Tuesday, March 3, 2009

Sudah Berlalu Sudah!

Alhamdulillah,3/3/09,semester pertama pengajian saya sebagai 'medical student' sudah berakhir.Paper 'terminology' menutup tirainya.Sistem pengajian di University Alexandria menggunakan sistem semester.Markah juga diambil kira untuk satu-satu sem sahaja tidak dibawa ke semester kedua.Kiranya,saya dan rakan-rakan yang lain seperti menjawab soalan SPM dahulu kala.Sistem grade juga agak tinggi,dengan meletakkan 90 ke atas baru 'A'.

Apa-apa pun masa begitu cepat berlalu.Sudah 6 bulan saya di bumi anbiya ini.Dan dalam tempoh ini saya meletakkan bahawa 6 bulan ini merupakan fasa menyuaikan diri dengan persekitaran di mesir.Pelajaran, percakapan,suasana,iklim dan sebagainya merupakan benda yang betul-betul saya perlu fahami untuk teruskan hidup di sini.

Sudah habis exam?Gembira? Tidaklah begitu gembira kerana masih jauh perjalanan di sini.Namun jika diimbas 6 bulan yang lalu banyak yang saya perolehi di sini.Hidup sebagai perantau banyak pengalaman yang dapat dikutip.Mesir memang sebuah negara yang 'pelik' tapi bagi saya ada kelebihan di sini.Jika kita hayati betul-betul daripada peradaban manusia di sini,pasti akan dapat sesuatu.Manusia kurang berfikir dan hanya tahu berkata,mengkritik dan sebagainya.Namun setiap kejadian yang berlaku,Allah telah selitkan seribu satu makna yang akan bisa dihayati oleh orang yang berfikir.

Saya tidak nafikan bahawa ada segelintar rakan-rakan yang mengeluh di sini.Hidup tidak selesa seperti mereka yang belajar di eropah,jepun,korea dan sebagainya,KENAPA AKU DILETAKKAN DISINI?" Maka fikirlah kawan bahawa ada hikmahnya tuhan letak kamu di mesir ini.

Perancangan cuti?
...rahsia...mungkin...

Wassalam

6 comments:

Anonymous said...

eeekk,
man nak rahsia2 plak...
eeehh man nga nak buat kejutan ke
nga nak balik mesia ke.....hahhahha
bile baca entry ni..rupa nyer manusia beginilah yg perlu di pimpin oleh nabi yusuf..nabi musa...seerah tu man...tadabburlah sejenak...Hapi holidy...

anwar azhari said...

ALHAMDULILLAH...

kepalakotak said...

6 bulan?!

woah.

ayat yg ak dh kuasai hanyalah

"ruz bil biad wahid ya ammu!"

afiq faiz said...

man, ko gi mane cuti eh?? bajet gi bertapa r nk rahsia2 nih..haha

hamdulillah, selesai 'boss' pertama.. kite dh abis season 1 do man..nk msuk season 2 dh nnt..

ko tau man, weirdness make somthing to be special.. hoho

afiq faiz said...

man, ko gi mane cuti eh?? bajet gi bertapa r nk rahsia2 nih..haha

hamdulillah, selesai 'boss' pertama.. kite dh abis season 1 do man..nk msuk season 2 dh nnt..

ko tau man, weirdness make somthing to be special.. hoho

mas syarep said...

ingat kt perantauan je ker yg dpt pengalaman lbh..abih tu org kt negara sendiri xberpengalaman abes ar?ingat kt negara sendiri xleh blaja peradaban rakyatnyer ker?sini pun bole la..cuma tahan xtahan je..

yg mne xtahan..pergi la jauh2..hehe..jgn marah..

dok blaja kt sne..xkisah la kt mne2 anda mencari ilmu..yg penting iklhaskn diri la..betulkn niat..klo kite dh ikhlas..SEPATUTNYA xde lagi mengeluh apa2..tp klo berlaku gak..perbaharui niat anda..k?