Sunday, August 17, 2008

LALUAN ITU AKU TEMPUHI

Assalammualaikum buat pembaca blog ini.Terlalu sepi blog ini tanpa ada 'post' yang baru.Walaubagaimana pun,hari ini saya mempunyai kesempatan untuk mencoretkan sedikit cerita .Alhamdulillah nampaknya sekarang rakan adik-adik di sekolah saya dulu sudah bermula untuk 'berblog'.Harapan saya agar gunakan wadah ini sebaik mungkin untuk kita sebarkan sesuatu yang bermanafaat kepada masyarakat yang masih tidur berbantalkan kejahilan.


Sabda Rasullallah SAW : "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat."

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan dan selepas itu program persediaan akan tamat.Buat masa ini tarikh berlepas ke Mesir belum sah lagi walaupun begitu,saya menjangkakan tarikh berangkatnya saya ke Mesir pertengahan bulan 9 insyaAllah.Kadang-kadang saya tidak terfikir saya akan memilih laluan untuk menjadi seorang doktor ini.Ketika tingkatan 5 saya sudah berkira-kira untuk menjadi seorang pengarah filem.Bidang yang dikatakan tiada masa hadapan dan sesiapa yang ada di dalamnya sudah pasti akan terjerumus kepada benda-benda yang tidak baik.Namun saya memikirkannya pada ketika itu adalah untuk memartabatkan Islam melalui perfileman.Namun haluan saya berubah selepas itu.Saya merasakan jalan saya sekarang adalah jalan yang terbaik Allah berikan kepada saya.Tetapi cita-cita untuk menjadi pengarah filem juga akan saya genggam dan ianya akan direalisasikan pada hari depan kelak insyaAllah.
Baiklah mungkin sampai di sini dahulu,insyaAllah saya akan menghantarkan post yang menarik kelak.Ingatlah pesan Allah dalam kitabnya supaya menjadi pedoman hidup kita.Lakukan perintah dan sunnah Rasulallah supaya terhindar kita dari kejahilan dunia.



Wassalam

3 comments:

almuna said...

mungkin 10, 15 tahun lagi (waktu tu cikgu dah tua, kalau pun masih hidup)cikgu dapat tonton filem menarik bertajuk '.............' Arahan Dr Abd Rahman Dasuki...he he

Rahman D said...

heheh..terima kasih cikgu..harap2 dimakbulkan dan dipermudahkan oleh Allah...HIDUP FILEM ISLAM

Anonymous said...

rasanya watak2 dalam filem tu nanti tak de masalah..kerana pelakon2 nya fresh sendiri punye krew..yang memahami islam...dan menjaga etika perfileman islam....rasanya ramai budak2 kita yg nak berlakon.....tak yah ambik pelakon masa kini...pelakon favorite saya..."BASITH"....hahahahah