Wednesday, March 26, 2008

Salam Permulaan

Salam semua,
Hari ini saya kembali menulis di ruang maya setelah sekian lama tidak menerjah ke alam siber.Mungkin sebelum ini tulisan saya lebih ke arah pandangan seorang pelajar sekolah,tetapi kini masa dan ruang zaman telah memberi kelebihan kepada saya untuk mendewasakan diri dalam aspek pemikiran,kefahaman,analisis dan sebagainya.Sangat teruja melihat rakan-rakan "blogger" yang lain sungguh ralit menghidang pelbagai pandangan juga luahan hati mereka terhadap isu semasa.Semoga dengan adanya wadah ini,kita semua dapat mengambil manfaat dan kelebihan untuk berinteraksi dengan lebih dekat.Mungkin ketika ini saya masih lagi bercuti, setelah 5 tahun bergelumang di alam persekolahan menengah dan menunggu tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading(InsyaAllah).Maka noktah di sini sahaja sebagai permulaan - banyak lagi yang ingin saya kongsikan pengalaman sebagai hamba tuhan di ladang permusafiran ini.

Wassalam.
Rahman D

No comments: