Tuesday, December 15, 2009

Langkah Tertangguh v1



Satu langkah tertangguh

Dengan tubuhmu yang rapuh

Tersungkur rebah

Mengajar erti pengorbanan

Dan terus berkorban

Lantas kuterus berlayar

Pelayaran erti hidup

Hanya menjadi ibrah yang tersimpan

Untuk diriku

Hanya diri ini hanya mampu menilai

Sejauh mana harus kita mencari jalan

Yang Memecah ruang kesanggupan

Untuk belajar erti hidup

Dan Berkorban

Lantasku dengan pasti

Melalui jalan ini

dan aku bertanya siapakah aku?

Dimanakah aku?

Padamu…

Lyric by Rahman D

Wednesday, November 25, 2009

MAcam Unta..Mencari Unta

Bukan malas.tapi internet.Bukan internet,saja-saja tidak mahu habiskan masa berjam-jam dihadapan ini.

Apa-apa,pasti perlukan kemajuan dan perubahan.Tidak mahu terus menjadi budak-budak yang tidak mengerti erti hidup ini.Perlu mengislah diri kemudian bersama-sama mengajak orang lain juga.

Rasanya nak qodokkan apa-apa yang terlepas dalam tulisan kali ini.

+Tahniah kepada MARYAM B. DASHUKI untuk keputusan cemerlang UPSRnya ( 4a 1b).Ditambahkan dengan bonus Anugerah Mithaliah 2009.Teruskan kecemerlangan.Dengar cerita hendak jadi doktor juga.(hahah).

+Acid teruskan berjuang dalam SPM.Bendera kena kibarkan sampai terbakar.Lepas ni,hang nak fly mana-mana pun suka hatilah.

+Aqila Happy birthday 20/11 - Jadi matanglah sikit,jangan dok asik layan korea je.

+Kembar 2 orang tu nak kena rotan.Main game banyak sangat,result apa macam ?

+Abah dan Umi- Maaf, lama tak telefon.

+Kakak Iman - Cepat-cepat kawin.

+Aku - SELAMAT.......JORDAN-SYIRIA-LUBNAN

---MENGHIDUPKAN LANGKAH DENGAN PENGHAYATAN ---

Saturday, November 21, 2009

Kubah

Rupa-rupanya kita ini perlukan satu aspek pandangan yang rasional untuk mampu berinteraksi dengan semua.Bila kita makin jauh berjalanan,makin banyak manusia kita jumpa dengan pelbagai jenis makhluk.

Tapi ramai yang masih ribut masih kabut