Tuesday, February 23, 2010

Hebat !!!

Berkemas-kemas untuk berangkat ke Lapangan Terbang Cairo.Saya dan Mad Hasbullah berdua sahaja dari Alex.Anas dan Zaid sudah berada di Cairo sejak semalam lagi.Mengambil bas daripada Mauaf Gadid (Perhentian Bas) terus ke Airport.

Sampai di sana,Anas dan Zaid masih belum kelihatan.Jadual penerbangan kira-kira pukul 5.00 petang.Kami tiba dan berkumpul di sana dalam pukul 3.30 petang.Semuanya berjalan lancar setakat ini.
(Zaid ketua jaulah)


Belajar Erti AidilAdha

Tiba-tiba Anas menyapa. "Eh ! ana nak charge dulu phone ana jap." Kami yang lain hanya mengiakan sahaja.Semuanya masih bersembang-sembang dan belum check in lagi.Lagipun tidak terdengar panggilan terakhir ke AMMAN dariapada operator.

Zaid menegur kami semua " Ingat semua jaulah ni,bukan saja-saja berjalan.Kaut semua ibrah yang ada.Tugas yang ana bagi dah buat belum?" Tanya Zaid kepada semua.Mad dan Anas tersenyum.Memang mereka buat
Homework.Saya??? Waduh terlupa nak kaji sejarah Beirut ,Lubnan.(Plan asal akan ke Lubnan sekali).

Kami terus check in selepas itu.Sesampai di kauter.
"Sorry..the gate is closed" Mengucap panjang kami semua!!! Semua masih terpinga-pinga.Namun masih berusaha untuk masuk juga.Kena masuk 2 jam awal !!!.
Tiada jalan lain selain terpaksa menukar tiket.Kami cuba mintak flight pada hari yang sama,kerana tidak mahu menyusahkan orang Jordan yang akan menjemput kami di Amman.
Namun takdir Allah lebih utama.

BERHARI RAYA DI AIRPORT.

"Anas,apa dosa kita ye?" Tanya saya dengan penuh penyesalan.Tiba-tiba Mad Hasbullah menyampuk.
"Tu la banyak gelak sangat tadi.Kita muhasabah balik ye" Mad cuba menenangkan semua.Sementara kami menunggu Zaid menguruskan penukaran tiket.
Betul -betul menduga perjalanan kami.Allah mengajar erti kesabaran yang mendalam pada malam hari raya Adiladha ketika itu.Terpaksa berkorban duit,masa dan juga perasaan.
Kami sama-sama amik pengajaran.Taubat lepas nih biar masuk 10 jam awal pun tak pe...(Anas lain kali charge handphone tengok masa gak hehhe...)

Kami Iktikaf di masjid airport malam itu.Tidur di sana.


(Anas dan Zaid membantai burgerking setelah frust tertinggal flight hehe)

"Kita nak makan apa malam ni?" Tanya Anas yang agak kelaparan.
"BurgerKing je lah...itu je ada dalam Airport nih" Jawab saya diikuti dengan gelak ketawa sesama kami.Walaupun tertinggal flight,tapi perjalanan kali ini tercipta dengan permulaan yang menarik.Baca sampai cerita terakhir.Banyak lagi benda-benda pelik berlaku

Kami pun menghabiskan masa malam itu di masjid dan menghabiskan wajibat jaulah masing-masing.Quran,baca buku fikrah dan analisis sirah antara wajibat yang kami gariskan.Agar perjalanan tidak membazir dengan benda-benda yang tak sepatutnya.



ESOK PAGINYA...
Qiam...Subuh...Takbir (sayu ooo,kalau tak dah sampai URDUN dah boleh bertakbir dengan student sana dah).

(Perancangan untuk merahsiakan terlepasnya kami flight..TAPI terkantoi dengan Che dengan Ihsan yang kebetulan hendak ke Ireland ...kantoii!!! hahah)

Akhirnya! Alhamdulillah.Berlepas juga kami ke bumi Jordan.

Sampai di Airport Amman.Kami disambut oleh Marwan, pelajar tahun 5 Perubatan Jordan.Itu pertemuan pertama saya dengan Marwan.Kami terus turun ke selatan Jordan, ke Aqoba.Kereta telah disewakan dan drivernya adalah MARWAN.(Syukran Marwan,hahah kami tido je dalam kete).Dapat tengok bumi Urdun.Suhu di Amman agak sejuk berbanding Mesir.Berasap gaklah mulut.

(Airport Amman,Jordan)

(kereta sewa jordan)

Kami sempat juga singgah ke 'Kerak Castle'.Keistimewaan istana ini ialah terletak atas bukit.Sangat tinggi.Namun masih menjadi tanda tanya,bagaimana Salahudddin Al-Ayubi dan tenteranya dapat menawan istana tersebut daripada tentera Solib.Memang ajaib jiwa-jiwa pejuang Islam pada masa itu.Kagum betul.Memang tinggi teramat.

(Di atas Buku Kerak Castle,driver kami Marwan kanan sekali)

(Pintu masuk Kerak Castle)


(Di puncak Istana Kerak,Jordan)

Sampai di Aqoba malam.Memang jauh dan memenatkan.Kami terus cari Motel untuk penginapan.Dan juga mencari makan malam.
Aqoba terkenal dengan pantainya.Dan seberang pantai akan ternampaklah negara haram Israel.Amat Jelas.Selepas solat isya,Marwan dan Zaid balik ke Motel.
Saya,Anas dengan Mad jadi kutu malam.Merayau sekitar bandar Aqoba,tepi pantainya dan melihat,menilai kehidupan orang Jordan.Bandar di sana agak terancang.Ada Mall,Hotel dan jalan yang terurus.Sedap mata memandang.


(Tempat berehat malam itu,motel aqoba)

(Berjalan-jalan menjadi kutu malam )

Lewat juga kami pulang.Akhirnya lena juga di atas katil.Esok perjalanan masih jauh.Akan ke Wadi ROM dan naik semula ke Amman dan Irbid.Satu hari perjalanan memang memenatkan.Tapi sejauh mana kita memaksiumkan kepenatan itu supaya berbaloi juga akhirnya.

Sambung Cerita.

2 comments:

makman said...

Lambat.....tertinggal flight....Pentarbiyahhan Allah adalah yg terbaik....

islahmujahidin said...

Nice...

"Berjalanlah bermusafirlah sambil mengambil ibrah...."