Saturday, October 23, 2010

"FROM HERE WE COUNTER"


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat kurniaannya. Selawat dan salam diucapkan kepada kekasih Allah SWT, Muhammad SAW. Semoga kita mendapat rahmat Allah dan syafaat RasulNya diakhirat kelak.

Jika kita tengok kat bahagian atas post ni ade satu lambang yang dimana mungkin ada diantara kita terutama yang berada di Iskandariah ini tahu dan mungkin ada yang masih tertanya2 apakah lambang diatas. Tujuan post ini tidak lebih dan tidak kurang tetapi mungkin berlebihan dan lebih kurang untuk mempromosikan sebuah produksi yang diberi nama SYABPRODUCTIONS.

Secara ayat karangan bahasa Malaysianya:

PENGENALAN


Dunia yang kian maju dengan teknologi terkini menyebabkan manusia mampu menikmati satu visual yang sempurna dari aspek kehidupan. Manusia hari ini menjadikan teknologi untuk melakukan apa sahaja bagi memudahkan urusan kehidupan seharian. Dengan teknologi maka banyaklah terhasilnya produk2 yang canggih dan mampu merekodkan kehidupan manusia. Melalui kamera,video dan sebagainya, segala detik2 kehidupan dapat dirakam. Perkambangan yang begitu pesat, menyebabkan ramai yang mempunyai gadjet2 seperti yang disebut. Namun dengan kemajuan ini jugalah anasir2 yang tidak elok telah menyerap dikalangan umat kita sekarang. Saluran2 negatif telah terbuka luas dan lebih mendapat sambutan. Oleh itu, dengan kesedaran yang timbul, maka perlulah diwujudkan satu wadah islami yang dapat menarik kembali jiwa2 yang telah terdampar jauh dari laluan yang sentiasa wujud bagi mereka yang menyedarinya.

'SYABPRODUCTIONS' yang dipetik namanya dari kalimah 'syabab'(bukannya syahmi o abdurrahaman D/L dan bukan juga syatbi) di dalam bahasa arab yang membawa maksud 'Pemuda'. Tidak dinafikan peranan pemuda adalah amat penting untuk menggerakkan satu pemikiran yang dapat mengubah umat manusia kearah yang lebih positif dan baik. Produksi yang baru ditubuhkan ini, akan sentiasa optimis menghasilkan karya2 berbentuk video, wallpaper, gambar dan sebagainya yang berteraskan kepada perubahan media barat kepada media Islam yang lebih menyeluruh dan lengkap. Islan tidak menghalang manusia untuk berhibur. Tetapi Islam telah meletakkan beberapa batas yang perlu diikuti dan dipatuhi.

Oleh itu, berteraskan dengan objektif ini, 'SYABPRODUCTION' tampil untuk menyalurkan wadah yang berguna untuk kita semua dalam bentuk media dan teknologi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok. Itu merupakan ayat yang sememangnya skema dan mungkin boleh diluluskan dalam ujian BM.

Itu sedikit sebanyak penerangan tentang penubuhan produksi ini. Mungkin sebelum ini ada diantara kita yang telah melihat hasil karya yang telah dibuat oleh krew2 produksi ini dimana ada beberapa buah video telah dihasilkan dan dipertontonkan dalam rangkaian 'youtube'. Mesej2 yang sebeginilah yang cuba dibawa oleh kami, krew2 SYAB P. dan dimana. Dengan izin Allah SWT, lebih banyak lagi mesej2 berbentuk begini yang cuba disampaikan kepada semua.

Selain dari menghasilkan karya2 Islami, kami juga berbesar hati untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dari kami untuk membuat video2 seperti video perasmian sesebuah majlis, video untuk mempromosikan sesuatu 'event' dan sebagainya. Setakat ini beberapa video telah dilakukan untuk beberapa persatuan terutamanya yang berada di Iskandariah Mesir ini. Bak kata pepatah 'besar tapak tangan nyiru kami tadahkan' kami sanggup menerima mana2 tempahan dari mana2 persatuan atau individu yang menginginkan bantuan dan kepakaran dari pihak kami. Urusan2 untuk tempahan bolehlah dilakukan terus kepada Pengarah SYABPRODUCTIONS iaitu saudara Aiman Zainal Baharin atau timbalannya saudara Ammar A'fi Amran. Sehingga kini tiada bayaran yang akan dikenakan kepada mana2 individu yang memerlukan khidmat kami. Cuma pada peringkat permulaan ini kami mengehadkan pengambilan projek2 yang ada supaya dapat juga kami melakukan kerja dengan teratur dan efisiennya(+kami kan pelajar medik,kene tengok masa jugalah).

InsyaAllah berikut merupakan sedikit sebanyak penerangan tentang SYABPRODUCTION. Cuma yang ana ingin sampaikan adalah jangan lupa untuk up-to-date bersama2 dengan SYABPRODUCTION. Semoga kita dapat bersama2 mengambil manfaat dan iktibar dari apa yang kami cuba untuk sampaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda: 'sampaikan dariku walau satu ayat' yang sepatutnya kita sebagai salah seorang manusia yang mampu melangsaikan hutang Rasulullah SAW terhadap umat2 yang tidak sempat bertemu dengannya. Dan hendaklah sampaikan dakwah itu dengan penuh hikmah dan bijaksana yang menjadikan kami mengambil salah satu dari jalannya dengan mengambil langkaha2 ini bagi menyampaikan ilmu kepada manusia supaya kembali mereka kejalan yang lurus. InsyaAllah SYAB P. akan mempunyai blognya yang tersendiri pada masa akan datang. Jadi mungkin boleh terus update disana sahaja. Wallahualam.

copy from : http://mempelammanis.blogspot.com/2010/10/syabproductions-from-here-we-counter.html

http://www.youtube.com/user/syabproduction

Thursday, September 23, 2010

New Calender



Semoga akan lebih dipermudahkan oleh Allah untuk hari-hari yang akan dilalui insyaAllah.

Friday, September 10, 2010

Muhasabah Ramadhan

Taqaballahu minnawaminkum...
Selamat Hari Raya Semua...

Eh... Nanti!!!

RINDUKAN RAMADHAN???
Hmmmm...Semoga kita terkesan dengannya
Dan berdoa akan sampai ke tahun hadapan InsyaAllah

Selamat Puasa Sunat Syawal lepas nih...Teruskan momentum Ramadhan InsyaAllah




Muhasabah Ramadhan
Lirik/Artis - Rahman Dashuki
Lagu - John Peng

Selamat tinggal,
selamat pergi wahai ramadhan,
pantas berlalu,

Berikanlan suburkanlah,
cintaku pada Tuhan yang satu,

Agarku terkesan dengan ramadhan,
mendekatkanku pada Tuhan mencipta aku,
terangilah hati dengan cahaya nur kasihmu,

Jangan biarkan ramadhan pergi,
begitu saja,
tinggalkan kita,

Mungkin ini yang terakhir
kita berjumpa bulan barakah,

Ampunkanlah segala kealpaanku,
lantasku terus mencari keredhaanMu,

Monday, August 30, 2010

Membentuk Kesedaran Kesatuan

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang diberikan kita mampu menghirup udara yang serba aman.Ditambah dengan nikmat ramadhan yang telah diberikan pada ummat nabi Muhammad.Dijanjikan juga pada bulan itu malam serbu bulan iaitu malam lailatul qodar.

Alhamdulillah selesai perjalanan mengerjakan umrah dan ziarah Mekah/Madinah.Terlalu banyak pengajaran yang dapat diambil dan difikirkan.Setiap orang yang pergi mengerjakan umrah dan ziarah pasti akan ada cerita-cerita mereka sendiri.

Perasaan yang susah untuk digambarkan jika kita tidak pernah merasainya.Seakan-akan daerah Al-Haramian itu seperti satu ruh yang mentancap hati-hati setiap manusia yang melangkah ke dalamnya.Satu Ruh yang menarik kembali kita kepada sirah yang cukup agung.

Bagi saya ibadah umrah bukan sekadar ibadah,namun mereka yang memerhati sekeliling mekah itu terdapat cerita-cerita yang menarik untuk kita hadami.Bermulanya Dakwah Rasulullullah sehinggalah pembukaan kota mekah,ada pengajaran yang boleh kita ambil.

Simbolik umat Islam berkumpul pada satu tempat yang sama dengan tujuan yang sama ada simbolik kesatuan.NAMUN...itu secara zahirnya sahaja.Terdapat elemen-elemen penting yang perlu dihadapi betul-betul oleh umat Islam.Simbolik Kesatuan belum menjamin tercantumnya hati-hati umat dikalangan umat Islam ini jika mereka tidak memahami uslub-uslub dalam berukhuwwah.

Setelah lama berfikir,melihat putaran demi putaran tawaf yang begitu ramai umat manusia,saya terlihat bahawa Simboliknya Umrah dan haji ini lebih kepada KESATUAN HATI.Bermaksud,bagaimana perasaan kita terhadap saudara kita yang berlainan bangsa,kulit dan perwatakan,mungkin juga fikrah.

Setinggi-tinggi peringkat ukhuwwah itu adalah 'ithar'(lebihkan rakan kita) dan serendah-rendah ukhuwwah itu adalah berlapang dada.

Sejauh mana pun perbezaan kita dengan saudara kita,namun jika hati-hati ini bersatu atas dasar Ukhuwwah Islamiah maka pasti generasi Muhajirin dan Ansar pasti akan terbina tanpa sebarang perpecahan.

Maka bila hati-hati ini terikat kerana Allah dan Rasulnya,pasti umar ini pasti akan cerita tanpa ada sebarang dendam,perangsangka,fitnah-memfitnah dan sebagainya.

Akhir kata...Ramadhan adalah bulan untuk kita memahami erti persaudaraan dan ukhuwwah itu melalui pembayaran zakat.Hayatilah sebaik-baiknya.Bagi yang mampu untuk membayar ,silakan .

Salam Akhir Ramadhan

Thursday, August 26, 2010

Antologi JUZUK !!!


Kepada peminat-peminat Puisi,bolehlah mendapatkan Antologi Juzuk keluaran GKLN.Mengumpulkan 21 orang penulis Luar negara.
Boleh tempah di sini dengan harga rm15

http://antologigkln2010.blogspot.com/




Juzuk

hari ini
juzuknya sudah lengkap untuk aku membenih
khusyuk cinta Nabi dan Ar-Rasul
tatkala risalah yang tersebar luas
pada bendera yang terpalitnya darah syuhada
tidak dikaburi dengan nafas alpa manusia
-Rahman D

Tuesday, August 24, 2010

Nur Atas Nur

Alhamdulillah kita masih diberikan cahaya iman...
teruskan cahaya tersu menerangi kita

Monday, August 9, 2010

RAMADHAN KAREM...

Selamat Menyambut Ramadhan Kepada Rakan-rakan.Moga-moga ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan sebelum-sebelum ini.Semoga segala kebaikan akan diperolehi.
Jadikan Ramadhan segala bulan tarbiyah untuk kita...

ADAKAH ANDA BERSEDIA?

SyabProduction.


Wednesday, July 21, 2010

A

mintaklah kepada yang maha satu
pasti tenang

Saturday, July 3, 2010

Testing 123

Bismillah
Lagu tak bernama



Percubaan untuk membuat lagu bersama cip...
Ini adalah hasil kasarnya..ada terkucil-kucil sikit
InsyaAllah ada masa akan habiskan lagu ini juga.
Actually lagu ni pasal ibu...tapi lirik akan bertukar jika perlu









Selamat berjuang rakan-rakan tahun 2 medic iskandariah

Rindu sama ahli bait...alip,syahmi azri ,nasrun ammar(tak lah sangat haha)....bila nak makan sama2 lagi yeah...Rabbnayusahhil semua
Wassalam


Wednesday, June 16, 2010

Umi tampar aku.

Assalammualaikum

Semua giat mengulang kaji pelajaran...dan blog-blog pelajar perubatan Iskandariah pun sedang hangat menceritakan bebanan yang dipi
kul oleh kami semua.

Alhamdulillah practical exam tinggal lagi 2 subjek.Ini pun curi-curi masa sikit update blog untuk berkongsikan sesuatu.


"Ditampar Umi"
Heheh... Bukanlah ditampar betul-betul dengan Umi saya namun satu pukulan
'smash' yang tepat hinggap di muka sendiri.

Selepas frust tidak dapat menjawab exam block 2 (Midterm Exam- dah kuar pun resultnya). Balik-balik terus telefon umi (fitrah seorang manusia yang akan kembali meminta semangat dari ibunya).Kali ini nadanya berbeza...Umi tetap ceria dan gelak-
gelak.Hahaha...
Saya terus katakan saya 'down' dan hilang semangat untuk study.Memang hilang abis mood nak study.Namun satu tamparan yang hebat diberikan daripada Umi.

Mudah je mak aku cakap."Betulkan niat balik.Antara nilai sebuah ilmu dan nilai sebuah peperiksaan.Umi bukan hendakkan markah yang tinggi-tinggi dari
aman.Tapi jadilah seorang doktor Muslim yang mampu berusaha untuk mendapatkan ilmu Allah.Aman ada ke bila belajar dalam lecture,kagum dengan ilmu yang Prof ajar?Atau amik note,balik study gila-gila punya...Terpacul dari mulut aman time belajar tuh Subhannallah,Alhamdulillah,Allah Akbar.Itulah tujuan kita pelajari benda-benda itu.Selain kegunaan untuk tolang manusia nanti kita mampu melihat kebesaran Allah di sana."

Saya tersentak.!!! Sejak naik tahun 2 ini,fokus saya agar lari sedikit.Saya mengaku saingan sengit daripada rakan-rakan membuat saya teruja untuk pergi kehadapan mengejar sangat pada kedudukan markah sehingga lupakan sesuatu.Bukan hendak menafikan itu tidak penting (Penting gak sebab Shady selalu kutuk aku "You have to study hard Rahman")...Namun benda yang paling penting telah saya
kebelakangankan.

Umi tanya lagi " Macam mana Solat kamu,Quran kamu,Usrah kamu, Tarbiyah kamu? Check hubungan dengan family? Ada tanya adik-adik pasal sekolah diorang ke? Umi tak nak aman kejar sangat markah tu sampai tanggungjawab sebagai abang dilupakan.Jadilah Abang yang baik kepada adik-adik kamu"


Kali ini sekali lagi terkena.Memang sudah lama tidak berbual dengan adik-adik.Dengan saudara mara.Kadang-kadang saya mengambil remah benda ini.Tapi inilah sumber-sumber semangat yang kita akan perolehi....

Terus senyap dan kembali Muhasabah...
Kembali kepada fokus dan track yang dinginkan.Alhamdulillah kini fokus sedikit sebanyak telah dibetulkan balik.

Ada yang beranggapan Exam ini adalah penting.YA!!! memang penting...kalau tak kena tarik biasiswa.Tapi jangan sehinggakan kita mendahului benda ini keterlaluan.Usaha betul-betul dan tawakal serta berdoa.Dan jangan pulak ambil
sambil lewa.Itu bahaya.
"gambar nih amaraman tangkap...sungguh khusyuk gua study.Inilah teknik OSMOSIS yang gua cakap sebelum ini rakan-rakan...Selamat Mencuba"

Akhirnya dengan tamparan UMI...Saya KEMBALI BERNYAWA...


"Ha tulah orang suruh balik...tak nak balik..."-gelak umi :)


Puan Fauziah Bt. Husain memang seorang Suri Rumah berkebolehan...hahhaha

Selamat rakan-rakan semua InsyaAllah


"Yeah...this is Shady Behry...He said to me " Rahman dont be too lazy...wake up"

RABBANA ATINA FIDDUNYA HASANAH WAFILAKHIRATI HASANAH TAU WAKINA AZABANNAR...


Sekian...

Thursday, June 10, 2010

PERIKSA ITU

Nak berkongsi satu video tentang World Cup 2010
Inilah hasil Junior-junior sekolah saya (Al-Amin Gombak )
Tahniah untuk video nih...
Kredit diberikan kepada Rashid Dashuki (Ronpress),Nafis and Hariz (SultanStudio),Semoga terus komited untuk hasilkan video-video yang memberi manfaat kepada semua....

Wednesday, June 2, 2010

Memahami apa itu 'Skrip Lama'

Alhamdulillah,kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup dalam keadaan tenang dan aman.Sedangkan yang lain masih dibelenggu ketakutan dan kesedihan.
Seperti kita dengar-dengar baru ini,Lifeline4Gaza mencetuskan satu fenomena yang menunjukkan dengan jelas kekejaman Israel.Bagi mereka yang mememahi erti kemanusian,mereka akan mempersoalkan perbuatan Israel.
Bagi kita yang Muslim,bukan hanya hak kemanusiaan yang kita persoalkan namun,hak sebagai saudara SeMuslim kita yang lebih utama.

Post kali ini sekadar ingin berkongsi lirik lagu 'Skrip Lama' yang telah dinukilkan tahun lepas.Lagu ini memang dikhususkan kepada Palastine.Bukan saya dan rakan-rakan lain membuat lagu ini sekadar untuk mencari publisiti,tetapi sebagai satu interaksi kepada pendengar supaya celik bahawa ada cerita lama yang masih berulang hingga kini.Sama-sama ambil pengajaran

Verse 1
Setelah nafsu dan dendam
ditayang di langit dunia
laungan bisu memuntahkan simpati
pada tanah yang gari


Apa yang ingin disampaikan pada rangkap pertama ini adalah merujuk kepada Israel yang telah merampas tanah rakyat Palastine.Kita semua sedar perkara itu.Seluruh dunia mampu memahami perasaan apabila kita dijajah dirampas tanah air kita.
Kita bersimpati dengan mereka.Kita membuat perarakan membantah kekejaman Israel yang menyekat kehidupan rakyat-rakyat palastin kini khususnya di Gaza.

Verse 2
Suntuk bicara bahasa damai
rimas menyeru semangat jadian
lagak Izrail pencabut nyawa
Ayuh bangkit bersama mereka

Ya ,tiada lagi erti untuk kita berdamai dengan Israel.Pelbagai helah mereka cuba untuk memperdayakan kita.Seperti telah disampaikan kita di dalam AL-Quran iaitu kaum yahudi zionis ini tidak akan berpuas hati selagi mana kita tidak mengikut mereka.
Baris kedua,merujuk kepada ada sesetengah pihak yang bersemangat dibuat-buat untuk pembebasan Palastin kerana sesuatu kepentingan pada diri mereka sendiri.
Lagak Izrail(malaikat) merujuk kepada Israel yang merasakan merekalah memegang setiap nyawa rakyat di Palastin.Bom sana sini.Tembak sesuka hati.Melanggar setiap hak-hak kemanusiaan.

Chorus
Hilang kewarasan tidak peduli
dan kejam dilarutkan dalam percikan
darah syuhada
yang meresap menjadi puing bukti
sidang tertinggi

Sememangnya mereka yang tidak mempunyai hati dan perasaan sahaja yang mampu buat begini.Tiada yang lebih utama selain matlamat mereka dapat dicapai.Sanggup membunuh dan menghancurkan tempat-tempat tinggal.Namun mereka tidak peduli semua itu.Nyawa yang banyak yang telah terkorban menjadi syuhada di medan pertempuran.Darah-darah mereka yang telah terkorban ini pasti akan menjadi bukti di depan Allah bahawa mereka telah berjuang demi Allah dan Agamanya.


Hari ini diputarnya skrip lama
kita menonton kaku sayu
tatkala mereka layarkan cerita buntu
tetap begitu.

Hari ini kita melihat perkara itu berulang.Namun kita hanya mampu melihat dan berasa sedih.
Sudah berapa tahun mereka dijajah.Namun tiada perubahan berlaku.Sekelilingnya berjuta-juta umat Islam yang menyaksikan,Pemimpin-pemimpin Islam yang hanya 'bersemangat jadian' namun mereka masih di sana dan tetap begitu.

MAKA SIAPA YANG AKAN MENGUBAH SKRIP LAMA INI?
KITALAH YANG WAJAR MENGUBAHNYA
MULAKAN DENGAN PENGISLAHAN DIRI DAN MEMAHAMI ISLAM
DEKATKAN DIRI DENGAN TARBIYAH
SKRIP BARU PASTI TERTULIS
INSYALLAH



video ini dirakam tahun lepas 2009,demo version...mintak maaf kalau tak berapa clear suaranya.
--masih berambut

Sunday, May 30, 2010

Emak Ingin Naik Haji



Sebuah filem Indonesia yang menarik perhatian saya.Pastikan anda melihatnya.Sebuah filem yang menceritakan kegigihan dan pengharapan seorang ibu yang begitu berhajat untuk pergi ke Rumah Allah (Haji ) namun tidak mempunyai wang untuk ke sana.

Kita yang mempunyai banyak duit nih...asik terfikir untuk pergi jalan tempat-tempat yang menarik sahaja.Namun ada mereka diluar sana dari dahulu lagi hati mereka ingin ke rumah Allah.Muhasabah kembali.Bersyukur...Bersyukur...dan Terus Bersyukur


Tuesday, May 25, 2010

dah Dekat nak exam baru...

Dok..tangguh-tangguh.....akhirnya tertangguh


Saturday, May 22, 2010

Bergerak Dalam Kumpulan

Dalam kesibukan masa sekarang,curi-curi juga untuk menulis. Ada yang bertanyakan saya dalam shoutbox ditepi itu 'Filem dan Mesej'

"DR: Salam.knapa ya tidak ambil dip.perfileman sja di uitm? bnar..mmg bnar..jika tdk kuat, mmg mudah aja terikut sama teman2 yg 'x fham'...ttp ya,ak jd musykil, kalo bkn kita yg msuk dan berada b'sama mrk,bgaimana ya utk m'banyu mrk di luar sana yg sgt 'kasihan'? mrk memerlukan kita,kita yg 'faham'...bgaimana ya? mohon pndangan kamu."

Terima kasih kepada sdr.Dr kerana sudi lawat blog ini dan menanyakan soalan.InsyaAllah,saya akan menjawab mana yang mampu.

Gambaran hidup sekarang memberikan kita yang melihat kepada 2 gambaran yang nyata.Dalam tafsir surah Al-Fatihah,(Fi Zilalil Quran),Syed Qutb membawakan satu pandangan bahawa tassawur dunia kita membahagikan kita kepada kelompok yang memahami Islam dengan jelas dan satu lagi kelompak yang meraba-raba dalam kesamaran dunia.Tidak dapat tidak, tugas sebagai manusia yang mempunyai kesedaran, bertitik tolak daripada mereka-mereka yang berani untuk menegakkan kalimah Allah menerusi 'Dakwah' yang dilakukan.

Dan wasail begitu luas hari ini.Islam bukan datang sekadar teori yang hanya didengari.Tetapi Islam membawa praktikal apa yang kita fahami.Untuk mengajak manusia kepada Allah bukan hanya sekadar ceramah dan kuliyah.Terbuka cabangnya kini untuk kita menyampaikan seruan Allah dengan pelbagai cara.Menerusi sukan kita mampu berdakwah.Begitu juga dalam aspek hiburan dan aktiviti-aktiviti lain.
Kesyumulan Islam jelas terpapar jika kita hayati satu persatu.Kerana itu,Imam Hassan Al-Banna meletakkan Usul pertama di dalam Usul 20 adalah konsep kesyumulan dalam Islam.Jelas menunjukkan Islam bukanlah agama yang jumud.Menolak segala benda secara total.

Jelas kekuatan untuk menyampaikan seruan Allah bukan kerja yang mudah.Tarbiyah yang dilalui oleh Rasululullah cukup memberi kita gambaran bahawa dakwah itu susah.Untuk bergerak dalam arus yang menentang ini, kita perlukan tangan-tangan yang membantu kita.
Memilih mereka yang mempunyai satu matlamat yang sama dengan kita.Gerak kerjanya akan lebih teratur dan segala lompong-lompong yang kosong dapat ditutup.

Saya faham, siapa yang ingin membantu mereka.Itu persoalan yang sering kali bermain.Siapa yang hendak menolong mengubah arus dunia perfileman kini.Banyak kini cerita-cerita yang menunggu senarai untuk memasuki panggung.Dan antaranya cerita-ceritanya sudah sama seperti cerita-cerita Eropah.Tapisan demi tapisan dibuat oleh FINAS untuk mengurangkan adegan-adegan yang kurang elok.Kita akui kini semua itu terjadi KINI.Dunia Bolloywood yang dahulunya hanya dengan tari menari, kisah cinta-cintun, kini terjerumus dengan adegan-adegan panas yang melampau.Adakah Malaysia juga akan begitau satu hari nanti?
Mungkin itulah yang bermain diminda saudara DR kita yang membimbangkan hal ini akan berlaku.Apa yang akan terjadi pada generasi depan.Saya tidak menolak semua kemungkinan itu akan terjadi.

Saya akui bahawa,kekuatan yang saya miliki belum cukup untuk mengubah dunia itu sekarang.Lebih-lebih jika saya terjun ke dunia itu.Mungkin saya tidak mampu bertahan untuk menentang arus yang begitu kuat berseorangan.Saudara boleh mendapatkan gambaran pelajar-pelajar Mescom di dalam filem 'Kuliyah Cinta' arahan Prof Razak Mydin, yang menunjukkan suasana pelajar jurusan perfileman.Kekuatan perlu dibina di dalam kumpulan.Bukan berseorangan.Kerana takut-takut apabila berseorangan,kita akan tewas dan tenggelam di dalam arus.

Saya pernah bertanya kepada senior saya ,juga naqib usrah (Abg Wan Am) semasa sekolah dahulu.Dan kebetulan dia merupakan lepasan Mescom di Uitm(kalau tidak silap saya), dugaan yang dihadapinya cukup memberi gambaran yang dialami sewaktu zamannya.Begitu juga salah seorang guru Bahasa Malayu saya (Ust Shahir),menceritakan perkara yang sama.Dunia yang bukan seperti memetik tangan dan terus berubah kepada yang kita mahu.

Saya berfikir bahawa,jalan ini adalah jalan yang susah untuk terus bergerak di dalamnya.Lebih-lebih lagi saya berseorangan.Tak nafikan ada juga lepasan-lepasan Mescom Uitm yang cuba membawa dakwah dalam hiburan terus thabat dalam jalan ini,contohnya Akmal Mirwana,(semoga terus membawa hiburan Islam),namun secara peribadi yang rasakan tidak termampu saya untuk memikulnya.

Tetapi,adakah perlu untuk saya terus tidak membuat apa-apa.Kini dunia menjadi lebih maju.Alternatif untuk membuat filem atau video terbuka luas.Begitu juga dengan lagu dan musik sendiri.Boleh dibuat tanpa kita mengambil jurusan itu sendiri.Saya turut merasakan ini merupakan alternatif saya diluar penglibatan.Menyediakan hiburan berunsur Islam sebagai satu wadah untuk berinteraksi dengan masyarakat dan menyampaikan sedikit demi sedikit apa yang Tuhan mahukan.Lebih selesa dengan cara begini dan Alhamdulillah ada juga rakan-rakan di sini yang sedia memberi sokongan dan mambantu.Namun kekangan masa menyebabkan tidak banyak untuk membuat kerja-kerja buat masa ini

Maka,secara ringkasnya untuk apa yang dapat saya simpulkan,walaupun kita tidak mampu untuk meneruskan apa-apa matlamat kita melalui cara itu,namun ingatlah pelbagai alternatif lain yang boleh dicari untuk kita sempurnakan apa yang kita inginkan.
Selain itu,kekuatan dalam bentuk team juga harus kita utamakan.Tak ke mana kalau kita terus berseorangan ,takut-takut kita yang hanyut terapung.

Harapnya sdr Dr berpuas hati dengan jawapan saya,InsyaAllah.



"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! / " At-Takasur (8)

Wassalam.