Friday, May 8, 2009

MUZIK DAN DAKWAH

Apabila orang berkata berkenaan muzik,banyak reaksi yang akan kita dengar.Namun secara fitrahnya manusia akan suka kepada muzik.Tidak kisah sama ada lagu-lagu biasa ataupun lagu nasyid ,rock dan sebagainya.
Setelah Sheikh Yusuf Qardawi mengeluarkan fatwa terkini mengenai muzik,ramai penggemar-penggemar muzik suka.Ialah mana tidaknya alatan-alatan bertali dan tiupan dibenarkan.Namun ramai diantara kita masih tidak faham hakikat muzik dan lagu itu sendiri.

Ada juga diantara kita yang masih mengganggap gitar dan piano adalah haram.Memang tidak salah berkata begitu.Namun bagi diri yang lemah ini teringin mengeluarkan pendapat dan pandangan mengenai muzik dan lagu.
Dalam hidup dunia yang banyak godaan-godaan dan serangan 'Gazwatul Fikr',para remaja terutamanya sudah terlekat dengan hiburan muzik dan sebagainya.Mereka menjadi muzik sebagai tempat mereka berhibur dan melepaskan segalanya.Namun ramai yang tidak sedar hakikat muzik dalam kehidupan seharian kita.
Pada mulanya muzik dan hiburan ini adalah harus,namun apabila sudah melanggar etika dan batas-batasnya dia akan menjadi sebaliknya.Bagaimana dikatakan sudah berlebihan itu:
/Pertamanya apabila muzik itu telah mengganggu kewajipan kita sebagai seorang muslim,sehingga tinggalnya solat.Baca quran entah kemana dan sebagainya
/Hiburan yang melibatkan pergaulan bebas lelaki perempuan
/Muzik yang berlebihan seperti lirik lagu yang tidak memberi makna.Dalam penulisan Yusuf Qardawi telah menggariskan bahawa hanya lirik yang berkaitan dengan puji-pujian kepada Allah dan kepada RasullAllah serta terdapat lirik-lirik yang membimbing jiwa kearah kebaikan.

Muzik itu wasilah dakwah:
Apabila berkata mengenai dakwah dan muzik pasti orang akan merujuk NASYID.Hakikat memang begitu,tetapi kita perlu sedar bahawa dakwah itu luas ruang lingkupnya.Untuk menarik masyarakat yang hanyut kini,saya merasakan wasilah begini harus digunakan kepada mereka-mereka yang sedar akan kepentingannya.Perkembangan sebegini sudah pesat di Indonesia.Kemunculan aktivis-aktivis dakwah dalam kumpulan berbentuk kumpulan nasyid dan sebagainya telah menggambarkan betapa nikmat Allah berikan kepada kita memang cukup berharga.

Ilmu muzik datangnya daripada Allah juga.Kita mempelajari ilmu itu adalah pahala,dan amalkannya kejalan kebaikan adalah pahala.Tetapi kita perlu sedar,ianya juga boleh menjadi musuh kepada kita,iaitu apabila kita sudah keterlaluan dan tidak menjaga batas-batas yang sepatutnya.

Akhir kata,muzik ini adalah nikmat daripada Allah kepada manusia,gunakan dengan sebaiknya,kita mendengar,menghayati lirik dengan sedalam-dalamnya dan ingat betapa nikmat ini jika disalah guna akan buruk padahnya....



p/s:asal lak budak medic sorang ni citer pasal muzik...tak ada kaitan langsung lah...hahahha
doa-doalah "ONCE" akan terus istiqomah dalam jalan dakwah ini.


Anugerah Indah Once.mp3 - ONCE

9 comments:

Meru said...

eccecece..ONCE..hehe

'adz said...

ewah ewah..group once,
konsep acapella ke
ni yg suka ni..

-.rashid.- said...

huahahaha "once"

Rahman D said...

memperkenalkan hanif hafiz a.k.a
abu once ...hahahhah

muadz..konsep kumpulan nih..tak tau la..nak kena tanya diorang dulu..tp hari tuh diaorang ckp lebih kepada harmony group....hahah sian muadz..dah lama tak berpadu suara agaknya...hehhe

lor acid..biarlah kumpulan diorang tu...yg penting mesej diorang nak sampaikan tuh...

aku support ONCE beb ...
gud luck ONCE

Meru said...

ak mau mendampingi dirimu..
ak mau cintai kekuranganmu..
slalu bla..bla..bla..

~abu once~..
(mahal ni ak sign..bkn sng nk dpt)

mas syarep said...

once?
bhs arab ker bhs inggeris ni??
ker bhs m'sia?Wan's
hehe..
mantop!!
mudah2an menghidupkan kembali perjuangan Nadamurni..amin..
hahaha!!

'adz said...
This comment has been removed by the author.
'adz said...

haha..iyya benar aku merindui saat2 berpadu suara bak kicauan burung2 (dum badum badum - haha)apakan daya..waa bila dgr blk lagu rakam rindu plak dkt sore afiq yg lemak berkrim,hadi yg kreatif,kritis,amin si bassist,adib sore halus tnggi, dan tmbhan pinjam group plain fikri beat boxer + solo

'adz said...

lupa lak yg case hrtu, mmg bruised dkt arm xde kena mngena dgn GI bleed..itu present case je..
tp sbb drug history dia n prescribing of Disprins 4g yg lead to GI bleed..