Monday, July 21, 2008

Berkongsi Pengalaman

Sabtu lepas saya mendapat panggilan daripada Ammar Sahrim yang menjemput saya untuk memberi 'talk' kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 di sekolah saya dulu.Sememangnya saya cukup gembira atas pelawaan tersebut.Program bermula pada pukul 2.30 petang hingga pukul 5.00 petang.Selain daripada saya dan Ammar Sahrim terdapat juga kakak-kakak senior saya yang baru pulang daripada Mesir turut serta sebagai penceramah.Mereka semua merupakan pelajar perubatan Cairo University,Egypt.Ammar Sahrim pula sekarang membuat program tamhidi perubatan di USIM.Sememangnya mereka semua cukup hebat,cemerlang dan mempunyai pengalaman yang banyak mengenai teknik-teknik belajar yang baik untuk diberikan kepada pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM nanti.

Kesempatan inilah saya boleh serba sedikit berkongsi dan berbual-bual secara terbuka dengan 'junior-junior' saya yang bakal menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.Pelbagai teknik dan pengalaman telah saya kongsi bersama mereka, begitu juga rakan-rakan penceramah yang lain.Saya berharap adik-adik semua mendapat sesuatu yang berguna daripada program tersebut.Masih ada 3 bulan lagi untuk kamu semua (Caliph 14) berusaha dan berjuang.

Tetapi apa yang manarik bagi saya dalam program tersebut ialah kata-kata Kak Fathiyyah iaitu salah seorang penceramah yang hadir,katanya "kebanyakkan rakan-rakannya yang cemerlang semasa peperiksaan SPM dulu ialah mereka yang aktif menggerakkan banyak aktiviti tarbiyah serta mereka-mereka yang kuat hubungannya dengan Allah dan agama Allah itu sendiri."


Sememangnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan bersama adik-adik saya di sekolah,tetapi masa begitu singkat untuk saya memberi semua,sekadar memberikan apa yang termampu sahaja.

Pengalaman saya berjuang bersama rakan-rakan semasa peperiksaan SPM tahun lepas sedikit sebanyak dapat dikongsikan bersama mereka.Kalau hendak dikutkan perkiraannya,saya bukanlah pelajar yang menjadi target sekolah dan guru-guru untuk mendapat banyak 'A' dalam SPM,tetapi dengan pertolongan Allah,rakan-rakan,guru-guru dan keluarga saya beroleh kejayaan bersama rakan-rakan yang lain.



Apa-apa pun,untuk berjaya di dalam dunia ini pelbagai cara dan kaedah boleh kita praktikkan,tetapi bagi saya selain daripada usaha yang gigih terdapat elemen-elemen yang lain pada pandangan saya yang selalu dipinggirkan dan diabaikan oleh pelajar-pelajar iaitu menjaga hubungan kita dengan Allah,dan makhluk.Makhluk ini termasuklah manusia,binatang dan alam.InsyaAllah sekiranya kita praktikkannya saya pasti kejayaan akan sentiasa berada dalam genggaman anda semua.

Terima Kasih kepada Tingkatan 5 yang sudi menjemput saya dan yang lain untuk memberikan sedikit perkongsian dengan kamu semua.Terima kasih juga kerana sudi mendengar pengalaman saya yang tidak seberapa ini.

Firman Allah s.w.t : " Maka tuhanmu berfirman :Berdoalah kepadaKU (Allah),Nescaya akanKu (Allah ) perkenankan permintaanmu. "




Penceramah:
Ammar Sahrim - Tamhidi USIM
Rahman D - Medic Mesir
K.Nuruliman - Medic Cairo University,Egypt
K.Wan Fathiyyah - Medic Cairo University,Egypt
K.Huda Mustafa - Medic Cairo University,Egypt


Wassalam

1 comment:

'adz said...

wah..mnarik ni,
tahniah,teruskan usaha murni bgini
dulu anda blajar drpd al-amin
kini kembalikan kpd adik2 pula