Wednesday, December 24, 2008

Sumpahan Kasut


Kasut Kusam

Telah dihadiahkan sepasang kasut kusam

di dalamnya tertadah nanah sengsara

darah derita.

Lantas kau lontarkan dendam Baghdad

buat sedu si kecil yang masih menuntut bukti

pada petualang yang tersenyum

terus membisu.

Rahman D
Iskandariah,Mesir

Sunday, December 14, 2008

Gambar itu Kenangan

tangkap ikan di pinggir pantai...dapat ke bang oiii!!! jaga2 ombak kuat tu

Budak kecil yang bermain sorang-sorang>>
kecik-kecik dah pandai termenung..hahha
my very helpful seniors..hahaha

wah!!! karbala ?...

hehhe tengok je ke???

merenung masa depan yang masih panjang :)

sahabatku helmi...seronok lagi kome ...

ammar yang menerajang syahmi...biar betul!!!

bukan main gembira mereka ini....!!! happy doctors


ziarah kak di cairo..hahah 2 adik beradik di perantauan

Saturday, December 6, 2008

Apa Perancangan Saya dan Semua?

Sudah berhabuk blog ini.Tidak sempat untuk menaip dan berkongsi cerita dan pengalaman saya.Hari ini bermulalah cuti panjang untuk hari raya aidil adha.Sepanjang hidup di bumi orang ini banyak ilmu dapat di ambil.Sama ada ilmu itu dapat secara langsung atau tidak secara langsung.(akan dicerita lebih lanjut selepas ini insyaAllah)
Minggu-minggu yang telah di habiskan di bumi Iskandariah ini sememangnya diwarnai dengan bermacam-macam cerita.Dan setiap cerita itu ada pengajaran yang boleh dirungkai bagi mereka yang berfikir.Sebab itu,Allah memberi kita akal untuk berfikir.Kadang-kadang rasa rindu kepada tanah air(Malaysia) menjelma,namun itu adalah fitrah sebagai perantau.Lihat sahaja kisah RasullAllah ketika baginda berada di Madinah,perasaan rindu akan kampung halaman baginda iaitu Mekah tidak dapat dielakkan.Begitu juga dengan perantau-perantau di sini.

Insyaallah lepas ini saya dan sahabat yang lain akan gerak ke kaherah(cairo) untuk menyambut perayaan di sana.Bolehlah rehatkan minda seketika.heheh.
Namun ingin saya memberi sedikit renungan untuk kita bersama bersempena hari Raya aidil Adha:Allah telah berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 37.

"Daging haiwan korban dan darahnya itu sesekalinya tidak akan sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepadanya adalah ketakwaan kamu.Demikianlah dia menundukkanya untuknya agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang dia berikan kepadanyamu.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang berbuat baik."

Maka khulasohnya (kesimpulannya),Allah tidak langsung inginkan daging,darah atau haiwan korban yang telah dikorbankan kita tetapi Allah ingin lihat,pengorbanan,kesungguhan dan paling penting takwa dikalangan hambanya.Sirah telah membentang betapa,pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail kerana apa?Kerana takwa dan patuh kepada perintah Allah.Namun akhirnya Allah telah menggantikan seekor kambing sebagai gantian kepada Nabi Ismail.

Marilah sama-sama kita menigkatkan ketakwaan kita kepada Allah kerana agar kita digolongkan dengan golongan orang yang beriman dan ditempatkan di syurga yang diidamkan oleh semua manusia.

Gambar-gambar aktiviti :

Malam Palastin di asrama mara

tanda tangan saper la tu!! haha
Study...di library Uni.Alex...study biar betul-betul!!! exam pharmacology-pastu Cuti!!
drug oh drug...@@$@$@...kang silap bg ubat...abis!!!!

Last sekali tido...zZzz..tido kat library tak per...jgn tido dalam kuliyah sudah!!! hahah
Sambung di lain waktu,Wassalam