Saturday, December 6, 2008

Apa Perancangan Saya dan Semua?

Sudah berhabuk blog ini.Tidak sempat untuk menaip dan berkongsi cerita dan pengalaman saya.Hari ini bermulalah cuti panjang untuk hari raya aidil adha.Sepanjang hidup di bumi orang ini banyak ilmu dapat di ambil.Sama ada ilmu itu dapat secara langsung atau tidak secara langsung.(akan dicerita lebih lanjut selepas ini insyaAllah)
Minggu-minggu yang telah di habiskan di bumi Iskandariah ini sememangnya diwarnai dengan bermacam-macam cerita.Dan setiap cerita itu ada pengajaran yang boleh dirungkai bagi mereka yang berfikir.Sebab itu,Allah memberi kita akal untuk berfikir.Kadang-kadang rasa rindu kepada tanah air(Malaysia) menjelma,namun itu adalah fitrah sebagai perantau.Lihat sahaja kisah RasullAllah ketika baginda berada di Madinah,perasaan rindu akan kampung halaman baginda iaitu Mekah tidak dapat dielakkan.Begitu juga dengan perantau-perantau di sini.

Insyaallah lepas ini saya dan sahabat yang lain akan gerak ke kaherah(cairo) untuk menyambut perayaan di sana.Bolehlah rehatkan minda seketika.heheh.
Namun ingin saya memberi sedikit renungan untuk kita bersama bersempena hari Raya aidil Adha:Allah telah berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 37.

"Daging haiwan korban dan darahnya itu sesekalinya tidak akan sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepadanya adalah ketakwaan kamu.Demikianlah dia menundukkanya untuknya agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang dia berikan kepadanyamu.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang berbuat baik."

Maka khulasohnya (kesimpulannya),Allah tidak langsung inginkan daging,darah atau haiwan korban yang telah dikorbankan kita tetapi Allah ingin lihat,pengorbanan,kesungguhan dan paling penting takwa dikalangan hambanya.Sirah telah membentang betapa,pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail kerana apa?Kerana takwa dan patuh kepada perintah Allah.Namun akhirnya Allah telah menggantikan seekor kambing sebagai gantian kepada Nabi Ismail.

Marilah sama-sama kita menigkatkan ketakwaan kita kepada Allah kerana agar kita digolongkan dengan golongan orang yang beriman dan ditempatkan di syurga yang diidamkan oleh semua manusia.

Gambar-gambar aktiviti :

Malam Palastin di asrama mara

tanda tangan saper la tu!! haha
Study...di library Uni.Alex...study biar betul-betul!!! exam pharmacology-pastu Cuti!!
drug oh drug...@@$@$@...kang silap bg ubat...abis!!!!

Last sekali tido...zZzz..tido kat library tak per...jgn tido dalam kuliyah sudah!!! hahah
Sambung di lain waktu,Wassalam

5 comments:

mas syarep said...

tidur dengan buku itu fitrah..
maka tidurlah kamu..hahahaha!!

tu ler..
aku suroh ko jgn pegi amik medic..
kn dh kne tgk buku ayat pelik2 tu..
hehe..

makman said...

salam,
masyarip,...biarlah...biarlah...biarlah dia bersama-sama bukunyer...hehehe
slamat ari raya qurban

JHaZKiTaRo said...

a'kum. camne eh sambutan raya kat cairo? meriah? kat dublin ni agak meriah jgk laa.. anyway, salam aidil adha dari Dublin, Ireland. kalau ada masa, singgah2 laa my blog ye

ImJustJunior said...

woah..
sedar x sedar..
dah lame berpisah dgn senior..
makin lama tengok senior nie dah makin kurus..
mungkin belajar dkt cairo kot..
haiish..
tringin pulak nak belajar dekat bumi orang..
moge cita2 ini tercapai..

Rahman D said...

mas syarep : hahaha perjuangan perlu diteruskan...medic ke engine ke tukang masak ke pembantu makmal ke semua nya pasti ada dugaan dan kita perlu lalui dgn tegar hahhaha....

makman:hahah buku2!!

Jhazkitaro:salam..sambutan di cairo meriah jugak..dptlah rasa sikit suasana macam kat malaysia...insyaAllah nnt saya singgah...gege

ImJustJunior:wahai junior...sesungguhnya diri ini masih besar dan tiada niat ku lagi untuk mengecilkan diri hehehhe...kang susah nak tahan sejuk kat sini sbb lemak dah abis!!!..pergilah belajar dekat bumi org..dpt timba byk pengalaman...bukan kata malaysia tak bagus...tp ada baiknya kita keluar daripada malaysia untuk belajar sesuatu kan....