaah itu juga.Selepas itu pergi menziarahi maqam-maqam Wali berdekatan situ juga.Sempat juga menziarahi maqam Cucu Saidina Husin iaitu anak-anak Ali Zainal Abidin (Cicit RasulullAllah) terdiri daripada 3 orang.Kesemuanya terbunuh semasa peristiwa Karbala.Peristiwa berdarah yang terjadi di karbala setelah mereka dipenggal kepala.
Erti kemanusian yang dicari,walaupun pada ketika ini kita lihat Islam tidak bersatu.Semua membawa kefahaman sendiri.Namun hati-hati yang terikat kepada Allah dan Rasulnya sahaja akan selamat di dunia dan akhirat.
Konklusi:"Islam lemah kerana Fitnah yang dibawa oleh orang di dalamnya"
Perut lapar,jadi seterusnya kami cari kedai untuk menjamu selera.
Akhir perjalanan untuk kali ini.Ep:2 menyusul InsyaAllah
Perjalanan bukan untuk bersuka atau hanya bergambar tetapi penghayatan yang perlu diambil pengajaran dariapadanya serta mengetahui kisah disebalik tempat yang dilawati.
Konklusi:"Belum puas teguk air"
Wassalam
4 comments:
bagus!...bagus!....penulisan sebeginilah yg makman tunggu....cerita seerah di gali bersama pengajaran dan harapan untuk diri,keluarga,rakan2 dan umum utk semua.semoga menjadi inspirasi kepada yg lain utk meneroka seerah kejayaan,pengajaran dan kemusnahan . Bangkitlah kita semua kembali menguasai kegemilangan islam yang kini amat tercabar sekali.....
betul2... kita perlu menghayati apa yang disebaliknya... huhu... dush!...
Air kosong yang paling best bila tengah kehausan tahap anjing (ada signifikan "anjing" tu...)
pergh..lawa ar library dia..ni yg rse nk berkunjung ke sana..tapi xtau la bila masanya nnti..
ni yg jelous ni org2 kt perantau tu..tp ape bole buat..tu ler rezeki yg diorg dpt..cite la lagi ye..kami di sini..menanti2kn kisah yg agung dr sana..hehe
Post a Comment