Saturday, March 27, 2010

JAUHI HUJAH AKHIRAT.

Hari ini,masyarakat meniti arus kemodenan.Kadang-kadang setiap minit yang kita lalui akan ada teknologi atau benda baru yang muncul.Begitu pantas masa berlalu.Seiring dengan pembangunan itu,kita terus terkabur dengan arus deras yang membawa jiwa-jiwa umat kita sekarang ke satu dunia buatan mereka sendiri.

Rata-rata memperkatakan kerosakkan akhlak remaja dan masyarakat kini.Semua sedar akan masalah itu.Maka akan muncullah pihak tertentu membuat bermacam-macam aktiviti dan program yang akhirnya impaknya kosong.Setiap hari kes-kes jenayah berat akan pasti terpampang di dada-dada akhbar.

Ya!.Persoalannya adakah kita sedar masalah itu merupakan masalah kita juga.Belum tentu antara kalangan kita akan celik dengan perkara yang dianggap enteng ini.Ramai yang merasakan dunia yang kita menetap ini adalah satu dunia yang kekal.Dan selepas kita mati,jasad kita akan terus beralaskan tanah tanpa ada bicara siasat dariapada Tuhan.Ramai yang masih begitu.Keluhan demi keluhan yang kita dengari,namun belum masih terurai permasalahan ini.Hati-hati yang diikat dengan kehidupan semata-mata,tanpa membuang jauh hubungan dengan Allah seterusnya mengenepikan Agama daripada kehidupan seharian.

Kembali kepada Sirah yang Agung.Islam telah membuktikan asas keperibadian muslim sebenar dapat menjamin kejayaan.Islam yang merubah dunia jahiliyyah kepada dunia yang menggegar ROM dan PARSI.Islam yang telah menusuk panah-panah keimanan daripada hasil tarbiyah Rasulullah.

Tiada apa yang diperjuangkan oleh sahabat-sahabar nabi kecuali Syahadah yang mereka bawa.Biarlah mereka dikeji,dihina tetapi tugas yang mereka pikul adalah yang utama.Pada masa itu,seluruh jiwa dan raga mereka pertaruhkan untuk agama.Adakah ini kerja gila?.Mengapa mereka buat begitu.
Jawapannya ialah,mereka mengetahui bahawa dunia ini bukan hakikat yang sebenar.Dunia adalah tempat sementara untuk manusia mengumpul segala bekalan dan bekerja untuk Allah.
Apabila mereka sedar akan perkara itu,kerja-kerja yang telah ditetapkan oleh Allah kepada mereka adalah tujuan hidup mereka.
Apakah tugas mereka itu?
DAKWAH!.

Mereka takut,andai kata pada hari perhintungan nanti,akan ada dikalangan manusia yang menjadikan hujah bahwa mereka tidak menerima Islam atas sebab mereka yang sudah tahu kebenaran telah menyembunyikannya.Lantas para sahabat berasa amat takut,andai kata hujah itu terkena pada mereka.

BAGAIMANA DENGAN KITA?.ADAKAH KITA SUDAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA.Sama-sama fikirkan.

Ketika Khutbah terakhir Rasulullah,Baginda telah membacakan ayat Al-Maidah (3)

ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬ا‌ۚ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ فِى مَخۡمَصَةٍ غَيۡرَ مُتَجَانِفٍ۬ لِّإِثۡمٍ۬‌ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣)
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " (3)

Selepas itu mengalirlah air mata Umar Al-Khotab.Maka orang bertanya mengapakah kau menangis.Umar pun menjawab,
"Tidak akan ada selepas kesempurnaan itu melainkan kekurangan"
Umar tahu bahawa akan perginya seorang manusia yang sayang akan umatnya lebih daripada dirinya sendiri iaitu RASULULLAH.

Para Nabi,Rasulullullah dan Sahabat-sahabatnya telah menjalankan tanggungjawab mereka,bagaimana pula dengan kita?Sampaikanlah kebenaran dengan apa jua cara sekalipun dan ikutlah mana kemampuan yang kita ada.Semoga pada hari akhirat nanti tidak ada hujah yang menyeret kita ke api neraka,Nauzubillah.

Sama-sama bergerak untuk ALLAH.


No comments: