Monday, May 12, 2008

Akan Datang - "MISI SUFA"

Kadang-kadang sedih melihat masyarakat Islam di Malaysia yang sentiasa duduk senang dan lebih mengambil sikap berdiam diri.Saya begitu teruja melihat perkembangan proses dakwah yang berjalan di Indonesia melalui saluran media.Ternyata masyarakat Islam di sana sangat optimis menggunakan saluran untuk menyebarkan identiti Islam dan umatnya melalui media khususnya melalui 'FILEM'.Ternyata pelbagai filem-filem yang dihasilkan mereka berlandaskan persoalan-persoalan Islam dan sebagainya.

Namun di Malaysia kini,ternyata filem-filem yang dihasilkan langsung tidak menonjolkan nilai-nilai peradaban Islam itu sendiri.Contohnya di Indonesia Filem "Ayat-ayat cinta" dan "Sang Murobbi" menunjukkan betapa mereka di sana sangat memanipulasi peluang yang ada untuk berdakwah.Lain pula yang terjadi di Malaysia filem-filem yang dihasilkan tidak berlatarkan satu asas yang kukuh untuk dipertonjolkan kepada khalayak ramai.

Sememangnya impisn saya untuk berkarya dalam industri perfileman ini amat besar.Namun itu mungkin sekadar hobi yang tidak boleh menjadi kerjaya.Namun pernah juga saya menghasilkan sebuah filem pendek bersama dengan rakan-rakan lain di sekolah.Walaupun tersangatlah amateur dalam pembikinan filem pendek tersebut dengan audionya yang tidak synchronise,dan peralatan yang tidak canggih dengan video,mic,lighting,prop- tetapi bagi saya itu adalah usaha yang saya dah rakan-rakan cuba untuk menyebarkan dakwah melalui media.

Saya sekarang dengan masa yang berbaki ini,sedang menyiapkan skrip dan storyboard filem pendek " MISI SUFA ".Sememangnya tidaklah menggunakan peralatan yang canggih,sekadar untuk menyampaikan message kepada masyarakat bahawa ada juga orang yang nak buat cerita mengenai ISLAM di malaysia ini.Gambaran kasar mengenai filem ini ialah :
Seorang remaja lepasan SPM yang berhadapan dengan konflik dirinya untuk terus berpayung dibawah dakwah islamiyah.Remaja yang bernama "SUFA" keliru jalan yang harus dia tuju ketika memasuki ke alam IPT nanti.Dia juga selalu mendampingi Abang Razak yang telah ditemuinya di sebuah masjid dengan harapan Abang Razak tersebut dapat menyelesaikan pelbagai kekusutan yang berlaku dalam dirinya.Namun adakah betul pilihannya itu setelah ditentang oleh Abang Sarep iaitu abang kepada Sufa sendiri ?

InsyaAllah doakanlah pengambaran filem pendek ini berjaya dan diberkati oleh Allah.AMIN..




2 comments:

nuruliman said...

sendiri tulis,sendiri bikin, sendiri hero ka? hahaha

Anonymous said...

hahah...mmg la..bajet sendiri punya pelokon pun sendiri punya..kalau grand brillance atau finas nak support mmg leh buat gempak2...tp nih bajet sendiri !!! hahah...