Saturday, October 23, 2010

"FROM HERE WE COUNTER"


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat kurniaannya. Selawat dan salam diucapkan kepada kekasih Allah SWT, Muhammad SAW. Semoga kita mendapat rahmat Allah dan syafaat RasulNya diakhirat kelak.

Jika kita tengok kat bahagian atas post ni ade satu lambang yang dimana mungkin ada diantara kita terutama yang berada di Iskandariah ini tahu dan mungkin ada yang masih tertanya2 apakah lambang diatas. Tujuan post ini tidak lebih dan tidak kurang tetapi mungkin berlebihan dan lebih kurang untuk mempromosikan sebuah produksi yang diberi nama SYABPRODUCTIONS.

Secara ayat karangan bahasa Malaysianya:

PENGENALAN


Dunia yang kian maju dengan teknologi terkini menyebabkan manusia mampu menikmati satu visual yang sempurna dari aspek kehidupan. Manusia hari ini menjadikan teknologi untuk melakukan apa sahaja bagi memudahkan urusan kehidupan seharian. Dengan teknologi maka banyaklah terhasilnya produk2 yang canggih dan mampu merekodkan kehidupan manusia. Melalui kamera,video dan sebagainya, segala detik2 kehidupan dapat dirakam. Perkambangan yang begitu pesat, menyebabkan ramai yang mempunyai gadjet2 seperti yang disebut. Namun dengan kemajuan ini jugalah anasir2 yang tidak elok telah menyerap dikalangan umat kita sekarang. Saluran2 negatif telah terbuka luas dan lebih mendapat sambutan. Oleh itu, dengan kesedaran yang timbul, maka perlulah diwujudkan satu wadah islami yang dapat menarik kembali jiwa2 yang telah terdampar jauh dari laluan yang sentiasa wujud bagi mereka yang menyedarinya.

'SYABPRODUCTIONS' yang dipetik namanya dari kalimah 'syabab'(bukannya syahmi o abdurrahaman D/L dan bukan juga syatbi) di dalam bahasa arab yang membawa maksud 'Pemuda'. Tidak dinafikan peranan pemuda adalah amat penting untuk menggerakkan satu pemikiran yang dapat mengubah umat manusia kearah yang lebih positif dan baik. Produksi yang baru ditubuhkan ini, akan sentiasa optimis menghasilkan karya2 berbentuk video, wallpaper, gambar dan sebagainya yang berteraskan kepada perubahan media barat kepada media Islam yang lebih menyeluruh dan lengkap. Islan tidak menghalang manusia untuk berhibur. Tetapi Islam telah meletakkan beberapa batas yang perlu diikuti dan dipatuhi.

Oleh itu, berteraskan dengan objektif ini, 'SYABPRODUCTION' tampil untuk menyalurkan wadah yang berguna untuk kita semua dalam bentuk media dan teknologi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok. Itu merupakan ayat yang sememangnya skema dan mungkin boleh diluluskan dalam ujian BM.

Itu sedikit sebanyak penerangan tentang penubuhan produksi ini. Mungkin sebelum ini ada diantara kita yang telah melihat hasil karya yang telah dibuat oleh krew2 produksi ini dimana ada beberapa buah video telah dihasilkan dan dipertontonkan dalam rangkaian 'youtube'. Mesej2 yang sebeginilah yang cuba dibawa oleh kami, krew2 SYAB P. dan dimana. Dengan izin Allah SWT, lebih banyak lagi mesej2 berbentuk begini yang cuba disampaikan kepada semua.

Selain dari menghasilkan karya2 Islami, kami juga berbesar hati untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dari kami untuk membuat video2 seperti video perasmian sesebuah majlis, video untuk mempromosikan sesuatu 'event' dan sebagainya. Setakat ini beberapa video telah dilakukan untuk beberapa persatuan terutamanya yang berada di Iskandariah Mesir ini. Bak kata pepatah 'besar tapak tangan nyiru kami tadahkan' kami sanggup menerima mana2 tempahan dari mana2 persatuan atau individu yang menginginkan bantuan dan kepakaran dari pihak kami. Urusan2 untuk tempahan bolehlah dilakukan terus kepada Pengarah SYABPRODUCTIONS iaitu saudara Aiman Zainal Baharin atau timbalannya saudara Ammar A'fi Amran. Sehingga kini tiada bayaran yang akan dikenakan kepada mana2 individu yang memerlukan khidmat kami. Cuma pada peringkat permulaan ini kami mengehadkan pengambilan projek2 yang ada supaya dapat juga kami melakukan kerja dengan teratur dan efisiennya(+kami kan pelajar medik,kene tengok masa jugalah).

InsyaAllah berikut merupakan sedikit sebanyak penerangan tentang SYABPRODUCTION. Cuma yang ana ingin sampaikan adalah jangan lupa untuk up-to-date bersama2 dengan SYABPRODUCTION. Semoga kita dapat bersama2 mengambil manfaat dan iktibar dari apa yang kami cuba untuk sampaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda: 'sampaikan dariku walau satu ayat' yang sepatutnya kita sebagai salah seorang manusia yang mampu melangsaikan hutang Rasulullah SAW terhadap umat2 yang tidak sempat bertemu dengannya. Dan hendaklah sampaikan dakwah itu dengan penuh hikmah dan bijaksana yang menjadikan kami mengambil salah satu dari jalannya dengan mengambil langkaha2 ini bagi menyampaikan ilmu kepada manusia supaya kembali mereka kejalan yang lurus. InsyaAllah SYAB P. akan mempunyai blognya yang tersendiri pada masa akan datang. Jadi mungkin boleh terus update disana sahaja. Wallahualam.

copy from : http://mempelammanis.blogspot.com/2010/10/syabproductions-from-here-we-counter.html

http://www.youtube.com/user/syabproduction

1 comment:

-.rashid.- said...

bila mau keluar hasil terbaru ni?