Monday, March 9, 2009

Mencari Air Ep:2

Pencarian air yang bersih masih diteruskan.Kadang-kadang air itu mempunyai banyak bakteria dan macam-macam lagi.Namun kita yang sepatutnya berusaha mencari air yang bersih dan mungkin juga merawat air tersebut supaya menjadi bersih.

Episod hari ini adalah yang kedua.Perjalanan kembara di bumi anbiya ini.Semenjak melangkah kaki ke bumi iskandariah,tidak pernah menjejak kaki apatah lagi badan ke dalam lautan di sini.Cuaca yang sejuk semestinya air juga sejuk.Mungkin kali ini cuaca sudah sedikit panas dan airnya sudah menjadi panas(pada jangkaan awal).Maka bercadanglah dengan rakan-rakan yang lain untuk mandi pantai di "miami beach".
Tapi langkah awal saya dan beberapa rakan yang lain bermula dengan melawat Istana Raja Faruq " King Faruq" iaitu Raja Mesir.Sememangnya banyak cerita yang telah saya dengar mengenai 'King' ini.Sama ada cerita yang baik atau buruk tentang dirinya.Anak kepada Raja Fuad II ini dikatakan hidup dalam keadaan mewah dan ada juga yang mengisahkan bahawa beliau digelar "Pencuri Cairo" apabila suka mencuri barang.Ada juga kisah di mana semasa Perang Dunia II berlaku,keadaan hidup memang sukar dan susah,maka disebabkan kemewahan yang diinginkan oleh beliau,beliau telah mengarahkan supaya semua rakyatnya memadamkan lampu rumah mereka semata-mata untuk menyalakan lampu di Istana beliau di Iskandariah iaitu semasa pengeboman tentera Italy.
NAMUN...setelah berbual dengan pelbagai masyarakat arab di sini,lain pula yang saya dengar.Ada diantara mereka menganggap bahawa Raja Faruq ini adalah pembela agama.Cerita-cerita tentang keburukan Raja Faruq adalah konsperasi untuk menjatuhkan Islam pada ketika itu.Diceritakan juga bahawa semasa beliau memegang tampuk kepimpinan di Mesir,segala undang-undang yang ditetapkan adalah berlandaskan hukum syariat Islam.Sedikit tambahan juga apabila membelek-belek kisah Raja Faruq ini, terjumpalah bahawa beliau juga turut menyokong perjuangan Imam Syahid Hassan Al-Banna pada awalnya,namun selepas datangnya fitnah yang dibuat oleh golongan yang ingin menjatuhkan Islam,maka telah berlaku salah faham antara mereka.
Akhirnya apabila sistem republik berkuat kuasa di mesir,maka sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan sama sekali.Jika hendak bercerita politik di Mesir ini memang berat.Banyak konspirasi,banyak rasuah.Sistem ketenteraan juga telah digunakan sehingga sekarang,darurut sentiasa di sini...hehehe...Ramai pejuang-pejuang agama ditangkap dan diseksa.Mungkin boleh mengkaji lagi politik di Mesir ini...Sedikit perkongsian,saya ada seorang rakan mesir di sini,dan pernah bertanya mengenai sistem pemerintahan Mesir,dan dia pun menjawab bahawa tiada ketelusan dalam sistem kerajaan di Mesir,dan rakyat menjadi takut untuk bersuara kerana ditepi-tepi rumah mereka setiap hari akan dihuni oleh sebuah gerabak(trak) yang akan mengisi mereka jika melawan kerajaan...

Konklusi:"Mungkin politik Malaysia akan jadi sama seperti Mesir.....dengus "
Seterusnya,teruslah pergi ke pantai untuk bermandi-manda.Setelah selesai solat zohor di masjid,Maka kami pun pergi ke pantai.Celup sahaja kaki,terus WAH!!! Ingatkan panas air laut ni,rupa-rupanya sejuk jugak.Hanya cuaca di luar sahaja panas tapi air tetap sejuk.Menggigil terketar sahaja.Tetapi renungan jauh ke pantai itu,macam-macam boleh terfikir.Bermula dengan kisah dengan Nabi Musa dan Firaun dan banyak lagi.Tetapi lebih tertarik dengan kisah Firaun yang Allah telah lemaskannya di dalam laut yang dibelah oleh tongkat Musa.Habis tenggelam semua pengikut-pengikut Firaun.Dan kita hari ini cuba berfikir sejenak mengenai masalah ummat yang makin lama semakin lari daripada landasan sebenar.Sedih sungguh.

Kami bukan bermandi sahaja,tetapi sempat juga makan-makan.Yang istimewanya,kami dijamu dengan NASI LEMAK.Terima Kasih kapada Zafran,Padil dengan Afiq yang masak nasi lemak.Begitu juga dengan Alip,Azim dan Zahin yang menyediakan "Sandwich Tuna" yang lazat.;)Cukup rasa perhubungan antara kami atau dipanggil Ukhuwwah .Perjalanan masih jauh dan mungkin dalam perjalanan ini ada antara kita semua yang akan berasa lemah dan jatuh,tetapi dengan adanya rakan-rakan dan sahabat,maka inilah yang pastikan menaikkan semula semangat yang hilang itu.InsyaAllah.

Maka keletihan terpancarlah dimuka-muka pemandi laut semua,selesai sahaja mandi kami semua bersalam-salaman dan bergambar dan pulang kerana esoknya ada misi yang penting iaitu membawa jalur Iskandariah ke Sukan Perubatan 2009 di Mansuroh

Tunggu Episod :3 di Mansuro insyaAllah.

Wassalam

ralat:Terima kasih kepada kepalakotak yang membantu mengambil gambar...:)

2 comments:

Anonymous said...

hai aksi2 sebegini memang hemmm agak pelik tapi perkara biasa dalam family.kalau dolo2 papok M mandi dalam salji......eeeeh sejuk now aman plak berendam dalam laut yg sejuk...hemmm anak sedara papok M lah katakannnn

mas syarep said...

pergh..bole berendam dlm laut mcmtu??aku dok kt tepi laut perth pun mengeletar kesejukkan..power la..tp mcmane bole ade nasi lemak kt situ?hebat jugak tu..