Tuesday, January 4, 2011

JADI BIASA DAH !

Bulan.Matahari.Langit.Bumi.Laut.Bintang.
Elemen-elemen ini merupakan elemen sumpahan yang digunakan Allah dalam mejadi 'main point' dalam setiap permulaan surah-surah di dalam Al-Quran.Satu keajaiban yang cuba dibawa oleh Sang Pencipta kepada hambanya bahawasa inilah tanda kekuasaan yang dimiliki-Nya.Inilah tujuan penyumpahan tersebut,di sana terselitnya makni-makni yang menyuburkan hati - membuat akal kembali berfikir untuk merasakan kerendahan sebagai seorang hamba abdi yang sungguh jauh kalau nak dikira kekuasaan Allah.

dengan menghayati alam kita dapat mengambarkan
kerendahan dan kehinaan kita di depan Allah


Satu pandangan yang dilontarkan oleh Syd Qutb di dalam 'Fi dzillalilQuran',masyarakat kini apabila melalui ayat-ayat sumpahan ini,seakan-akan kita melalui satu perkara yang BIASA.Kita melihat objek-objek ini,seakan kita merasakan ianya bukannya satu yang istimewa.Matahari yang memancarkan cahaya,bulan yang menerangi gelita.Langit yang tiada pasak.Bumi yang terdampar luas.Semuanya itu tiada lagi rasa keajaiban,tiada rasa kekuasaanNya.Maka inilah satu rentetan kisah hidup seorang manusia pada hari ini yang hilang segala paksi-paksi pengamatan dimana setiap detik setiap langkah kita akan hanyut disisi yang ESA.

Teori yang sama boleh dibandingkan dengan masyarakat pada hari ini.Saya bercakap skop masyarakat di MalaysiaBerbuih mulut untuk kita mempersoalkan satu persatu masalah yang kita sedang hadapi.Cuma secara tidak sedar corak pandangan dan kehidupan kita kini seakan berada dalam satu landasan yang dahulunya bukan landasan ini yang kita ikut.


Penambahan kes buang bayi meningkatkan dari masa
ke semasa,yang lebih menyedihkan rata-ratanya
anak melayu Islam kita sendiri yang lakukannya

Satu contoh yang boleh dihampiri,bagaimana pengamatan kes-kes anak luar nikah,kes pelacur,kes rogol,kes bunuh,kes rompak,kes anak lari rumah mengikut lelaki lain,kes bergaduh.
Ianya menjadi satu topik yang hangat dibualkan pada satu ketika yang dahulu sahaja.Kita memandang serius.Semua orang menjadi runsing.
Lama kelamaan,masyarakat akan merasakan perkara yang terjadi itu adalah BIASA.Seperti,kita membelek halaman surat khabar dari awal muka hingga akhir muka.Bila tiba akhir muka,kesnya sama seperti kes di muka surat hadapan,tengah dan sebagainya, kita akan rasakan ianya biasa.Terlalu biasa.Sehinggakan kita tidak ambil kisah pun sekarang,asalkan diri aku,keluarga aku selamat ,Alhamdulillah.


2 pelajar perempuan sekolah rendah
sudah pandai menghisap rokok.
Bagaimana masa hadapan 2 orang ini?

Apabila masyarakat arab(terutamanya mesir) ditanyakan bahawa mereka yang berpegang-pegang tangan di tepi pantai seperti pasangan suami isteri adakah sudah berkahwin,mereka jawab 'tidak'.Namun alasannya ini perkara biasa.
Akhirnya kita sudah ditarbiyah oleh zaman dan fikiran luar dan budaya luar.

Macam itu juga hakikat alam dan kehidupan,Manusia kena selalu muhasabah kembali diri setiap masa setiap waktu.Perlu selalu bertanyakan apa tujuan hidup dan kemana akhirnya kita.Kita tidak mahu,kita berada di kalangan mereka yang telah dijangkiti virus 'BIASA' ini.Tidak peka dengan keadaan dan akhirnya kita menjadi yang biasa.

saya pernah mendengar satu kuliyah maghrib di masjid yang disampaikan oleh seorang sheikh di sini.Beliau menanyakan kepada makmun,bagaimana kita ingin sentiasa merasakan Allah itu melihat kita dan kita sentiasa takut dan istiqomah dalam ibadah dan amal?.Pantas dia menjawab
"Hayya Naskun Ma'allah" (Mari kita tinggal bersama Allah)-Bermakna hadirkan diri bawaha Allah sentiasa bersama kita.

Dalam buku Muhammad Qutb 'Hal nahnu Muslimun' -satu buku yang memperincikan adakah kita Muslim yang sebenarnya Muslim ataupun 'Ana muslim fi bitoqoh bas'.Buku itu juga memperincikan bagaimana aliran-aliran pemikiran luar yang dirancang rapi oleh golongan anti-Islam ini demi merosakkan Islam.Ianya bukan satu rancangan main-main,bukan agenda satu hari,dua hari-namun ianya satu agenda yang teliti,masuk halus dan perlahan-lahan mengikut zaman dan hasilnya kita boleh lihat kini.

'Maza na'mal' ya Syabab?'

Sekarang bukan masa untuk kita bergaduh atau bertengkar,sekarang masa itu kita bersama-sama mengetuk palu bergerak dalam wadah masing-masing.Melihat masyarakat yang terkapai-kapai mencari rentak.Tiupkan mereka dengan ruh tarbiyah dan dakwah.Bentukkan mereka menjadi seorang peribadi muslim yang unggul, akhirnya mereka-mereka ini akan memahami seperti mana yang telah diterangkan oleh Abdullah Khotib di dalam "Ibadah : Jauharuha wa Afaquha" bahawa Muslim dan Islam itu bukan sekadar pada ibadahnya namun meliputi tasawwur-tawwaur dalam semua aspek ibadah serta bagaimana ibadah itu membawa mereka mengamalkan satu tatacara hidup Islam yang sempurna.

Akhirnya barulah "الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا' akan kita rasai bersama.


"Bangsa ini sebenarnya memerlukan pembangunan jiwa dan pemurnian akhlak. Anak bangsanya perlu dididik agar menghadapi segala rintangan disepanjang jalan serta sedia menanggung segala kesulitan"


Wassalam