Friday, May 9, 2008

Haluan Kini Berbeda

Minggu lepas saya sempat mengikuti 'KONSIS ZON TENGAH' bersama rakan-rakan yang lain.Banyak bertemu dengan kenalan baru yang semuanya bergelar mahasiswa.Begitu juga dengan input dan ilmu yang cukup baik untuk dijadikan pedoman hidup.Tahniah diucapkan kepada 'Abg Auzan' dan teamnya yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini (tengok sahaja 'Abg Sarep' kita tu!!! Letih bukan main dia)

Ya,hari ini dan saat ini tibalah masa untuk saya dan rakan-rakan lain memilih haluan masing-masing.Ada yang ingin menyambung ke matrik.Ada juga yang ingin sambung ke UPU dan sebagainya.Maka inilah yang dikatakan perpisahan bersama rakan-rakan yang telah melakarkan beribu kenangan.Sememangnya saat begitu pasti akan diingati oleh semua manusia di dunia ini.2 orang rakan yang pasti saya akan rindui buat selama-lamanya iaitu 'Basith' dan 'Muhaimin MK'.Mengukir suka dan duka sejak daripada darjah 1 sehingga tingkatan 5.Saya sudah masak benar dengan perangai mereka berdua.Kami boleh dikatakan daripada darjah 1 hingga 5 telah ditempatkan di kelas yang sama.Susah untuk melupakan mereka berdua.Selain itu rakan-rakan lain - (Ammar Sahrim,Syafiq Marzlan,Aizuddin dan Abg Sarep ) merupakan orang-orang yang telah banyak memberikan kenangan ketika saya bergelar guru untuk seketika.Kepada semua rakan-rakan yang saya yang lain,pasti saya turut merindui kamu semua.

Alhamdulillah,Allah telah memberi jalan yang terbaik untuk diri saya.Pelbagai tawaran pengajian telah saya terima antaranya-Matrik Negeri Sembilan,UPU -UIA
( Asasi Sains Kesihatan Bersekutu) dan baru-baru ini tawaran daripada MARA untuk krusus kedoktoran di MESIR.Ya perancangan Allah yang cukup hebat kepada diri ini dan insyaAllah dengan berbekalkan keazaman mungkin saya akan memilih tawaran MARA untuk menyambung pengajian ke MESIR.Bagi rakan-rakan yang akan melangkah ke alam matrik Isnin depan, dan ke mana sahaja, saya doakan agar kalian berjaya dan berada dalam golongan mereka yang menerima rahmat dan lindungan Allah sentiasa.Maka inilah perpisahan yang kita akan lalui,tetapi jika perpisahan ini adalah kerana Allah nescaya kita merupakan golongan yang beruntung.



Selamat kepada semua rakan-rakan saya dan sentiasalah berdoa untuk diri dan sahabat-sahabat yang lain.Kepada guru-guru doakan kejayaan yang berterusan kepada anak-anak muridmu ini supaya sentiasa berjalan-berlari mahupun merangkak di landasan yang benar,insyaAllah.





Haluan kini berbeda tetapi matlamat di mercu yang sama !!!!
AYUH SANG MUROBBI !!!

6 comments:

Anonymous said...

Maka bertebaranlah kamu semua ahli2 g-13 menurut haluan masing2..seawal yg mungkin ada yg dah masuk dq,kolej swasta,matrik seluruh negara,upu-main point-uia,uitm,um,usim-dan latest offer oversea...mesir,jordan,german,spain...itu belum yg tajaan sendiri utk oversea...lakaran menuntut alam persekolah telah diwarnai...asas pegangan dah diikat...sekarang alam menungkah erti kehidupan yg lebih luas..belajar untuk ilmu dan belajar untuk hidup...hahahah apa2 buat sendiri!!!..peranan kamu semua lebih besar sekarang..ambil alih tugas ayah,ibu.....pergilah anak2 ku...cari ilmu lagi,cari pengalaman,cari cerita baru,sahabat baru,dunia baru...tapi aqidah tetap satu...bertemu dan berpisah kerana Allah...Station markas alamin sentiasa menunggu untuk kembali berbakti suatu hari nanti..tak kisah dalam bentuk apa...untuk Reunion!!!didepan pasti ada halanagn dan rintangan..tempuhi nak..dgn sabar dan tabah...kamu mungkin kehilangan org2 yg disayangi..tapi itulah sebenarnya nikmat untuk really appreciate apa yang kita ada sebelum ni-erti kasih sayang keluarga,sahabat-dan persekitaran..tapi ingatlah ALLAH sentiasa bersamamu selamaNYA..Sahutlah cabaran dgn niat yang betul..---Bersama kita mengatur langkah..........Akhir kalam....Jadilah hamba allah yang betaqwa...

Anonymous said...

eeeh....bukan saja manki akan merindui bas dan mokmin..tapi juga diriku...tiada lagi penumpang yang setia.....gara2 menolong mereka ,ALLAH menolong ku dalam banyak perkara...............,,terima kasih...

almuna said...

Abd rahman,
cikgu ucapkan tahniah. dan cikgu doakan supaya tabah menempuh alam university yang memangnya cukup berbeza dari sekolah menengah...semuanya terletak pada diri kita sendiri. kalau dulu di al amin, bila malas sket, ada guru guru yang akan 'push' suruh belajar dan mengingatkan. nanti di u, bila malas sket, diri sendiri yang kena 'push' dan mengingatkan. Lebih susah tu....
Walau pun cikgu rasa cikgu tak berpeluang mengajar anta, tapi cikgu cukup berbangga atas kejayaan anta nih....
terima kasih juga kerana sudi jadi guru ganti. we really miss you..
dengan iringan doa dari cikgu, semoga berjaya dunia dan akhirat.

p/s wah, bagus sajak hari ibu anta...cikgu plak yang rasa sedih membacanya...

nuruliman said...

man, kakak sudah melaluinya. suka duka persahabatan di alam persekolahan tidak akan dapat menandingi mana-mana persahabatan yang akan hadir kelak. kini dirimu meniti sebuah kehidupan yg baru dan memerlukan pemikiran yg matang. kita lahir dari bumi bertuah: bumi al-amin, tempat yg mengajar kita untuk menjadi seorang muslim yg sejati. bawalah slogan 'soleh wa musleh' ke mana-mana. berbanggala menjadi seorang anak al-amin!

Anonymous said...

insyaAllah cg alia..terima kasih kerana sentiasa mendoakan saya dan rakan-rakan yang lain.Terima kasih atas pesanan cg tuh!!! Tentang sajak tuh...biasalah kasih seorang anak terhadap ibunya tidak akan pudar walaupur sesaat.heheh

Kakak...ye saya tahu..harap2 dptlah support aman nanti..tau kan aman nih macam mana??!!!!
hahaha...kalau dah ada2 calon tuh bagilah tau...

Ridzwan Vatsaloo said...

man,aku suke gamba yg bawah tu man.
Aku bagi name die" 11 tahun di Al-Amin"