Friday, February 26, 2010

Hebat 2

Hari ini akan naik ke Utara Jordan.Dalam perjalanan akan singgah ke beberapa buah tempat yang menarik antaranya ,Wadi Rum dan Petra.

"Anas harapnya hari ni tak ada yang kena tinggal lagi."Saya cakap dekat Anas.Mad tersenyum sahaja.
Mad cakap pula harap semuanya hari ini berjalan dengan lancar.

"EH!!! Asal kete nih?"Dalam kebisingan suara-suara kami tiba-tiba terdengar sampukan daripada Marwan.Kami terus meluru ke arahnya...
MashaAllah apa dah jadi da!!!
TAYAR KETE PANCIT.Hari ini ujian pertama Allah dah beri kepada kami.Namun, itulah yang menambahkan keseronokan perjalanan kami.Saya,Zaid dan Marwan cuba menukar tayar gantian.Anas dan Mad pergi membeli sarapan.Perut pun dah lapar masa tu.



(Apalah nasib kami hari ni,kata zaid yang pening kapala time ni hehe)


(Nak wat surgery jenis apa nih!!! hahah)

"Tu la Anas ana dah cakap jangan banyak gelak sangat.Tengok apa dah jadi"Saya dan Anas berpandangan sesama sendiri lantas terbahak-bahak gelak.Zaid pun turut sama gelak.
Astagfirullah!!! Memang pagi-pagi lagi sudah diuji tahap kesabaran kami.Namun hadaf perjalanan mengikat semula kealpaan kami walaupun sedetik.Kami terima dengan seronak dan redho.

"Apalah dosa kita pagi-pagi ini Anas"Tanya saya kepada Anas.(hehe)
Saya ,Zaid dan Marwan tunggu di situ untuk menukar tayar gantian,sementara Mad dan Anas cuba mencari sarapan pagi untuk kami semua.

Lembah Orang-Orang Roman

Seterusnya kami bergerak ke Wadi Rom.Lembah yang bergunung-ganang dan berbatu-batan ini,rupa-rupa dahulunya ada juga orang menetap.Sejarah telah menunjukkan bahawa ada kaum yang terdahulu telah mendiami kawasan di sana.Lembah yang sangat luas itu mempunyai beberapa check point yang boleh kita pergi.Macam-macam package boleh ambil.Boleh ambil sampai pergi ke 9-10 check point.Tapi ambil masa hingga satu harilah.Kami perlu menyewa Trak di sana untuk berjalan di atas-atas padang berdebu itu.
Segalanya MashaAllah.Alam ciptaan Tuhan tiada tandingannya.Melihat gunung,pasir,langit memang mendatangkan rasa kagum dengan ciptaanNya.
Nasihat saya,untuk berjalan di Wadi Rum ini, tidak perlulah sehingga pergi sampai 10 check point,cukup sekadar 4-5 check point.Itu pun dah puas.Nak lagi best,study dan buat kajian tentang sejarah Wadi Rom sendiri supaya tidak terpinga-pinga macam saya ketika itu.Sebaik ada senior yang boleh terangkan (hehhe nih bagi up sikit depa).

(Naik Trak...Fuh seronok macam naik untalah!!!)


(Terfikir gak macam mana diorang duduk bawah batu ni dulu)


(aktiviti memanjat...ini paling best.Jangan lepaskan peluang)


(No komen!!! hahaha )

Tempat Transformers

Kalau sesiapa yang pernah tengok Transformer 2,ada pengambarannya di buat salah sebuah tempat di Jordan iaitu PETRA.Saya lebih suka membawa sejarah Petra ini melalui Islamic view.Banyak kajian-kajian yang dibuat oleh ahli-ahli arkeologi mengenai Petra ini.Tapi sebenarnya dalam kemegahan Wadi Petra ini,dengan adanya seni bini ukiran yang begitu aneh.Yalah bayangkan,bagaimana bangunan,pintu gerbang,ukiran diukur begitu tepat dan kemas sedangkan tempat ini ditinggalkan oleh kaum-kaum terdahulu.Namun tempat ini jugalah dikatakan bekas tempat mereka-mereka yang telah di azab oleh Allah dengan pekikan yang kuat.Kaum Thamud (Kaum Nabi Soleh),dikatakan mendiami kawasan tersebut.Bagi kita orang Islam,Muslim perjalanan ke Petra bukan perjalanan seperti pelancong-pelancong lain.Mereka hanya mengambil gambar dan kagum dengan seni binanya,tapi kita haruslah merasakan pengajaran daripada kisah Kaum Nabi Soleh.Kaum yang diazab oleh Allah setelah ingkar dengan dakwah Nabi Soleh.Tidaklah bangunan-bangunan yang tinggi melindungi mereka semua sebab azab Allah tidak terkecuali kepada mana-mana individu pun kalau Allah kata "Kun Fayakun".
(Nak jalan dari pintu masuk ke dalam tu,amik masa setengah jam,loteh kaki den.hehhe.Kalau nak naik kuda naik jelah..haha tp mahalla bayar)


(Zaid keseorangan,bila lagi nak berdua)

l
(di Petra...Asik aku je amik gambar...)


(Anas kepenatan setelah tidak jumpa jodohnya di dalam gua tu!!!)

Dipendekkan cerita,kami di Jordan dapatlah juga Mandi air garam di Laut Mati.(Terangkat beb).
Tapi dinasihatkan kepada lelaki,jagalah mata anda semua.
Ada juga tempat-tempat yang tidak sempat dilawati kami kerana kesuntukan masa.
Tapi perjalanan di Jordan banyak mengajar saya dan semua erti sebuah dunia milikNya.Sejauh mana kita pergi pun,kalaulah rahmat Allah tidak ada,sudah pasti kita tak akan selamat.

InsyaAllah lepas ini kembara ke Syiria pula.

Apa beza berjalan ke Syiria dan Jordan.Bagi pandangan saya.Simpanlah masa ke Syiria lebih sedikit berbanding Jordan.Sebab Khazanah kegemilangan Islam lebih terserlah di Demuscus itu dan Syiria sendiri.Kami dah rasa.Tak terziarah kam semua tempat,maqam dan masjid-masjid
Sambung Cerita

(tak nak cerita pasal cerek meletup dek karana ada orang nak buat air minum.Dah terbiasa dekat Mesir,satu extension wayer pakai untuk 4-5 jenis benda...Tapi kat Jordan hahah BOOM.!! kan Anas kan!!!..









3 comments:

thaaqhib said...

x ajak!

Dr Anas MA said...

oit bukan main anta perli ana ek?
pastu kantoi seluar hawai ana.he3
xpe2 kalini komen pendek je,
esok nak exam.
lepasni ana balas kat blog ana plak.
cerita brapa banyak kali anta BOOM! dlm keta lepas makan to'miyah. =P
k man doakan ana exam esok!!

najmee said...

salam
man,rindu seyh.tgk gamba ko.
dh kurus tuh.hak3.
salam