Sunday, December 27, 2009

Optimis


Kesyukuran aku adalah satu nikmat yang tidak aku pasti hilangkan.Setelah diberikan satu nikmat Iman dan Islam aku berdoa supaya akan terus berjalan di atas 'Jalan Mustaqiim' ini.Sudah lama meninggalkan blog,menaip,memberi sesuatu, nampak seperti aku terlalu sibuk.Dalam kesibukan aku pun,pasti ada orang yang lebih sibuk.Itu pasti!

Dunia ini bukan tempat kita lantang bersuara meminta tuntutan nafsu.Tapi,dunia adalah tempat persinggahan.Ya persinggahan.Ramai yang sudah sedar tidak perlu dihuraikan lagi.Namun ramai yang antara kita masih merasakan bahawa dunia ini akan wujud selamanya.Manakan tidak,kita masih melakukan banyak kejahatan di dunia ini,melayan nafsu buta tuli.Andai kata,esok kita akan ada peperiksaan,barangkali 2,3 minggu sebelum itu kita pasti sudah membelek buku,membuat nota,dan sebagainya.Begitu juga seharusnya kita sentiasa merasakan bahawa esok atau sedetik lagi merupakan hari perhitungan antara kita dengan Allah. Oh!,dahulunya para sahabat nabi,bermula menyebarkan ajaran Allah ( Islam ).Perbezaan ketara kita boleh lihat pada zaman itu,prosesnya lebih ke arah pengislaman disamping peningkatan taqwa bagi mereka yang telah memeluk Islam.Hari ini kita sudah berubah.Manusia yang bergelar muslim adalah karikatur sahaja.Memakai 'tag' sebagai muslim, namun jauh dari nilai-nilai Islam sendiri.

Apa itu Jahil atau jahiliyyah?YA? pasti kita boleh menjawab menurut skema buku sejarah dengan tepat.Bagaimana pula dengan pemahaman kita ya? Kita jahiliyah juga ke kini? Pasti kita jawab tidak.Kenapa? Atas alasan kita tidak lagi jahil,kita suda MAJU,kita sudah pantas berlari hingga boleh memegang awan. Sedarlah jahil itu bertitik tolak pada satu nilai yang kita tidak mampu mengerti hakikat diri yang sebenarnya.Fitrah kita adalah untuk Allah dan pulang juga untuk Allah.

Namun kita MASIH BUTA!!!
Kenapa BUTA walaupun di IC tercatat ISLAM? Ya!!! itulah UMAT BUIH-BUIH namanya.Bertitik tolak daripada kita ibarat manusia celupan yang bersalutkan 'title' ISLAM dan Muslim namun kemana hendak membawa 'title' tersebut.Mungkin sekadar sijil untuk lepas masuk ke Syurga Allah.OH!!!

Pengorbanan yang utama adalah untuk Allah.Dengan kita melakukan suruhannya dan tinggalkan larangannya.
Oleh itu,haruslah kita sedar tentang hakikat diri.Bukan mudah untuk kita hidup pada zaman serba moden ini.Dalam tidak sedar kita dibentak dari atas,bawah, dan setiap penjuru.Adakala kita tewas dengan situasi semasa. Balasan tuhan bukan seperti ibu bapa merotan kita dan seumpanya yang kita boleh rasa,lihat dan tengok.Tapi Allah tutupkan hijab pandangan kita supaya tidak dapat melihat balasan neraka yang begitu pedih.OH!!! baru aku sedar, mungkin sebab ini kita lupa dan leka.Belum nampak balasan tuhan yang dahsyat.Tak boleh gambarkan kiamat yang menggegar.Tidak nampak nikmat syurga lebih baik daripada nikmat nafsu yang mencakar rasa.

Ada orang kata,kalau ada Nabi muhammad pada zaman ini pasti kita tiada masalah dengan masalah iman.WAH!!! hebatnya,boleh bayangkan hingga begitu rupa.Namun satu lontaran balik!!! ANDA MAMPU KE?Tinggalkan nafsu berpacaran,Solat diawal waktu,Qiam tidak pernah tinggal,Quran sentiasa dibibir,berkata-kata baik,menyerahkan diri pada Islam,Infak duit pada jalan Tuhan.Anda MAmpu!!? BONGKAK?


Sesungguhnya,demi matahari,demi bulan dan demi segala ada langit dan bumi,air mata Rasulullah tertetes demi memikirkan umat buih-buih kini.Namun kita jarang menangis untuk memikirkan jasa dan pengorbanan Baginda untuk kita.


Wassalam.

Tuesday, December 15, 2009

Langkah Tertangguh v1



Satu langkah tertangguh

Dengan tubuhmu yang rapuh

Tersungkur rebah

Mengajar erti pengorbanan

Dan terus berkorban

Lantas kuterus berlayar

Pelayaran erti hidup

Hanya menjadi ibrah yang tersimpan

Untuk diriku

Hanya diri ini hanya mampu menilai

Sejauh mana harus kita mencari jalan

Yang Memecah ruang kesanggupan

Untuk belajar erti hidup

Dan Berkorban

Lantasku dengan pasti

Melalui jalan ini

dan aku bertanya siapakah aku?

Dimanakah aku?

Padamu…

Lyric by Rahman D

Wednesday, November 25, 2009

MAcam Unta..Mencari Unta

Bukan malas.tapi internet.Bukan internet,saja-saja tidak mahu habiskan masa berjam-jam dihadapan ini.

Apa-apa,pasti perlukan kemajuan dan perubahan.Tidak mahu terus menjadi budak-budak yang tidak mengerti erti hidup ini.Perlu mengislah diri kemudian bersama-sama mengajak orang lain juga.

Rasanya nak qodokkan apa-apa yang terlepas dalam tulisan kali ini.

+Tahniah kepada MARYAM B. DASHUKI untuk keputusan cemerlang UPSRnya ( 4a 1b).Ditambahkan dengan bonus Anugerah Mithaliah 2009.Teruskan kecemerlangan.Dengar cerita hendak jadi doktor juga.(hahah).

+Acid teruskan berjuang dalam SPM.Bendera kena kibarkan sampai terbakar.Lepas ni,hang nak fly mana-mana pun suka hatilah.

+Aqila Happy birthday 20/11 - Jadi matanglah sikit,jangan dok asik layan korea je.

+Kembar 2 orang tu nak kena rotan.Main game banyak sangat,result apa macam ?

+Abah dan Umi- Maaf, lama tak telefon.

+Kakak Iman - Cepat-cepat kawin.

+Aku - SELAMAT.......JORDAN-SYIRIA-LUBNAN

---MENGHIDUPKAN LANGKAH DENGAN PENGHAYATAN ---