


Antara aktiviti yang terdapat di dalam program ini ialah sesi ceramah,LDK,dan ujian fizikal serta bertulis.Rumusan yang boleh saya katakan
bagi program ini ialah tempat untuk manusia berfikir dan belajar sesuatu yang baru.Jangan menjadi manusia yang 'takliq buta' sahaja,tidak membuat penilaian dan analisis sebelum berkata-kata.Perlulah kita mendapatkan sumber-sumber dan pandangan daripada semua arah dan berfikir dengan bijak untuk membuat keputusan.

Seterusnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sdr Fahd Razy atas kemunculan Kumpulan Puisi "Menggeledah Nurani".Seorang penulis yang cukup terkenal dengan puisi-
puisi yang berbentuk ketuhanan dan keamanan.Dia merupakan orang yang mula-mula menarik saya dalam bidang penulisan,memberi galakan dan dorongan kepada saya.Masih segar dalam ingatan ketika dia mengajak saya pergi ke Bengkel-bengkel penulisan dan berjumpa dengan mereka-mereka yang hebat dalam bidang penulisan.Terima Kasih juga buku-buku yang telah diberikan kepada saya.

Maka dapatkanlah Kumpulan Puisi Fahd Razy di Pasaran sekarang!!!
Hari ini saya belajar daripada anda semua untuk mengenali diri,kerana itulah kita baru kenal erti manusia itu adalah manusia dan kita ada lebih dan kurangnya.Sama-samalah kita merenung langit di atas sana.Mungkinkah HARI ESOK SAYA AKAN BELAJAR LAGI DARIPADA ANDA wahai sang khalifah.

Wassalam
1 comment:
ha...
btn...menurut gambar2 ni, bolehlah ditafsirkan semangat meraka..
balik ukm jgn lupa bwk satu buku fahd razy tu
Post a Comment