Saturday, August 23, 2008

APA YANG AKU MAHU WAHAI PEMIMPINKU

Dalam kesesakan hari sabtu di dalam 'LRT KOMUTER' aku tabahkan hati untuk pulang ke rumah setelah menghadiri satu program di Bangi.Kira-kira pukul 1.00 p.m aku bertolak dari UKM.Seperti biasa tiada lagi tempat duduk kosong untuk kumelabuhkan punggung ini.Aku terus berdiri sambil bertongkatkan tiang agar tidak rebah.
Namun tiba-tiba teringatku mengenai isu yang timbul baru-baru ini apabila 'Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi' mengkritik sistem LRT yang ternyata menimbulkan kesusahan kepada rakyat.Ada juga desas dalam hati kuini berbisik sendiri "kenapa lambat sangat,baru nak sedar?"Cepat-cepat aku hilangkannya.

Terus menjelma sejarah Khalifah Saidina Umar Al-Khottob dalam benakku.Aku tunduk,dalam hatiku berbisik deras sambil bibirku mengetap, "engkau Umar tidak pernah sesekali lalai akan tanggungjawabmu sebagai pemimpin.Kau sanggup memikul dengan bahumu sendiri harta-harta daripada Baitulmal untuk diberikan kepada orang-orang miskin.Umar sendiri yang memikulnya! Engkau tidak akan sesekali lupa kepada rakyatmu.Engkau tidak menghantar utusan untuk melihat rakyatmu,tetapi engkau berjalan pada waktu malam sendirian untuk melihat dengan matamu sendiri hidup rakyatmu."

Tanpa sedari air mata kutiba-tiba mengalir.Aku masih tunduk dan terus tunduk.'KL-SENTRAL' -sampai ke destinasi aku melangkah keluar dan sambil berbisik lagi
"Adakah semua pimimpinku sekarang sanggup berkorban dengan pengorbanan yang kudus?"

(Ketenangan di dalam keretapi di KOREA)


Wassalam

2 comments:

kepalakotak said...

hmm..

Sejarah2u said...

Tak disangka anak murid ust ni sentimental juga orangnya yer..hati enta yg tersentuh dan air mata yg mengaliri.. krn terkenang kisah para sahabat yg mulia menjadikan ust berbangga bahawa sesuatu yg telah berlalu dan lepas tidak semestinya sesuatu yang tidak berguna utk dihargai..

Salam Sejarah..
Sirahummah :-)
www.sejarah2u.blogspot.com