Hasil Pandangan Mata yang Celik,Telinga yang mendengar,Mulut yang berkata-lalu ku lakarkan disini
Thursday, July 31, 2008
BERIKAN KAMI KETABAHAN
JALAN
(Buat ketabahan yang diseru semangatnya)
Hitungan masa dalam bingkai hidup
Menjelma detik girang suka
Juga saat duka nestapa
Yang dihimpun menjadi peta hayat
Supaya kita mampu menghadam betul-betul
lukisan berbeda pada satu kertas yang sama
Bertahun itu dijamah dengan emas mewah
dan kini warnanya semakin luntur menjadi biasa
harganya sudah hilang dan nilai tiada nian.
Bukan itu lintar malapetaka menerpa
Bukan itu ribut bala berganda
Maka itu ialah utusan ujian
Yang menyukat puing-puing iman dan manik-manik taqwa
Setelahnya itu,ditenung mendalam
antara cerah menang atau gelap tewas
ketika musibah menyinggah tanpa undangan
terhidang dua lorong penyelesaian nyata
iaitu lorong kesabaran-kunci tawa mendatang
dan lorong putus harapan- beban berterusan
Singgahan ini pintunya satu juga
namun kamar muhasabah mengheret kembali
tangan yang memegang banyak kunci itu
ke sejadah pengabdian dan sayu zikir tahajud
jika hati dan jiwa dianyam dengan putih taubat dan biru ampun
benih-benih insaf pasti bercambah pada tanah rohani
setelah titisan air mata nasuha mengguyur tenang
RAHMAN D
UKM
Monday, July 21, 2008
Berkongsi Pengalaman
Kesempatan inilah saya boleh serba sedikit berkongsi dan berbual-bual secara terbuka dengan 'junior-junior' saya yang bakal menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.Pelbagai teknik dan pengalaman telah saya kongsi bersama mereka, begitu juga rakan-rakan penceramah yang lain.Saya berharap adik-adik semua mendapat sesuatu yang berguna daripada program tersebut.Masih ada 3 bulan lagi untuk kamu semua (Caliph 14) berusaha dan berjuang.
Tetapi apa yang manarik bagi saya dalam program tersebut ialah kata-kata Kak Fathiyyah iaitu salah seorang penceramah yang hadir,katanya "kebanyakkan rakan-rakannya yang cemerlang semasa peperiksaan SPM dulu ialah mereka yang aktif menggerakkan banyak aktiviti tarbiyah serta mereka-mereka yang kuat hubungannya dengan Allah dan agama Allah itu sendiri."
Sememangnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan bersama adik-adik saya di sekolah,tetapi masa begitu singkat untuk saya memberi semua,sekadar memberikan apa yang termampu sahaja.Pengalaman saya berjuang bersama rakan-rakan semasa peperiksaan SPM tahun lepas sedikit sebanyak dapat dikongsikan bersama mereka.Kalau hendak dikutkan perkiraannya,saya bukanlah pelajar yang menjadi target sekolah dan guru-guru untuk mendapat banyak 'A' dalam SPM,tetapi dengan pertolongan Allah,rakan-rakan,guru-guru dan keluarga saya beroleh kejayaan bersama rakan-rakan yang lain.
Apa-apa pun,untuk berjaya di dalam dunia ini pelbagai cara dan kaedah boleh kita praktikkan,tetapi bagi saya selain daripada usaha yang gigih terdapat elemen-elemen yang lain pada pandangan saya yang selalu dipinggirkan dan diabaikan oleh pelajar-pelajar iaitu menjaga hubungan kita dengan Allah,dan makhluk.Makhluk ini termasuklah manusia,binatang dan alam.InsyaAllah sekiranya kita praktikkannya saya pasti kejayaan akan sentiasa berada dalam genggaman anda semua.
Terima Kasih kepada Tingkatan 5 yang sudi menjemput saya dan yang lain untuk memberikan sedikit perkongsian dengan kamu semua.Terima kasih juga kerana sudi mendengar pengalaman saya yang tidak seberapa ini.
Firman Allah s.w.t : " Maka tuhanmu berfirman :Berdoalah kepadaKU (Allah),Nescaya akanKu (Allah ) perkenankan permintaanmu. "
Penceramah:
Ammar Sahrim - Tamhidi USIM
Rahman D - Medic Mesir
K.Nuruliman - Medic Cairo University,Egypt
K.Wan Fathiyyah - Medic Cairo University,Egypt
K.Huda Mustafa - Medic Cairo University,Egypt
Wassalam
Friday, July 18, 2008
HARI INI SAYA BELAJAR DARIPADA ANDA...
Berapa agaknya usia dunia ini? Bilakah agaknya ianya akan berakhir? Kadang-kadang persoalan begitu selalu bermain di fikiran saya.Namun Malaysia kini rancak dengan permainan politik yang saya kira diikuti oleh semua masyarakat sama ada tua atau muda.Adakah ini satu faedah atau satu bencana?Sama-sama kita fikirkan.
Minggu lepas,penuh dengan pelbagai program antaranya Kursus Biro Tatanegara (BTN).Pengalaman yang saya dapat semasa program ini memang menarik.Semasa program itu berlangsung,saya lebih suka duduk
diam dan memerhati gelagat semua orang termasuklah Jurulatih hingga ke pesertanya.Banyak benda yang boleh saya tafsirkan mengenai perangai manusia dan jiwa-jiwa mereka ini.Apa yang boleh saya katakan untuk program ini ialah sebagai satu cermin yang memberi gambaran diri saya yang sebenar."HARI INI SAYA BELAJAR DARIPADA ANDA".
bagi program ini ialah tempat untuk manusia berfikir dan belajar sesuatu yang baru.Jangan menjadi manusia yang 'takliq buta' sahaja,tidak membuat penilaian dan analisis sebelum berkata-kata.Perlulah kita mendapatkan sumber-sumber dan pandangan daripada semua arah dan berfikir dengan bijak untuk membuat keputusan.
puisi yang berbentuk ketuhanan dan keamanan.Dia merupakan orang yang mula-mula menarik saya dalam bidang penulisan,memberi galakan dan dorongan kepada saya.Masih segar dalam ingatan ketika dia mengajak saya pergi ke Bengkel-bengkel penulisan dan berjumpa dengan mereka-mereka yang hebat dalam bidang penulisan.Terima Kasih juga buku-buku yang telah diberikan kepada saya.





.jpg)
