Thursday, September 25, 2008

Tapak Mesir 2

Sudah seminggu di sini,duduk di Bangunan Malaysia Abbasiah Malaysia di sini bersama pelajar-pelajar Malaysia yang lain menyebabkan saya dapat mengenali Mesir dengan lebih mendalam. Beberapa hari lepas sebelum bermulanya program orentasi,dapatlah saya pusing-pusing di bumi kaherah ini.Antara tempat yang sempat dilawati ialah “Jalan Abdul Basya” yang berdekatan dengan bangunan Malaysia Abbasiah(ARMA).Sempatlah menikmati jus tebu dan mangga.Seterusnya dapat juga melawat Masjid Saydah Zainab dan menunaikan solat terawih di sana.Maqam Saydah Zainab yang merupakan cicit kepada Nabi Muhammad sempat juga dilawati.Seterusnya Masjid Amru bin ‘Ans menjadi tempat yang dilawati,makanya terus beriktikaf di sana.Pengalaman beriktikaf di sana sungguh menakjubkan.Masyarakat di sini menghidupkan ramadhan dengan penuh meriah.Qiamnya,ibadahnya dan semuanya lah!.
Seterus,esoknya bergerak ke tahrir untuk menukar duit di Hilton Hotel.Seterusnya sempat juga melawat Kuliyyah At-Tib University Cairo.Tempat kakak Iman belajar.Berjalan semasa bulan puasa dan dengan cuaca yang panas terik memang menduga kesabaran.Tapi itulah pengalaman yang berharga.Seterusnya bergerak ke Monira untuk melawat rumah senior dengan menaiki teksi.Dapatlah berkomunikasi dengan Pak-pak arab di sini.
Tempat-tempat yang sempat dilawati juga ialah,masjid Al-Azhar dan menunaikan solat terawih di sana.Bergerak juga ke Masjid Hussin yang berdekatan di situ untuk melawat maqam Saidiyna Hussin di sana.
Serba sikit dapatlah saya meziarah ke kawasan yang berdekatan.Banyak pengalaman yang dapat diambil dan dihayati di sini.Ada seorang abang senior di sini berkata:Mesir ini memang berdebu,tetapi ingatlah di sebalik debu-debu pasir itu terdapat mutiara-mutiara yang berharga untuk kita semua.
Akhir Kalam-Wassalam

Abdul Basya

Hilton Hotel Dewan Abbasiah Malaysia

Asir-Jus Tebu dan Mangga

Di masjid University Azhar Cairo

6 comments:

amirul said...

aku cemburu man!

Anonymous said...

Salam,

ya akhi, Mesir ngan Uk tu dah boleh kira sekangkang kera je lagi... meh la dtg sini...

abg azim, cardiff

Rahman D said...

wah mirol..nnt lepas spm mai lawat ziarah sini....abg azim lama tak dgr khabar...hahah insyaAllah kalau ada kesempataan ana gerak ke uk...

fathiyyah said...

salam
waah dah berjalan ke sana ke mari yaa...
elok2 jalan2 tu,kang lepas ni nak stat belaja dah takde peluang daah..
best kan Ramadhan kat sna.. akak rinduu cairo!!

amirul said...

setakat melawat je ke?ceyp~
man,jgn lupe kiriman aku.petik jgn x petik~

Aulad said...

Salam salam Pak Rahman yang kucinta!!Selamat Hari Raya walaupun kat sana raya sehari aja.Nanti abg ana dtg!hehe.