Monday, May 26, 2008

School Holiday- Not For Me !!!

Minggu lepas saya sibuk dengan macam-macam program.Menyiapkan semua hal-hal mengenai kemasukan ke persediaan Pra-U di UKM.Jumaat hingga ahad pula saya mengikuti Perkhemahan Uji Cekap 2008 anjuran sekolah saya.Beberapa teman saya juga turut hadir sebagai alumni yang ingin berkongsikan pengalaman bersama adik-adik junior di sana.Memang letih tetapi banyak pengalaman dan iktibar yang saya dapat ambil daripada program kali ini.Rumusanya.
1.Saya dapat melihat perubahan graf dan plot yang
terjadi dalam kehidupan.Ya memang perubahan suasana,culture,dan keadaan menjadi faktor perubahan tersebut.Semasa saya perkhemahan dahulu(sewaktu f1,f2) kami telah diajar untuk menjadi berdisiplin dan taat kepada setiap arahan Fasi dan Ajk.Kami takut untuk melakukan sedikit kesalahan sehinggakan hendak berkelip mata semasa berkawad pun takut Fasi denda.Saya masih ingat abang-abang senior saya ,telah menyuruh kami berdiri tegak sewaktu kawad pada waktu malam dan tidak dibenarkan bergerak selama 3 minit.Wah!!! nyamuk punyalah banyak.Tapi kami cuba untuk tidak bergerak.Teruk kami dibuatnya.Namun kami dapat menerima keadaan tersebut.Sesekali saya mengimbau kembali sejarah itu,satu ungkapan yang wajar diberikan kepada abang-abang dan kakak-kakak "Terima Kasih kerana mendenda saya." TETAPI SEKARANG!!! baru dimarahi sedikit sudah mengeluh dan macam-macam hal lagilah.Beribu-ribu kali Fasi dan AJK menyuruh mereka diam dan pantas untuk berbaris,tetapi tiada perubahan.Selepas itu ada kes yang berlaku tahun lepas junior-junior saya melaporkan kepada ibubapa mereka bahawa mereka telah dibuli dengan teruk!!!.Mungkin mereka terlalu manja atau sebaliknya.Tidak mengapa,tetapi itulah perubahan yang saya nampak.Maka terbukti, betullah kata-kata Syaidina Umar Al-Khottob:
" Didiklah anak-anak kamu seperti mana zaman mereka,dan jangan kamu didik mereka seperti zaman kamu."




Seterusnya,hari ini saya pergi membuat pasport dan mengambil result medical check up saya.Alhamdulillah semuanya beres.Tiada masalah yang dihadapi.



Petang pula aktiviti bersama adik-adik.-Masak PIZZA.
Rasanya masak sendiri lebih enak daripada makan diluar.Saya,umi dan adik-adik masak pizza di rumah.Abah ada urusan kerja di Korea dan kakak Iman..hmmm di Mesir.Maka tinggalkan kami sahaja di rumah untuk membuat pizza.Memang selalu kami masak sendiri pizza, tetapi hari ini terdetik pula saya nak amik gambar sebab nak bagi Kakak Iman cemburu sikit,sebab selalunya dia yang masak untuk kami semua.(heheheh jangan marah ye kak).

Baiklah,cuti sekolah sudah pun bermula (bukan untuk sayalah),namun saya perlu siapkan diri untuk memulakan diari baru untuk langkahan yang baru.Saya harus cuci balik otak yang lama tidak berfungsi ini.Harap-harapnya dapatlah berfungsi dengan lebih pantas lepas ini kerana tracknya sudah semakin susah.Maka saya perlu bersedia untuk menempuh sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak.

Rasanya cukup sampai di sini kerana esok (27/5) sampai Khamis saya mengikuti Program Akedemi Murobbi di Bukit Freser.

1 comment:

nuruliman said...

ek eleh. nak wat org jeles la plak.ktorg pun slalu masak pizza daa.haha.x sbr nk blk!