Friday, August 22, 2008

Kita Dan Mereka?

Lewat malam semalam agak pulang lewat ke bilik daripada bangunan 'cafe' di kolej untuk 'online' sebentar.Jam hampir menunjukkan pukul 12.30 malam.Agak lewat namun malam itu mata saya telah menyaksikan perbezaan antara kita dan mereka.Apabila turun ke bawah 'cafe' kolej, saya perhatikan mahasiswa-mahasiswi 'cina' masih giat menelaah,menyelak buku walaupun lampu di situ sudah gelap.Pada mulanya saya agak teruja dan tidak habis memuji-muji mereka dalam hati.Selepas itu, nun di sudut sana terkilas pandang 2 pasangan mahasiswa lelaki dan perempuan 'berdua-duaan' sambil bergelak ketawa membuat saya tunduk malu.Bukan mereka yang melihat atau menelaah buku tetapi buku melihat perbuatan mereka.Oh!!!.. 'Orang Islam'...'Melayu'...Begitu terdetiknya perasaan dalam hati ini.


Saya terus berjalan menuju ke bilik.Hanya berdoa agar tuhan ampuni dosa mereka dan membenci perbuatan itu .Terus berjalan seketika saya memandang langit.


Tarikh 21 Ogos membuatkan saya sebak.Peristiwa yang tidak semua tahu dan ingat mengenai isu sahabat-sahabat kita di Palestin sana.Pembakaran di sebelah timur masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 oleh seorang bangsa Australia "Rohan".Terkenang pada sahabat di sana yang terus berjuang darah untuk memboloskan diri daripada cengkaman Zionis.Sekali lagi saya berbisik di dalam hati, kita dan mereka.....cukup berbeza.Mereka lebih hebat daripada kita.
Lalu tundukku memandang diri yang longlai di jalanan.
Kita dan Mereka tidak sama....Jangan angkuh untuk berbangga diri depan manusia kerana hasilnya kita ketahui kelak.


Landasan Impian Nyata II
(Buat bumi Al-aqsa aku berbicara)
Pengembaraan musafir derita di bumi Al-Aqsa
melakarkan tinta pudar
pada kertas hati.
Tulisannya sarat kesengsaraan tenat
ceritanya terbias wajah ketakutan dahsyat.
Ruang damai sudah dikoyak
daripada kamus hayat mereka
hanya tinggal harapan tidak bernoktah.
Suatu hari
pasti warna damai kembali bersinar

Rahman D
(Antologi Sajak Bahasa Bumi)

No comments: