Sunday, September 13, 2009

Apabila Dia Berbicara

Rutin harian Ramadhan seperti biasa.Malam ini,malam yang ke-24.Jemah bersiap-siap untuk ke masjid.Anak-anak buah tadarusnya pasti setia menunggu di sana.Budak-budak yang perlukan bimbingan haruslah diutamakan.Jemah seperti biasa mengambil Al-Quran kecilnya lantas melangkah ke masjid kira-kira 5 minit daripada rumahnya.Sememangnya andaian Jemah tepat, semua anak buah tadarusnya sedang duduk bersila sambil menuggu kedatangannya.

"Hari ini abang nak habiskan awal."Perkataanya yang pertama terungkap daripada mulut Jemah bila bersua dengan mereka.Kelihatan budak-budak itu gembira sungguh.Maklumlah kalau sebelum ini hampir satu jam mereka duduk bertadarus.Hari ini Jemah mempunyai urusan lain menyebabkan dia perlu pulang awal.

Bacaan terus dinyaringkan.Satu persatu diperdengarkan kalimah-kalimah Tuhan.Setelah selesai satu pusingan.Seperti biasa Jemah akan memberikan sedikit tazkirah ringkas mengenai apa-apa sahaja yang berkaitan.Tiba-tiba mereka semua tersentak dengan kehadian seorang yang amat asing bagi mereka.Lelaki yang bertubuh agak sasa,tinggi orangnya.Kepalanya pula botak berambut nipis.Janggut dan misai juga agak lebat.
Jemah terus mentuturkan percakapannya.

"Ust,macam mana kita nak tahu malam lailatulqadar?"Tiba-tiba orang yang asing tadi berbicara.Jemah terkejut seketika namun dijawabnya juga soalan itu.Maka selepas sesi tazkirah,Jemah mengambil keputusan untuk menutup majlis itu.Akhirnya semua bersurai kecuali Jemah dan lelaki asing itu tadi.Dia memandang tepat muka Jemah.Lantas dia mengesot perlahan-lahan menghadap Jemah.

"Ust,macam mana kalau tak nak terima azab Allah."Matanya meliar melihat kiri dan kanan.Percakapan dikeluarkan satu persatu.Mukanya serius dan masam.Jemah menjawab juga soalan itu.Pada perkiraan awal selepas selesai menjawab soalan itu bolehlah Jemah pulang namun meluru pula soalan kedua.

"Ust,saya dah buat dosa.Saya dah bunuh orang!Saya tak rogol dia.Itu fitnah kepada saya.Tapi saya mengaku saya bunuh dia.Bukan saya,bukan saya"....................

Tuesday, September 8, 2009

Panjat Ke Langit

Sudah menjengah ke 10 malam terakhir esok,20 hari yang berlalu perlu muhasabah kembali sejauh mana peningkatan kita kepada Allah.Masih belum cukup untuk berpuas hati kerana rasa beribadah kepada sang pencipta tidak akan puas bagi mereka yang merasa nikmatnya

10 malam terakhir aku terus panjat mencari.

Saturday, September 5, 2009

Kembali

Salammualaikum,terasa blog lama menarik balik aura untuk menulis di sini.Tidak mengapa,tulis di sini dan tulis di sana juga.Tiada masalah sebenarnya.

Alhamdulillah ramadan telah berlalu suku yang pertama,maka marilah kita belek-belek sikit amalan yang telah kita kerjakan.Adakah sudah dapat dipertingkatkan amalan-amalan kita?Adakah komunikasi kita dengan tuhan sudah semakin akrab?Kita tanyalah kembali diri kita.InsyaAllah sama-sama kita pertingkatkannya.

Alhamdulillah juga sudah sebulan menghirup udara di negara sendiri.Rata-rata hajat yang di hati sudah termakbul.Cuma dua tiga perkara saja lagi yang masih belum tercapai di sini.Apa-apa pun syukur menikmati negara sendiri yang aman damai dapat solat dan macam-macam lagi.Masa ini juga kita tengok Indonesia berpuasa dalam keadaan ketakutan kerana gempa bumi yang dialami mereka.Syukur lagi sekali

Alhamdulillah juga result sudah keluar.Dapat naik tahun dengan selamat.Tahniah kepada rakan-rakan yang cemerlang belaka.Kepada yang tidak bernasib baik,ucapan tahniah juga sebab berani berperang dengan satu tempoh yang amat ketat sekali.Kita sendiri maklum University Alexandria yang letakkan satu tahap gred yang tinggi, kalau nak lulus markah mestilah lebih daripada 60%. A+ pula perlu 95% ke atas dan A- 95%-90& dan seterusnya.Berpeluh jugakan.Dengan 7 subjek yang perlu dipelajari.Tapi masih jauh perjalanan.
Semoga rakan-rakan yang lain,selamat maju jaya dan tiada apa yang dapat dibantu kecuali doa sahaja yang mampu disampaikan kepada semua.:)

Anatomy - B-
Physiology - A-
Biochemistry - B
Pathology - B
Histology - B
Pharmacology - B+
Microbiology C+
(tp dengar citer result baru akan dikeluarkan lain selepas ini sebab ada masalah dari segi penyusunan,harap-harap akan berubah kepada yang lebih baiklah insyaallah)

Microbiology,pelajaran mengenai ilmu Allah yang halus.Kehidupan yang kecil.Terlalu complex.Bacteria dan virus.Lepas ini kena pupuk semangatlah untuk pelajaran Microb ini insyaAllah.

Untuk akhirnya,sudah lama ingin menggunakan karya Fahd Razy untuk dilagukan.Maka saya ambil Sajak 'Demam' daripada Fahd Razy untuk diadaptasi ke dalam sebuah lagu.
Rekod secara kasar,dan sound tidak begitu jelas dan berketar.Cuma bolehlah hayati liriknya yang cukup enak untuk didengar.Suara yang terkucil itu abaikan sahaja.Boleh-bolehlah komen ya untuk penambah baikan.Terima Kasih kepada Fahd Razy sebab membenarkan saya guna sajaknya.


Demam

Dalam periwayatan hadis

kejarlah lima sebelum lima

hidup sebelum maut menjemput,

lapang sebelum sempit menghimpit,

muda sebelum tua bersua,

kaya sebelum papa menyapa,

sihat sebelum sakit menggigit.


Oh Rabb, dan kini aku terkedang lumpuh

dalam pembaringan yang serba rusuh

namun, haruskah aku mengeluh

kerana nanti sesudah sembuh

adakah untuk kembali menjadi abdi yang angkuh?

12 Mac 2004

Banting, Selangor

(Berita Minggu, 9 Mei 2004)