Monday, January 26, 2009

Opps..saya ini siapa?

5 bulan menetap di Mesir.....asap...berasap...asap....

Rindu Malaysia ?
-Tidak la sangat.Rindu itu memang ada,cuma tidak sampai tahap 'homesick'

Rindu kawan-kawan sekolah?
-Memang rindu bangat...-Semoga sihat selalu

Rindu Al-amin?
-Selalu teringatkan sekolah yang manjadi tapak untuk ku mengenali dunia.

Rindu Anak Murid?
-Wah!!! sungguh rindu untuk mengajar budak-budak.Oh!!! saya baru berjumpa dengan bekas anak murid saya di sini.'Nabilah' iaitu anak kepada Ust Ishak (Pegawai Mara di Timur Tengah).Beliau yang tegur saya dahulu dan memberitahu yang anaknya pernah bersekolah di Al-amin Gombak.Subjek yang pernah saya ajak -Sejarah F1,F2(perghh!!! best mengajar depa semua).Tassawur Islami -F1 dan PSI - F4 (entah apa yang diajar pun tak tau la...hahah)

Tengah buat apa sekarang?
-Minggu peperiksaan - Exam mode.Biochemistry practical exam lepas ini.Bak kata Anas Kamarudin -"Ijtihad ,La taksal..".Doa untuk kejayaan saya dan rakan-rakan lain.2 minggu lagi exam written pulak...

Adakah anda jiwang,sebab selalu menulis sajak dan menggunakan ayat-ayat skema dalam penulisan?
-Terpulang orang nak cakap,yang penting "HIDUP MEDIA ISLAM".
-Bahasa melambangkan peribadi.

Kau ni,macam mana aku nak kata,sekejap serius kejap keluar lah lawak kau tu ?
-Perlu bertempat untuk merencana perbuatan kita.Ada tempat kita perlu serius dan ada tempat kita perlu menjadi lebih bersahaja dan terbuka.

Kenapa kau suka memekak man?Suara kau dah la tak sedap.Pastu nyanyi lagu entah apa entah!
-Itu lagu Tuhan dan aku mengalunkan sahaja.

Kau ini macam mana sebenarnya man?Pelik aku tengok perangai kau.
-Aku ini seorang yang aku.

Kenapa kau tulis post macam ni man?Orang bukan nak tahu pasal diri kau la...Orang nak tahu isu yang lebih besar yang perlu kau bawa?

-Isu besar? macam mana itu ? Aku tak paham la...

Isu hati.Aku hati yang biasanya mempersoalkan banyak soalan kepada diri kau.Kalau kau pelihara aku dengan baik.Aku akan persoalkan kemaksiatan yang kau buat.Namun jika kau membiarkan aku hanyut dengan tompok-tompok hitam,dan akhirnya aku akan mempersoalkan kebinasaan bagi mu.

Kerana yang merah itu HATI MU........dan KAU TETAP AKU...

"Dalam badan manusia ada seketul daging,Jika baik daging itu akan baiklah seluruh jasadnya dan jika buruk daging itu,maka buruklah semua jasadnya."

mood=muhasabah

10 comments:

Unknown said...

salam. mantap post ni man. siapa kata suara man tak sedap? siapa kata lagu man entah apa2? ada orang layan jugak tau. cey, aku bukan bodek.

(man makin kurus)

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

Post yang menarik... *salute

eh! ada nama aku rrr.... huhu... agak terharu ... siit je la.. :P...

wah.. de org ckp ko makin kurus man... x sia2 usaha ko slama ni man XD ... k... wishin you all the best... in all you do... dunia wal akhirah...

i know what you mean... hati memang perlu dijaga... we're probably in the same boat right now..

Sakinah Ismail said...

betapa sakit untuk menjaga hati~
kerana semuanya dari hati..

-.rashid.- said...

" eii man da kurus"
" wah kurusnye man"
kalo da kurus sgt
jom la 100m pecut!
hahahahaha

Awau said...

Hatimu tetap merah
itulah keistimewaanmu
bisa sejuk dan tenteram

Pada alunan tuhan
yang hatimu sering lagukan
Juga zikir tuhan
yang atmamu biasa alunkan

salam w.r.b

mas syarep said...

hehe..
mcm2..mcm2..
ni mesti penangan biochem membuatkn ko mengambil mse sebentar utk menukilkan di blog mu ini jap kn?hehe..

man dh kurus ker?mcmane ko tau amirularif??bile ko pegi mesir??ko pegi mesir dlm satu malam jer ker?fuuh!!!

'adz said...

hmm kamu bila lagi..
owh da jumpa sedara kamu..abg fahd razy..kok bunyi indon bila bersajak

Unknown said...

tengok jela gambar tu. nak kena pergi mesir jugak ke nak tengok perubahan fizikal dia? tak kan..

mas syarep said...

amirularif..hehe..mne la tau klo dia edit gambo tu..dia kn terel bab2 edit gambo ni..hehe

-Amin HaR- said...

"PSI - F4 (entah apa yang diajar pun tak tau la...hahah)"

~~~~~~~~~~~~~

menginstinbhatkan hukum!
kah3..