uga yang sudah berkira-kira untuk merancang percutian mereka selepas ini.Lebih 7 hari cuti yang diberikan pihak Univitas sememangnya tidak akan dilepaskan oleh mereka.(merujuk pelajar medic Alexandria yang sikit cutinya)
"Man, Jom Perancis" Aku mencebik sebentar
"Rahman, Jom gi SINAI." Ajakkan Shauqi,tersenyum saja saya.
"Mandush,kita gi Luxor dengan Aswan hendak ? "
"ManD,lepak alex sudah,kumpul duit untuk kawin je."Kata seorang rakan yang cukup berjimat.
"Abdul Rahman Dashuki,balik Malaysia nak?Abah leh bayar half."Sambil tawa yang kedengaran.
Cuti Perlu Ada Hadaf dan Planisasinya
Percutian sememangnya menyeronokkan,namun kegembiraan itu akan diselera enakkan jika kita meletakkan tajuan perjalanan kita.Apakah yang kita mahukan daripada perjalanan kita.Kita boleh tersenyum dan ketawa ketika itu,tapi lebih manis lagi kalaulah setiap langkah kita itu akan dikira sebagai pahala di sisi-Nya
Penciptaan alam bukan semata-mata untuk kecantikan,namun ibrah yang kita boleh ambil adalah kebesaran Tuhan.
Gunung yang tinggi melangit seperti puncak Sinai.
Laut yang kebiruan memukul ombak serta meniup angin bayu ketika menaiki kapal pelayaran, mengingatkan kita kepada betapa dunia ini ada pemiliknya.Rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan memang akan terasa.
Ramai yang tertanya mungkin,mengapa saya tidak menulis m engenai pengembaraan saya semasa cuti Hari Raya Haji yang lepas ke Jordan dan Syria.Dan mungkin ada yang tidak tahu pun.Perancangan yang di akhir waktu itu,sekadar pada awalnya, ingin mencukupkan korum group.Salah seorang senior telah mengajak saya last minute untuk berjaulah bersama mereka.Keberatan juga sebenarnya,berjalan bersama 3 orang senior tahun 4 dan 5 dan saya seorang sahaja tahun 2.Mahu sahaja ditolak,memandangkan ada desas-desus yang mengatakan tahun 2 yang lain ada yang hendak Jaulah ke Sinai pada masa itu.
Namun Allah memberikan jalan yang terbaik kepada hambanya.Saya memilih untuk pergi bersama mereka.Mungkin serba sedikit mencelup ilmu-ilmu senior yang hebat-hebat ini.
Awal-awal lagi saya ditegur oleh senior tersebut.Jaulah ini katanya,bukan sekadar jalan-jalan makan udara negara orang lain,tapi perjalanan yang mencari redhonya.Saya mengangguk sahaja.
Perjalanan yang sudah dirancang mengambil masa 9 hari termasuk hari bertolak dan balik.
Untuk membongkar apa yang terjadi semasa pengembaraan saya,tunggu post selepas ini.
Antara yang menarik selepas ini :
1.Tertinggal Flight ???
2.Mencari Nur Kasih Di Wadi Rom
3."Ammu, Kam deh ?" - Orang dekat Jordan tidak faham ?
4.Inilah tempat Transformer berlakon
5.Aduh!!! Sakit badan aku mandi Air Garam nih!!!
7.Damainya Jordan dan Syria daripada Mesir ?
8.Kalau nak ke Turki 2 jam je lagi dari sini...Ha..APA ?
9.Bersemangat selepas Ziarah Makam Salahuddin Al-Ayubi
RANCANG CUTI ANDA SEBAIKNYA.
1 comment:
salam jauh dari bumi Dublin, Ireland... blog walking kejap.. ada masa datang laa singgah my blog.. :)
Post a Comment