Sunday, April 7, 2013

Perjalanan Masih Jauh "Brother"

Sudah berapa kali kita berkata,berapa lama lagi dunia ini akan terus berputar.Hidup sebagai seorang yang bergelar manusia kini bermain dengan pelbagai persoalan.Ada sesetengah daripada kita merasakan hidup hanya untuk memuaskan tuntutan diri dan nafsu dan ada sesetengah lagi tak tahu ke mana hendak pergi lantas membiarkan diri mengikut arus yang melemaskan mereka.
Begitulah putaran kehidupan,pengalaman yang membentuk diri ini kadang-kadang membuatkan saya bersyukur atas kejelasan dalam saya membuat perhitungan dalam setiap keputusan.Corak-corak pengalaman suka,duka,pahit,dan manis menjadikan setiap sudut pandangan saya bertukar menjadi skop yang lebih besar daripada sebelum ini.


PEMBENTUKAN DIRI
 
Seorang muslim dan juga pemuda mempunyai aset yang besar kepada ummah ini.Seseorang pemuda muslim yang jelas agenda dan hala tuju hidupnya akan sentiasa sibuk dalam menggunakan masanya.Tiada apa yang lebih membelenggu diri dan jiwa mereka kecuali sifat semangat yang membuak dalam memimpin ummah ke arah merealisasikan manifesto seorang hamba kepada Rabbnya.


Namun pemuda tersebut perlu melalui proses yang menjernihkan diri dan jiwa mereka.Sisi nilai tambah iaitu, pembentukan diri dengan terperinci akan menghasilkan pemuda yang sebegitu.Jika pemuda-pemuda yang bersemangat ini muncul lantas ianya pasti akan menggetarkan musuh-musuh Islam seperti mana dilakarkan dalam sirah-sirah terdahulu.


KONSISTEN NILAI TAMBAH
Semestinya proses pembentukan diri ini adalah proses yang berperingkat dan berterusan.Ianya tiada silibus atau tarikh tamat tempoh.Perjalanan dan putaran kehidupan sebenarnya merupakan satu nilai konsistensi dalam meningkatkan pembentukan diri dan jiwa kita.Manusialah yang menentukan sama ada diri kita ini inginkan perubahan atau ingin menjadi statik.Jadilah seorang yg konsisten dalam mengisi nilai tambah untuk diri supaya berguna untuk masyarakat dan ummah sekelilingnya.Melalui medium yang pelbagi kita harus kembangkan potensi diri ke arah memartabatkan Islam sebagai agama membawa kerahmatan dan menjadi kuasa rujukan kepada semua ummat manusia.



Wassalam

No comments: