Tuesday, December 13, 2011

FILEM KITA ATAU SKRIP MASYARAKAT


FILEM KITA ATAU SKRIP MASYARAKAT
Oleh : A.RAHMAN DASHUKI

Tom kau nih layan cerita orang putih je,cite melayu tak ada ke ?”
“Cerita melayu,hahaha,sorry sikit! Cerita NOOB! Tak faham , dan melalut”
“Abis tu kau tengok cerita orang putih tu tak melalut ke,bajet ‘power’ english je ko ye”
“At least cerita orang putih membuka minda,dapat lihat masa depan sikit”
“ ‘At least ha….kuar dah orang putih ko ye,hehhe."

Apabila bercakap mengenai pasaran filem-filem tempatan yang dihasilkan,ternyata statistik menunjukkan satu peningkatan yang dahsyat dalam industri perfileman di tanah iar kita kini.Tahun 2011 sahaja mencatatkan sebanyak 42 buah filem telah dihasilkan oleh krew-krew produksi tempatan.Angka ini hanya diambil bagi filem yang berdaftar di bawah FINAS ,tidak termasuk filem-filem ‘independent’ yang turut mendapat sambutan hangat daripada kalangan penonton.
Daripada bilangan 42 filem ini,rata-ratanya membawa genre berbentuk seram,komedi,sejarah,aksi dan cinta.Filem-filem berunsur seram ternyata menjadi pilihan hati para pengarah filem kita untuk dijadikan bual bicara untuk masyarakat .Ternyata setakat ini filem keluaran SkopProduction ‘KL gangster’ mendapat anggaran kutipan yang paling tertinggi sepanjang tahun 2011 (11.74 Juta),menewaskan filem terbaik Festival Filem Malaysia 24 (2011) iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.

Begitulah serda sedikit mengenai statistik yang dikeluarkan oleh pihak FINAS setakat tahun 2011.Maka konklusi dan interpritasi yang mampu kita lakukan ialah berbalik kepada 2 elemen yang paling penting iaitu Filem (mesej,jalan cerita,watak) dan juga Masyarakat (Kesan positif dan negatif)


( Filem KL Gangster merupakan filem paling berjaya pada tahun 2011.Merangkul pelbagai anugerah sperti Pengarah Terbaik,Pelakon Pembantu Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.Namun bagaimana pula impak kepada masyarakat yang melihatnya,adakah masalah gangseterism dapat di atasi atau sekadar membuka ruang kepada anak-anak muda mengenali dunia gangster itu sendiri)

Untung atau Merangsang Masyarakat

Zaman yang serba moden kini,semua orang mampu mengakses filem-filem yang dikeluarkan dengan pelbagai cara, secara tidak langsung hasil karya-karya ini dapat di nikmati dengan mudah dan senang.
Namun apa yang harus ditekankan,apakah impak dan kesan karya-karya tersebut kepada masyarakat dan manusia.Di sini berlaku pertembungan yang dahsyat!Antara untung sesebuah produksi filem dijadikan ‘first point of view’ atau daya merangsang masyarakat bila melihat filem tersebut.

Rata-rata filem yang dihasilkan setakat ini,memberikan sedikit kekesalan dan kesedihan kerana akhirnya , habuan dan impak kepada penonton dan masyarakat seakan-akan di anak tirikan berbanding aspek keuntungan filem tersebut.Maksud ‘dianak tirikan’ disini ialah, bagaimana pandangan seorang pengarah filem memikirkan cara yang mampu memberi kesan terbaik daripada keseluruhan hasil karya mereka ke arah memberi satu rangsangkan pemikiran yang positif kepada masayarakat berbanding keuntungan yang mereka ingin cari.Lantas memilih ganre yang klise (typical),ingin cepat siap,tiada ada kajian yang mendalam dan tersempit dalam satu aspek pandangan sahaja merupakan jalan singkat untuk mereka merealisikan impian mereka iaitu melihat filem mereka ditayangkan di pawagam.

Sebagai contoh,lihat sahaja pada tahun 2011,kebanjiran filem-filem seram telah mengaburi mata-mata pengarah untuk terus membuat filem bercorak begitu, hasil kutipan keuntungan yang tinggi yang diperolehi dariapda filem “Jangan Pandang Belakang” (2007).Lantas ramailah yang beralih ke arah filem seram kini.Saya jamin dalam beberapa tahun lagi dalam otak para pengarah ini sudah siap bersedia untuk membuat filem ‘AKSI’ ala-ala lawan-lawan gitu berikutan filem yang bercorak seperti “KL Gangster” yang kini mendapat tempat di hati penonton.Akhirnya keadaan ini menyebabkan filem dihasilkan mengikut arus dalam masyarakat, bukan menukar arus masyarakat tersebut.Hasilnya krew-krew produksi berlawan-lawan membuat filem yang tidak kuat dan mereka hanya memikiran untung semata-mata. Ya memang betul jika dikatakan filem-filem seram turut menyelitkan nilai-nilai murni di dalam cerita tersebut,namun sejauh mana ia memberi impak kepada masyarakat,saya belum boleh jamin.Soalan mudah,bila kamu menonton filem seram apa yang kamu dapat? Apa yang budak-budak dapat? Apa golongan orang tua dapat?.Jika semua golongan ini memberi satu rangsangan yang positif dan baik barulah kita mampu katakana filem seram itu berjaya dan baik Salah satu kesalahan juga yang saya fikirkan pada pengarah-pengarah kita masa kini ialah meletakkan jalan cerita dahulu sebelum menilai apa yang sebenarnya keperluan dalam masyarakat.Bila para pengarah menganalisis apakah isu-isu yang bermain di dalam masyarakat yang menjadi satu keperluan untuk diubah dan dirangsanag supaya menjadi satu ‘environment’ yang positif dan mampu membentuk masyarakat.


( Filem-filem dan drama-drama seram menjadi pilihan para pengarah untuk tahun 2011.Bagimanapula untuk 2012,adakah FINAS akan menghadkan filem-filem bercorak seram dengan memperbanyakkan lagi cerita berunsur sejarah dan sebagainya.Sama-sama kita saksikan )

Mesej dan Roh dan Keraguan

Medan untuk membuat sebuah filem sekarang terbuka luas,pelbagai saluran dan dana mampu diusahakan.Namun sejauh mana seseorang pengarah itu mampu membaca pemikiran masyarakat.Tidak ramai pengarah yang menghasilkan filem setelah menyantuni masyarakat.Kadang-kadang kekeliruan yang mendesak turut melanda para pengarah filem secara tidak sedar.Bagi pengarah yang baru-baru ingin berkecimpung dalam genre filem pop-islamik,ratanya mendapat satu ‘storyline’ yang akhirnya gagal menyerlah islamiknya filem tersebut.Penangan hasil filem ‘Ayat-ayat cinta’ dan “Ketika Cinta Bertasbih’ membuat segelintir pengarah filem di Malaysia terlalu kehadapan untuk membuat filem-filem pop-islamik tanpa membuat kajian yang mendalam dan mendapat nasihat-nasihat daripada orang berkelayak dalam agama.Filem keluar yang pada asal mesejnya ingin membimbing masyarakat akhirnya mengelirukan masyarakat itu sendiri. Saya ingin sentuh sedikit mengenai mesej dan roh.Bagi penggiat filem-filem bercorak pop-islamik,mengapa filem-filem sebegini kurang mendapat sambutan dalam masyarakat kita.Tengok sahaja filem ‘2 alam’ yang kurang mendapat sambutan.Untuk karya-karya sebegini ianya mempunyai satu lagi unsur tambahan iaitu unsur ‘roh’.Roh islamnya!.Dalam pembikinan filem,set krew,pengarah,pelakon semuanya perlukan satu roh yang kuat untuk membawa cerita-cerita sebegini.Islam datang dengan prinsip dan dalam filem juga begitu,mana mungkin di dalam filem seorang watak mampu menjadi ustaz,ustazah dan di luar set menjadi orang lain…Maka roh tida sampai ke hati-hati penonton dan filem tersebut menjadi layu.Maka dengan ini saya sarankan kepada pengarah-pengarah filem yang ingin membuat filem pop-islamik maka kaji betul-betul isu yang ingin digarap dan hidupkan suasana islaminya di set pengambaran,dan sebagainya bukan semata-mata atas skrip sahaja.


(Filem 7 Petala Cinta terbitan Metrowealth hasil arahan pengarah Azhari Zain yang merupakan penulis skrip Filem Duyung.Genre filem Cinta Islamik ini bakal ditayangkan di pawagam pada Mac 2012.Harapnya ia bukan sekadar cerita picisan)

Filem Luar Vs P.Ramlee

Berbalik kepada perbualan atau dialog di atas.Anda rasa,apakah yang menyebakan keadaan ini berlaku? Adakah kurangnya kualiti filem-filem tempatan menyebab ada segelintir kita yang gemar melihat filem-filem holloywood yang katanya lebih menguji minda (Filem Inception),hebat grafiknya (Avatar) atau apa?

Kalau sebab itulah anda katakan filem luar lebih bagus,maka saya bawakan kisah Seniman terkenal kita iaitu Tan.Sri Dr P.Ramlee ini.Filem beliau yang berjodol “Pendekar Bujang Lapok” pernah dinobatkan sebagai Filem Komedi Terbaik Festival Filem Asia ke -6 ,dan pelbagai anugerah antarabangsa yang dikecapi beliau.Filem-Filem beliau tidak akan jemu kalau dilihat berulang kali.Dengan hanya membawa isu kemasyarakatan ianya mampu mengesani penonton.Itu yang saya katakan menyantuni masyarakat sebelum menghasilkan jalan cerita.Filem-filem yang dihasilkan oleh P.Ramlee bukannya satu genre sahaja malahan banyak genre, ada yang komedi,ada yang seram (Sumpahan Orang Minyak) ada yang aksi,namun hasil filem-filem ini terungkai selepas beliau melihat isu apa yang hendak disampaikan setelah beliau betul-betul memahami masyarakat dan ingin mengubah dan merangsang masyarakat ke arah nilai-nilai positif.

Produksi Filem Dan Agenda

Akhir kata,tidak ada manfaat pun jika filem-filem ini teru
s berlambak di pawangan namun tidak memberi kesan maksimum kepada penonton yang melihatnya.Indusrti Filem makin berkembang,minda masyarakat masih belum berkembang .Filem mampu menjadi penyembuh dan mampu juga membunuh.
Maka produksi-produksi filem perlu mengetahui apakah agenda dan matlamat yang mereka inginkan dalam membuat filem atau apa-apa hasil karya mereka.Sebaik-baik agenda itu ialah agenda yang mampu menolong masyarakat kita pada hari ini.Bawakan isu-isu yang mempunyai nilai-nilai yang mempunyai arus yang kuat untuk mengubah cara mereka berfikir,dan cara mereka hidup dalam bentuk yang mudah dan jelas untuk difahami.Akhirnya bila jelas apa yang kita ingin bawakan,secara tidak langsung kualiti dan idea yang dihasilkan akan bercambah dan terus bercambah.

WASALAM

1 comment:

nursabirah azhari said...

salam,
moga satu hari nanti,man pun akan jd pengarah kepda filem2 yg memberi "makna" pada masyarakat :D