Monday, September 28, 2009

Tolong Aku

Lagu : Daud
Lirik : Rahman D

Untuk Keluarga,saudara mara,Sahabat,Guru-guru dan semua,Kembalilah pada Allah dan Islam yang sebenar.Aku tak mampu untuk tegur secara lisan hanya mampu meluahkan ke dalam lagu ini.Fitrah kita adalah untuk Allah dan Rasulnya.Kembalilah pada-Nya


Tuesday, September 15, 2009

Apabila Dia Berbicara 2

sambungan...

Jemah terkedu sebentar mendengar soalan daripada lelaki misteri itu.Lantas untuk menenang dirinya,Jemah cuba bertanyakan soalan kepada lelaki itu.

"Nama awak siapa,umur berapa dan tinggal di mana?"Jemah agak cemas namun cuba disimpannya dalam-dalam.

"Saya ust,Syed bin Dolah.Umur 29 tahun.Saya tinggal dengan mak cik saya.Mak saya orang Cina.Ayah saya orang Melayu.Mak saya dipenjarakan semasa saya kecil.Dia mati dalam penjara.Ayah saya dipenjarakan,mati di tali gantung.Saya baru keluar penjara Ust.Saya tak rogol Ust.Tapi saya mengaku yang saya bunuh dia."Padangannya masih meliar ke kiri dan kanan.Seolah-olah sedang mencari sesuatu.

Jemah mula menggelabah.Berhadapan dengan seorang pesalah yang rata-ratanya masyarakat akan memandang hina padanya.Walaupun Jemah bukanlah Ust,dia hanya seorang pelajar perubatan yang balik bercuti untuk sementara waktu,namun Jemah terus melayan lelaki itu atas dasar simpati dan mahu memberi sedikit bantuan jika mampu.

"Saya dipenjarakan semasa umur saya 18 tahun.Saya pernah masuk hospital gila.Tapi saya tak gila Ust.Emak saya orang cina.Dia melarang saya beribadat pada tuhan.Dia suruh saya sembahyang di Tokong.Mak cik saya Cina juga tetapi dia Islam."Lelaki misteri tu menyambung sejarah hidunya tanpa rasa segan dan silu.Mungkin sebelum ini,tiada orang yang sanggup mendengar ceritanya ini.

Jemah pula bertanyakan di mana lelaki itu menetap.Lantas lelaki itu menjawab bahawa dia tinggal bersama mak ciknya di sekitar kawasan masjid sini.Jemah seboleh-boleh ingin tahu permasalahan yang dihadapi olehnya.Terus diajukan soalan.

"Awak bila keluar penjara?"

"Saya keluar penjara tahun 90-an.Saya dilepaskan atas jaminan membunuh tanpa niat.Memang saya bunuh tanpa niat Ust.Hari itu,selepas saya beribadat,jiran saya bawa parang nak bunuh saya,saya cuma mempertahankan diri Ust.Dia tak suka saya masuk Islam.Saya...Saya...Bunuh dia Ust."

Jemah agak terkesan mendengar cerita lelaki yang bernama Syed itu.Satu perjalanan hidup yang penuh penderitaan yang terpaksa dihadapi olehnya.

"Macam mana saya boleh bantu awak?"Jemah seakan-akan ingin langsung bertanyakan pertolongan yang mungkin boleh diberikan olehnya.

"Macam mana hendak menerima taubat Tuhan Ust?Macam mana kalau saya tidak mahu dizalimi?Macam mana kalau saya nak membuat silaturrahim dengan mak cik saya,boleh ke saya nak beraya dengan mereka."Panjang betul soalannya.Jemah pula agak teruja namun dikawalnya dalam-dalam.

"Awak takut dekat siapa sekarang."Jemah memberanikan diri untuk membongkar kisah hidup lelaki itu.

"Dia pernah megerodok perut saya Ust.Saya tahu orang itu nak kena rogol tapi bukan saya yang rogol."

Jemah seterusnya memberikan sedikit nasihat bahawa tuhan itu adalah segalanya.Sejauh mana manusia membenci kita dan tidak menerima kita,namun kalau betul-betul kita bertaubat kepada Allah,mungkin kita akan menjadi lebih baik dariapada orang lain di sisi Allah.Lelaki itu terangguk-angguk.Raut wajahnya seakan betul-betul insaf dan ingin pulang ke jalan tuhan.

Di balik belakang saya,kelihatan Komot memanggil Jemah untuk pulang.Komot sahabat kepada Jemah yang selalunya selepas tadarus akan menghantarnya pulang ke rumah.Jemah pun terus mengakhiri perbualan dengan menghulurkan duit yang masih tinggal dalam poket seluarnya untuk diberikan kepada lelaki itu.

"Saya tak perlukan duit Ust."Lelaki itu pantas menolak.
"Tak apa,ini buatlah belanja-belanja."Jemah tersenyum.

Selesai itu Jemah bersalaman dan menepuk-nepuk belakangnya.Lalu meninggalkan tempat tadi.Selangkah demi selangah berjalan.Aku disentak dengan suara sorang tua daripada belakang.

"Berapa kau bagi duit dekat dia."Seorang pak cik yang berbadan kurus,bercermin mata dan juga kelihatan serius memandang muka Jemah.

"Adalah sikit-sikit pak cik."Jemah menjawab spontan sambil menguntumkan senyuman.

"Kau janganlah layan budak tu,dia tak betul sikit.Ayah dia pun tak betul juga.Dia tinggal nun dekat sana.Dekat-dekat sini juga.Lama dah pak cik tak nampak dia datang masjid.Dulu selalu je ada datang-datang masjid sini."

Jemah cuba mentafsir satu persatu.Namun Jemah hanya mengiakan sahaja tanpa banyak soal.
Maka Jemah pergi ke kereta Komot yang berjenama Myvi itu dan kelihatan Komot sedang menunggunya dalam kereta.

Tiba-tiba Komot pula bersuara.

"Kenapa kau layan budak tu Jemah?Dia tak betul sikit." Komot bertanyakan dengan Jemah dengan nada yang agak menyindir.

"Macam mana kau tahu dia tak betul Komot."Jemah ingin memastikan segalanya itu adalah tidak benar.

"Jemah dia tu jiran aku,Ayahnya tidak betul sikit.Adik dia pun tak betul juga.Sekarang dia tinggal dengan mak dia di rumah.Mak dia baik-baik sahaja.Ayah dia dahulu pernah dipenjarakan sebab mencuri.Dia ini memang kreatif bercerita.Pernah juga masuk hospital orang gila.Dia ini kawan kepada abang aku yang sulung Jemah.Sekolah yang sama dekat sini.Dia dahulunya baik juga seperti orang lain.Namun lepas dia kemalangan jalan raya selepas habis SPM kepalanya mengalami satu hentakan dan akhirnya dia jadi tidak siuman.Abang aku cakap dia zaman persekolahannya dahulu dia 'power' Add Math tau."Komot tersenyum pandang Jemah.

"Tapi tadi pandai pula dia baca Al-Quran."Jemah tersenyum dan dia sedar bahawa apa yang diperdengarkan tadi hanyalah fantasi seorang pesakit jiwa dan mental.

Namun,di mana fantasi itu muncul.Apa yang telah mempengaruhi fikirannya.Seolah-olah satu susunan cerita yang amat kemas dan cantik.Logik akal dan sesuai dengan realiti sekarang.
Jemah terus berfikir.Mungkin setiap apa yang diperkataan orang lelaki yang bernama Syed bin Dolah itu ada kebenarannya dan ada juga sedikit ibrah yang boleh dikaji dan dihayati.

Jemah...Jemah...Jemah...

Ingatlah dengan hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang (Ar-Ra'd :28)

Renungkanlah nikmat kesihatan dan kelapangan yang Allah berikan.

Sunday, September 13, 2009

Apabila Dia Berbicara

Rutin harian Ramadhan seperti biasa.Malam ini,malam yang ke-24.Jemah bersiap-siap untuk ke masjid.Anak-anak buah tadarusnya pasti setia menunggu di sana.Budak-budak yang perlukan bimbingan haruslah diutamakan.Jemah seperti biasa mengambil Al-Quran kecilnya lantas melangkah ke masjid kira-kira 5 minit daripada rumahnya.Sememangnya andaian Jemah tepat, semua anak buah tadarusnya sedang duduk bersila sambil menuggu kedatangannya.

"Hari ini abang nak habiskan awal."Perkataanya yang pertama terungkap daripada mulut Jemah bila bersua dengan mereka.Kelihatan budak-budak itu gembira sungguh.Maklumlah kalau sebelum ini hampir satu jam mereka duduk bertadarus.Hari ini Jemah mempunyai urusan lain menyebabkan dia perlu pulang awal.

Bacaan terus dinyaringkan.Satu persatu diperdengarkan kalimah-kalimah Tuhan.Setelah selesai satu pusingan.Seperti biasa Jemah akan memberikan sedikit tazkirah ringkas mengenai apa-apa sahaja yang berkaitan.Tiba-tiba mereka semua tersentak dengan kehadian seorang yang amat asing bagi mereka.Lelaki yang bertubuh agak sasa,tinggi orangnya.Kepalanya pula botak berambut nipis.Janggut dan misai juga agak lebat.
Jemah terus mentuturkan percakapannya.

"Ust,macam mana kita nak tahu malam lailatulqadar?"Tiba-tiba orang yang asing tadi berbicara.Jemah terkejut seketika namun dijawabnya juga soalan itu.Maka selepas sesi tazkirah,Jemah mengambil keputusan untuk menutup majlis itu.Akhirnya semua bersurai kecuali Jemah dan lelaki asing itu tadi.Dia memandang tepat muka Jemah.Lantas dia mengesot perlahan-lahan menghadap Jemah.

"Ust,macam mana kalau tak nak terima azab Allah."Matanya meliar melihat kiri dan kanan.Percakapan dikeluarkan satu persatu.Mukanya serius dan masam.Jemah menjawab juga soalan itu.Pada perkiraan awal selepas selesai menjawab soalan itu bolehlah Jemah pulang namun meluru pula soalan kedua.

"Ust,saya dah buat dosa.Saya dah bunuh orang!Saya tak rogol dia.Itu fitnah kepada saya.Tapi saya mengaku saya bunuh dia.Bukan saya,bukan saya"....................

Tuesday, September 8, 2009

Panjat Ke Langit

Sudah menjengah ke 10 malam terakhir esok,20 hari yang berlalu perlu muhasabah kembali sejauh mana peningkatan kita kepada Allah.Masih belum cukup untuk berpuas hati kerana rasa beribadah kepada sang pencipta tidak akan puas bagi mereka yang merasa nikmatnya

10 malam terakhir aku terus panjat mencari.

Saturday, September 5, 2009

Kembali

Salammualaikum,terasa blog lama menarik balik aura untuk menulis di sini.Tidak mengapa,tulis di sini dan tulis di sana juga.Tiada masalah sebenarnya.

Alhamdulillah ramadan telah berlalu suku yang pertama,maka marilah kita belek-belek sikit amalan yang telah kita kerjakan.Adakah sudah dapat dipertingkatkan amalan-amalan kita?Adakah komunikasi kita dengan tuhan sudah semakin akrab?Kita tanyalah kembali diri kita.InsyaAllah sama-sama kita pertingkatkannya.

Alhamdulillah juga sudah sebulan menghirup udara di negara sendiri.Rata-rata hajat yang di hati sudah termakbul.Cuma dua tiga perkara saja lagi yang masih belum tercapai di sini.Apa-apa pun syukur menikmati negara sendiri yang aman damai dapat solat dan macam-macam lagi.Masa ini juga kita tengok Indonesia berpuasa dalam keadaan ketakutan kerana gempa bumi yang dialami mereka.Syukur lagi sekali

Alhamdulillah juga result sudah keluar.Dapat naik tahun dengan selamat.Tahniah kepada rakan-rakan yang cemerlang belaka.Kepada yang tidak bernasib baik,ucapan tahniah juga sebab berani berperang dengan satu tempoh yang amat ketat sekali.Kita sendiri maklum University Alexandria yang letakkan satu tahap gred yang tinggi, kalau nak lulus markah mestilah lebih daripada 60%. A+ pula perlu 95% ke atas dan A- 95%-90& dan seterusnya.Berpeluh jugakan.Dengan 7 subjek yang perlu dipelajari.Tapi masih jauh perjalanan.
Semoga rakan-rakan yang lain,selamat maju jaya dan tiada apa yang dapat dibantu kecuali doa sahaja yang mampu disampaikan kepada semua.:)

Anatomy - B-
Physiology - A-
Biochemistry - B
Pathology - B
Histology - B
Pharmacology - B+
Microbiology C+
(tp dengar citer result baru akan dikeluarkan lain selepas ini sebab ada masalah dari segi penyusunan,harap-harap akan berubah kepada yang lebih baiklah insyaallah)

Microbiology,pelajaran mengenai ilmu Allah yang halus.Kehidupan yang kecil.Terlalu complex.Bacteria dan virus.Lepas ini kena pupuk semangatlah untuk pelajaran Microb ini insyaAllah.

Untuk akhirnya,sudah lama ingin menggunakan karya Fahd Razy untuk dilagukan.Maka saya ambil Sajak 'Demam' daripada Fahd Razy untuk diadaptasi ke dalam sebuah lagu.
Rekod secara kasar,dan sound tidak begitu jelas dan berketar.Cuma bolehlah hayati liriknya yang cukup enak untuk didengar.Suara yang terkucil itu abaikan sahaja.Boleh-bolehlah komen ya untuk penambah baikan.Terima Kasih kepada Fahd Razy sebab membenarkan saya guna sajaknya.


Demam

Dalam periwayatan hadis

kejarlah lima sebelum lima

hidup sebelum maut menjemput,

lapang sebelum sempit menghimpit,

muda sebelum tua bersua,

kaya sebelum papa menyapa,

sihat sebelum sakit menggigit.


Oh Rabb, dan kini aku terkedang lumpuh

dalam pembaringan yang serba rusuh

namun, haruskah aku mengeluh

kerana nanti sesudah sembuh

adakah untuk kembali menjadi abdi yang angkuh?

12 Mac 2004

Banting, Selangor

(Berita Minggu, 9 Mei 2004)