Friday, January 29, 2010

PAK CIK

Hari ini lewat pulang.Masih menunggu tram yang masih tersengguk-sengguk untuk bergerak.Barangkali minyaknya,minyak lama.Tidak ditukar minyak hitam itu akibat korapsi pihak atas agaknya.Aku masih menunggu dan terpacak di tepi landasan sambil melihat langit yang sedikit lagi akan bertukar menjadi hitam.

Setibanya tram,aku mengambil langkah untuk terus menaiki ke gerabak 2.Sememangnya di Mesir ini,gerabak pertama di khaskan untuk perempuan.Aku inginkan juga di Malaysia begitu.
Melihat kiri dan kanan,sebentar itu aku berbisik andaikata ada tempat duduk,aku akan duduk,jika tidak ada, cukuplah hanya bertongkatkan 2 kaki ini.Sekilas kumemandang ke hujung sana ada tempat kosong.Syukur ucapku.Berjalan dengan mengendong beg berisi kitab-kitab pelajaranku ke hujung gerabak.Kelihatan ada seorang tua di sana.Aku memberi salam dan terus disambutnya.Aku duduk.Diam;menarik nafas dalam-dalam sesudah penat menunggu tram moden di sini katanya.

Seketika aku memandang pak cik tua itu.Perkiraan aku,umurnya dalam lingkungan 50-60 tahun barangkali.Rambut pun sudah penuh uban.Jauh ditenungnya ke pemandangan luar.Angin senja menghembus deras mukanya.Sesekali ditunduknya wajah ke bawah dan kemudian diangkatnya kembali.Kemudian itu,dia mengesat matanya yang berair.Pelik ucap hatiku.Mula-mula aku hanya menjangkakan bahawa itu adalah biasa sahaja.Namun sebaliknya terjadi.Terdengar bunyi esakan makin menjadi-jadi.Memang menangis betul pak cik itu bisikku.
Aku memberanikan diri untuk bertanya.Kebetulan hanya ada aku dan pak cik itu di situ.
"Pak cik,kenapa pak cik menangis?Ada apa yang saya boleh bantu?"Perlahan-lahan kulontarkan suaraku.Takut-takut ada benda yang tidak diingini pula berlaku.
Pak cik itu terus memandang mukaku dan wajahnya yang tadi sayu dan suram sedikit-sedikit menjadi tenang.Aku hanya dapat tersenyum.

"Dari tadi pak cik termenung sahaja,dan tiba-tiba pak cik menangis.Ada apa yang boleh saya bantu?" Aku cuba mengulang dan aku terlalu ingin mengetahui apa yang terpendam dalam diri pak cik itu.
"Pak cik hilang barang." Tergetar juga suaranya.Sayup betul.
Ingin sahaja aku ketawa kalau ikutkan hati .Mana mungkin kalau barang hilang boleh menangis sampai teresak-esak.Aku cuba tenangkan hati.Mungkin ini kehilangan benda yang berharga.
"Barang apa yang pak cik hilang? Mungkin saya boleh tolong carikan."Aku sekali lagi menggunakan teknik yang sama dengan menenangkan pak cik.
Dilontarnya kembali pandanganya jauh ke luar.
"Pak cik dah tua dan mungkin tak sempat nak cari barang yang hilang itu."
Aku cuba membalas soalan pak cik itu.Terpana aku,jawapannya itu seakan-akan mengambarkan bahawa sudah bertahun dia mencari barang itu.Aku kembali serius,ini bukan barang main-main agaknya.Besar nilai dan harganya.
"Kenapa pak cik tidak suruh orang lain tolong pak cik,mungkin anak-anak pak cik atau teman-teman lain?Muka aku bertukar menjadi serius dan aku betul-betul teruja untuk mengetahui barang tersebut.
"Pak cik dah suruh minta tolong mereka,tapi mereka kata itu kerja sia-sia.Tidak ada seorang yang ingin membantu pak cik.Mereka kata lebih baik mereka buat kerja lain daripada mencari barang yang tidak akan jumpa itu." Kali ini panjang pak cik itu menjawab dan nada pasrah dan putus harapan ini terselit dicelah-celah kata-katanya.
Dengan terang,aku bertanyakan pak cik itu,apakah barang itu sebenarnya? Andaian aku mungkin duit yang beratus-ratus ribu,atau mungkin kereta yang telah dicuri atau benda-benda yang berharga yang lain.

Pak cik tersebut menundukkan wajahnya ke bawah sambil aku terus ligat untuk mengetahui barang itu.

"Setiap hari pak cik berdoa untuk bertemu dengan barang itu.Namun pak cik sudah tua kini dan tidak daya lagi untuk mencari barang itu lagi.Walaupun pak cik mencari barang itu sendirian tapi langsung tidak mematahkan semangat pak cik.Pak cik mencari semangat Usamah bin Zaid,Muhammad Al-Fateh dan juga semangat Salahuddin Al-Ayubi dalam jiwa-jiwa rijal-rijal di sini.Dunia ini tidak membenarkan untuk pak cik terus berjuang selamanya,pasti suatu hari nanti akan digantikan juga dengan mereka yang masih segar dengan fikrah perjuangan.Namun pak cik belum ketemuinya lagi."Mengguyur manik-manik jernih dari mata seorang yang cukup bersungguh.

"Pak Cik, sayakan ada."Aku menyahut dan tenang.

Pak Cik tersenyum.

9 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

terdetik

Neo Rantissi said...

very nice dude...very nice.

good luck exam!

Sakinah Ismail said...

masih ada pak cik yang sebegini~
Alhamdulillah~

Anonymous said...

Nice Rahman...

Anonymous said...

ni kisah benar ke?

Rahman D said...

as'kum semua..semoga cerita ini sedikit sebanyak diambil manfaatnya...

thaqqib..ana terdetik gak nih

Neo-thankz bro..doakan utk semua sekali berjaya insyaAllah dlm akademik dan tarbiyah juga...

keynah..insyaAllah ada tapi tak ramai kot...

anonymous..actually kisah nih cuma adaptasi..bukan sebenarnya2 terjadi..tp still berharap akan ketemu pak cik itu...

Meru said...

man, aku kan abang.

Unknown said...

aku teringat kita nyanyi sama-sama lagu generasi harapan waktu uji cekap batch G4Squared. waktu aku kena 'follow' time malam2 tu. rindu kau mannnn

islahmujahidin said...

=P
Akhirnya sempat jugak aku baca...
Nice man, nanti kita tulis banyak2 lagi..
yeah :D