Friday, April 30, 2010

Masih Mencari

Saya hendak kongsikan sebuah puisi yang dinukilkan 2 tahun lepas,dan tersiar di IKIM.FM.Terlupa Dj sapa yang bacakan.Namun ini satu perkongsian untuk semua pembaca dan saya khususkan sajak ini untuk adik-beradik perempuan saya,Kak Iman, Aqila dan Maryam.Jadilah mujahidah yang mampu menggegar dunia seperti mana Siti Khadijah,Sumayyah, dan Aisyah membawa panji Islam.

Sama-samalah kita hindari fitnah dunia yang makin rancak membunuh setiap iman-iman kita.

Kita islahkan diri,perbetulkan amalan agar tiada unsur bidah,semoga apa yang syurga menjadi milik kita insyaAllah.


Pencarian Yang Ternanti.

Tatkala bumi semakin merekah

Pada masa itulah gelisah kian menyerap

Jiwa kudus berserabut dengan sawang

menyoal kebinasaan

bertanya kegilaan

Pokok itu mahu melihat

Matahari masih menunggu

Haiwan terus mencari

Entah mana hilangnya roh Siti Khadijah binti Khuwailid

dan mana perginya semangat Saydatina A’isyah pada jasad lumpuh kini?

Kalian pergi jauh membawa hidup menyimpang

bersama senapang tidak berpeluru lagi

walaupun sebutir…tidak

kadang-kadang sengaja tidak disumbatkan peluru itu

agar dikerumuni jenis makhluk pelahab

engkau yang hendak…

Bersangka tanpa sangsi

memperhambakan diri pada auratmu

mahkota malu itu kau campak ke dalam lumpur

semata-mata inginkan kebebasan mutlak

merempuh dewala syarak tanpa noktah

tanpa berfikir waras

Bicara hati di senja dunia

mentafsir pandangan mata

menterjemah siulan suara

dengan itu aku menyimpul

Akhirnya ini aksara yang hadir

Penantian yang ternanti

sidang makhluk alam kian suram

menjamah isi alam

Rahman D

IKIM.FM

Saturday, April 17, 2010

Ramai Yang Tidak Sedar

Pernah tidak satu ketika anda menjadi hilang arah?
Tidak tahu apa yang harus dibuat.
Kadang-kadang terasa benda yang dilakukan adalah sia-sia

Satu ketika,saya bertanya kepada seseorang,mengapa kita menjadi hilang arah?Sedangkan kita sudah membuat apa yang di suruh oleh Allah dan cuba untuk meninggalkan larangannya.
Lalu sahabat saya ini menjawab.
APA AGENDA KAMU?

Terkejut juga dengan jawapan yang diberikan.Jawapan yang menyoal kembali saya.Apa agenda kita sebenarnya.Hidup yang kita lalui ini,adakah kita telah letakkan agenda-agenda yang kita mahukan.

Sebenarnyakan,secara tidak sedar...kehidupan kita ini adalah bertitik tolak daripada agenda orang lain.Kita disibukkan dengan agenda orang lain sedang kita tidak mempunyai agenda yang datang daripada kefahaman dan keinginan kita sendiri.

Hidup kita dirasakan sempit,tiada masa lapang,tertekan,tension dan sebagainya,kerana kita diasak dengan agenda orang lain.
Cuba kita bayangkan,kalau kita mempunyai agenda kita sendiri,telah disetkan dalam kepala kita dan disematkan dalam hati.Sudah tentu ianya akan menjadi satu azam yang jitu.Masa yang diisi terasa puas,hidup terasa cukup best.

KITA DAN SAHABAT NABI.


Jauh sekali kita dengan sahabat-sahabat Nabi.Sejak kedatangan Islam,tidak ada agenda lain yang mereka sematkan selain menyerbarkan Islam ke merata dunia.Untuk pastikan Manusia yang lahir,biarlah bernamakan ABDUL,MUHAMMAD,AHMAD.Wang dan harta dikorbankan hanyalah untuk Islam.Agenda mereka tidak akan lari walaupun diasak,diugut dan diratah dengan musuh-musuh luar.
Kita mampu membaca sejarah dahulu.Kita sedih melihat pengorbanan mereka.Tapi sedarlah mereka ketika itu gembira dengan hidup mereka.SEBAB APA? MEREKA HIDUP DENGAN AGENDA MEREKA,BUKAN AGENDA ORANG LAIN.Mereka serahkan hidup untuk ALLAH dan RASULNYA.Apabila mereka dipanggil berjihad,mereka pergi.
Tidak ada benda yang diinginkan oleh mereka selain dakwah itu tersebar luar.Supaya kita hari ini dapat Islam itu

Namun kita belek-beleklah hati ini,adakah kita rasa sudah cukup Islam kita.Adakah ISLAM kita merupakan satu pewarisan bukan atas rasa kefahaman dan iman itu sendiri.

Sama-sama kita fikirkan dan renungkan
Sekarang bolehlah tanya diri kita,apakah Agenda kita sendiri.!!!

Thursday, April 15, 2010

Filem VS Mesej

Masa kini Filem dan 'Movie' memang menjadi alat tontonan oleh semua lapisan masyarakat.Termasuk juga kita.Dunia hiburan semakin berkembang pesat.Bila ditanya kepada anak-anak kecil,bukan lagi doktor dan jurutera menjadi cita-cita mereka,namun penyanyi pelakon dan artis menjadi impian yang mereka ingin kecapi.

Saya merupakan penggemar muzik dan filem.Kalaulah medic ini bukan tempat saya sekarang,sudah tentu jurusan MesCom menjadi pilihan saya.Pernah juga saya hampir mengambil bidang diploma perfileman di UITM.Namun setelah dinasihati oleh ramai pihak,saya akur itu pilihan yang sukar bagi saya.Sememangnya saya minat untuk terlibat dalam pembikinan filem atau cerita.

Masih teringat semasa zaman persekolahan dahulu,saya dan rakan-rakan lain di bawah production Kampung Boyz,mula membuat filem-filem pendek menggunakan video cemara JVC yang ada pada masa itu.Teringat juga ketika membuat pembentangan subjek Sejarah F3,group kami membuat filem pendek mengenai Melaka.Sampailah hingga kini sekolah saya kerap kali membuat filem-filem pendek kalau ada apa-apa program di sekolah.Alhamdulillah ada juga perintis.

Hari ini,kita mampu melihat perkembangan seni perfileman di Malaysia makin pesat.KRu.Studio yang makin giat menghasilkan filem berkonsep CGI menunjukkan bahawa industri Filem Malaysia makin maju.

Tetapi,sebagai seorang SAYA.Masih tercari-cari filem dan pengarah yang cuba membawa mesej islamik dalam filem.Mungkin ada,tetapi terlalu sedikit.Walaupun filem-filem pop Islamik daripada Indonesia telah mencetuskan satu fenomena yang luar biasa seperti Filem Ayat-ayat cinta,Ketika cinta bertasbih,dan beberapa buah filem lagi yang saya rasa ada nilai mesej yang sebenar,namun sejauh mana filem tersebut mampu menarik pengarah-pengarah filem di Malaysia untuk mencuba membikin filem-filem begitu.

Hari ini juga Filem-filem yang dihasilkan oleh tangan-tangan pengarah tempatan,lebih cenderung kepada etika-etika yang termaktub dalam filem-filem Hollywood.Cerita-cerita yang kadang-kadang membuatkan penonton ketawa dari awal hingga akhir,namun mesejnya kosong.Kisah cinta yang berlebihan.Pendedahan gejala-gejala sosial tanpa membuat kesimpulan yang tepat di akhir cerita ,semuanya menjadi duri dalam daging kepada pemikiran remaja-remaja kini.Semakin betul apa yang mak saya pernah kata,bukan senang untuk saya berjuang dalam bidang itu sorang-sorang memandangkan medan itu adalah medan yang membunah kalau kita lemah.

Filem-filem yang menimbulkan kekeliruan dalam aspek agama banyak juga dihasilkan.Bermula dengan asas yang tidak kukuh,maka bila diterbitkan filem ini,masyarakat akan menjadi tertanya-tanya adakah benda ini betul-betul ada dalam Islam.Sedangkan itu adalah salah.

Maka sama-sama kita fikirkan,bila kita menonton filem,Apakah filem ini bermesej dan bermakna untuk masyarakat.Dari seawal hingga berakhirnya filem tersebut...

dalam ethics,doktor tak boleh ada 2 kerjaya..hmmm...

Wednesday, April 14, 2010

BLOG TECHNO

????????????????????????????????????? CELAH MANA ENTAH....

Terbitmentarimentariterbit


Terbitmentari,mentariterbit
aktif dan pasif aku bernafas
aku bergerak
aku melihat
aku mendengar
aku merasa
biasan cahaya dari Tuhan.