Saturday, May 22, 2010

Bergerak Dalam Kumpulan

Dalam kesibukan masa sekarang,curi-curi juga untuk menulis. Ada yang bertanyakan saya dalam shoutbox ditepi itu 'Filem dan Mesej'

"DR: Salam.knapa ya tidak ambil dip.perfileman sja di uitm? bnar..mmg bnar..jika tdk kuat, mmg mudah aja terikut sama teman2 yg 'x fham'...ttp ya,ak jd musykil, kalo bkn kita yg msuk dan berada b'sama mrk,bgaimana ya utk m'banyu mrk di luar sana yg sgt 'kasihan'? mrk memerlukan kita,kita yg 'faham'...bgaimana ya? mohon pndangan kamu."

Terima kasih kepada sdr.Dr kerana sudi lawat blog ini dan menanyakan soalan.InsyaAllah,saya akan menjawab mana yang mampu.

Gambaran hidup sekarang memberikan kita yang melihat kepada 2 gambaran yang nyata.Dalam tafsir surah Al-Fatihah,(Fi Zilalil Quran),Syed Qutb membawakan satu pandangan bahawa tassawur dunia kita membahagikan kita kepada kelompok yang memahami Islam dengan jelas dan satu lagi kelompak yang meraba-raba dalam kesamaran dunia.Tidak dapat tidak, tugas sebagai manusia yang mempunyai kesedaran, bertitik tolak daripada mereka-mereka yang berani untuk menegakkan kalimah Allah menerusi 'Dakwah' yang dilakukan.

Dan wasail begitu luas hari ini.Islam bukan datang sekadar teori yang hanya didengari.Tetapi Islam membawa praktikal apa yang kita fahami.Untuk mengajak manusia kepada Allah bukan hanya sekadar ceramah dan kuliyah.Terbuka cabangnya kini untuk kita menyampaikan seruan Allah dengan pelbagai cara.Menerusi sukan kita mampu berdakwah.Begitu juga dalam aspek hiburan dan aktiviti-aktiviti lain.
Kesyumulan Islam jelas terpapar jika kita hayati satu persatu.Kerana itu,Imam Hassan Al-Banna meletakkan Usul pertama di dalam Usul 20 adalah konsep kesyumulan dalam Islam.Jelas menunjukkan Islam bukanlah agama yang jumud.Menolak segala benda secara total.

Jelas kekuatan untuk menyampaikan seruan Allah bukan kerja yang mudah.Tarbiyah yang dilalui oleh Rasululullah cukup memberi kita gambaran bahawa dakwah itu susah.Untuk bergerak dalam arus yang menentang ini, kita perlukan tangan-tangan yang membantu kita.
Memilih mereka yang mempunyai satu matlamat yang sama dengan kita.Gerak kerjanya akan lebih teratur dan segala lompong-lompong yang kosong dapat ditutup.

Saya faham, siapa yang ingin membantu mereka.Itu persoalan yang sering kali bermain.Siapa yang hendak menolong mengubah arus dunia perfileman kini.Banyak kini cerita-cerita yang menunggu senarai untuk memasuki panggung.Dan antaranya cerita-ceritanya sudah sama seperti cerita-cerita Eropah.Tapisan demi tapisan dibuat oleh FINAS untuk mengurangkan adegan-adegan yang kurang elok.Kita akui kini semua itu terjadi KINI.Dunia Bolloywood yang dahulunya hanya dengan tari menari, kisah cinta-cintun, kini terjerumus dengan adegan-adegan panas yang melampau.Adakah Malaysia juga akan begitau satu hari nanti?
Mungkin itulah yang bermain diminda saudara DR kita yang membimbangkan hal ini akan berlaku.Apa yang akan terjadi pada generasi depan.Saya tidak menolak semua kemungkinan itu akan terjadi.

Saya akui bahawa,kekuatan yang saya miliki belum cukup untuk mengubah dunia itu sekarang.Lebih-lebih jika saya terjun ke dunia itu.Mungkin saya tidak mampu bertahan untuk menentang arus yang begitu kuat berseorangan.Saudara boleh mendapatkan gambaran pelajar-pelajar Mescom di dalam filem 'Kuliyah Cinta' arahan Prof Razak Mydin, yang menunjukkan suasana pelajar jurusan perfileman.Kekuatan perlu dibina di dalam kumpulan.Bukan berseorangan.Kerana takut-takut apabila berseorangan,kita akan tewas dan tenggelam di dalam arus.

Saya pernah bertanya kepada senior saya ,juga naqib usrah (Abg Wan Am) semasa sekolah dahulu.Dan kebetulan dia merupakan lepasan Mescom di Uitm(kalau tidak silap saya), dugaan yang dihadapinya cukup memberi gambaran yang dialami sewaktu zamannya.Begitu juga salah seorang guru Bahasa Malayu saya (Ust Shahir),menceritakan perkara yang sama.Dunia yang bukan seperti memetik tangan dan terus berubah kepada yang kita mahu.

Saya berfikir bahawa,jalan ini adalah jalan yang susah untuk terus bergerak di dalamnya.Lebih-lebih lagi saya berseorangan.Tak nafikan ada juga lepasan-lepasan Mescom Uitm yang cuba membawa dakwah dalam hiburan terus thabat dalam jalan ini,contohnya Akmal Mirwana,(semoga terus membawa hiburan Islam),namun secara peribadi yang rasakan tidak termampu saya untuk memikulnya.

Tetapi,adakah perlu untuk saya terus tidak membuat apa-apa.Kini dunia menjadi lebih maju.Alternatif untuk membuat filem atau video terbuka luas.Begitu juga dengan lagu dan musik sendiri.Boleh dibuat tanpa kita mengambil jurusan itu sendiri.Saya turut merasakan ini merupakan alternatif saya diluar penglibatan.Menyediakan hiburan berunsur Islam sebagai satu wadah untuk berinteraksi dengan masyarakat dan menyampaikan sedikit demi sedikit apa yang Tuhan mahukan.Lebih selesa dengan cara begini dan Alhamdulillah ada juga rakan-rakan di sini yang sedia memberi sokongan dan mambantu.Namun kekangan masa menyebabkan tidak banyak untuk membuat kerja-kerja buat masa ini

Maka,secara ringkasnya untuk apa yang dapat saya simpulkan,walaupun kita tidak mampu untuk meneruskan apa-apa matlamat kita melalui cara itu,namun ingatlah pelbagai alternatif lain yang boleh dicari untuk kita sempurnakan apa yang kita inginkan.
Selain itu,kekuatan dalam bentuk team juga harus kita utamakan.Tak ke mana kalau kita terus berseorangan ,takut-takut kita yang hanyut terapung.

Harapnya sdr Dr berpuas hati dengan jawapan saya,InsyaAllah.



"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! / " At-Takasur (8)

Wassalam.





3 comments:

Anonymous said...

bagus penerangan.
sy sendiri seorg pelajar uitm yg bergaul dgn rakan2 masscomm.
utk seorang pelajar sekolah agama mengambil jurusan ini, memerlukan ketahanan yang kuat.
all the best.

thaaqhib said...

anda akan jadi lagenda. go syabproduc

makman said...

hah tu yang nak ada modal 10,000 tu.........

tak yah mahal2 yg 6,000 punya cukup abah kata...

hahahahahah.